Matanya terbuka. Dia mula beransur ansur sedar. Dia memandang keliling. Sepertinya dia berada disebuah pondok. Pondok yang sedikit usang. Dia cuba bangun. Tetapi badannya masih terlalu lemah. Tiba-tiba datang seorang lelaki. Agak berumur. Mungkin dalam lingkungan 45-50 tahun. Memakai cermin kaca mata.Lelaki itu datang dengan membawa satu bungkusan yang penuh dengan ubat dan sebuah buku biografi tentang seorang pemimpin terkenal dari Indonesia.
"Baguslah, kau dah sedar." Kata lelaki itu.
"Siapa kau? Dimana aku sedang berada sekarang? Dah berapa lama aku disini?" Tanya Zulfahmi dengan nada terkejut.
"Jangan panik. Biar aku jawab satu persatu." Balas lelaki itu dengan agak tenang.
"Nama aku Syahid. Kau sedang berada disebuah kampung dalam kawasan Lanchang. Kau dah berada disini selama dua hari."
"Biar aku keluarkan peluru daripada kaki kau dulu. Duduk diam-diam"
Syahid mengambil penyepit dan kemudian mengeluarkan peluru tersebut. Agak panjang. Dia kemudiannya membalut semula luka pada kaki Zulfahmi yang terkena peluru itu.
"Dimana mayat lelaki tu?" Tanya Zulfahmi secara tiba-tiba.
"Mayat arwah Baharun tu? Penduduk kampung dah kebumikan dia semalam. Sewaktu kau masih belum sedarkan diri." Balas Syahid. Nadanya sedikit berubah.
"Bagaimana kau tahu mayat itu namanya Baharun?" Tanya Zul lagi.
"Kalau kau nak tahu, Baharun tu ialah penduduk asal kampung ni. Dia menjadi kebanggaan penduduk kampung sebab sertai pasukan keselamatan khas di Malaysia ni. Dia yang pertama. Sebelum ini belum pernah ada orang yang sertai pasukan keselamatan khas yang datangnya dari kampung ini." Balas Syahid.
"Dia pernah cakap pada aku dulu yang dia hendak pencen. Katanya minggu depan dia tamat perkhidmatan. Dia hendak pulang semula ke kampung. Dia mahu menghabiskan sisa hidup dia disini. Dia mahu jaga satu-satunya anak yang dia ada. Tapi tak sangka dia pulang lebih awal. Yang lebih menyedihkan, hanya jasad yang pulang. Roh dan jiwa dia dah tiada." Balas Syahid dalam nada sedih.
"Patutlah kamu mengenali dia. Dia juga pernah berkata yang ini adalah misi akhir dia kerana selepas ini dia akan tamat perkhidmatan, tapi tak sangka dia pergi meninggalkan kita semua." Kata Zulfahmi pula menyambung.
"Itulah, dah ajal dia sebegini. Apa boleh buat. Kita doa saja agak dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman." ujar Syahid.
"Baiklah"
Kelihatan Syahid membasuh peluru yang dikeluarkan dari kaki Zulfahmi tadi. Kemudian dia mula memerhatikan peluru tersebut. Tiba-tiba dia berasa terkejut.
"Bagaimana senjata sehebat ini boleh masuk ke negara ini?" Katanya dalam keadaan terkejut.
"Kenapa dengan peluru tu?" Tanya Zul
"Ini bukan calang-calang senjata. Peluru ni nampaknya macam daripada Sniper jenis AW.50 AL. Bukan senjata biasa." Balas Syahid.
"Rasanya mereka bukan calang-calang pengganas. Kau sedang menghadapi kumpulan pengganas dengan nama dalam bahasa Esperanto yang kuat. Nampaknya mereka ada pembekal senjata yang baik. Mungkin dari Amerika. Patutlah mereka dapat menawan Temerloh dengan mudah. Selain itu, ketua mereka juga amat dikehendaki oleh negara Poland dan negara-negara Kesatuan Eropah lain atas sebab keganasan, dadah dan penyimpanan senjata kimia." Balasnya lagi. Zulfahmi sedikit terkejut kerana Syahid mengetahui hal ini dengan agak baik. Kemudian.
"Kalau macam tu aku perlu perangi mereka habis habisan. Mereka dah tawan Temerloh, dah bunuh orang ramai. Dan yang lebih memeritkan, mereka dah bunuh Baharun. Aku takkan lupakan semua tu. Hutang darah harus dibayar dengan darah." Tegas Zulfahmi.
"Tapi bagaimana, kau masih cedera." Balas Syahid.
"Kaki aku ni sekejap saja sakitnya. Lama-lama pulihlah. Aku perlukan telefon bimbit sekarang. Aku mahu call tentera." Pinta Zul.
"Aku sudah call tentera tadi, mereka cakap mereka akan hantar helikopter ke sini untuk mengambil kau dan seterusnya bawa pulang ke Kuala Lumpur." Balas Syahid.
"Baiklah. Terima kasih Syahid." Kata Zul penuh ikhlas.
Helikopter yang dikatakan akhirnya tiba dan Zulfahmi bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
"Bagaimana misi ini boleh gagal? Bagaimana Gen 6 boleh ditewaskan dengan begitu mudah oleh pengganas-pengganas tersebut?" Tanya Ketua Pengarah MSI dengan penuh marah.
"Mereka ramai Tuan. Ada lebih kurang 60 buah trak pacuan empat roda. Dibelakangnya penuh dengan senjata." Jawab Zulfahmi.
"Kalau macam tu, kerah kesemua pasukan-pasukan khas lain ke Temerloh esok. Zulfahmi, saya mahu berjumpa dengan awak lepas ni. Mesyuarat tamat disini." Ucap Ketua Pengarah MSI.
"Ada apa Tuan?" Tanya Zulfahmi.
"Zul, Gen 6 ni dah lalui macam-macam misi. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Tapi, saya tak pernah tengok lagi kegagalan seteruk ini. Sekarang Gen 6 bakal dibubarkan. Sebab tinggal kamu seorang saja." Jawab Ketua Pengarah MSI.
"Tapi Tuan, Gen 6 masih boleh wujud. Ahli baru boleh cari Tuan. Takkanlah beratus ratus pelatih dibawah MSI, seorang pun tak sesuai Tuan?" Ujar Zulfahmi.
"Saya sendiri pun tak mahu Gen 6 dibubarkan Zul. Tapi ini arahan Kerajaan. Kita tak boleh lawan." Balas ketua itu.
"Jadi selepas ni bagaimana dengan saya?" Tanya Zulfahmi.
"Kamu bakal pencen hujung bulan ini. Kamu ditamatkan perkhidmatan lebih awal. Maaf." Balas Ketua itu.
"Tapi saya mahu terus berjuang Tuan. Saya mahu balas dendam terhadap apa yang telah terjadi pada ahli-ahli Gen 6 yang lain." Kata Zulfahmi.
"Kalau itu yang kamu mahukan, kamu perlu sediakan pasukan sendiri. Cari ahli sendiri. MSI akan bekalkan kamu dengan senjata dan alat-alat tambahan lain. Tapi MSI tak dapat bagi kamu jaminan daripada kerajaan." Kata ketua itu dengan penuh dedikasi.
"Baiklah Tuan. Saya akan mula mencari ahli-ahli baru. Tak dapat jaminan pun tak apa lah. Asalkan Tuan dah bagi kebenaran, itu sudah lebih dari cukup. Terima kasih Tuan." Balas Zulfahmi dengan penuh gembira.
"Baiklah. Tapi, kamu hendak namakan pasukan baru tu dengan nama apa? Gen 6 sudah tidak lagi boleh digunakan." Tanya Ketua itu lagi.
"GEN 7!" Balas Zulfahmi penuh semangat.
![](https://img.wattpad.com/cover/56834834-288-k986762.jpg)
YOU ARE READING
Gen 7
AçãoSatu kumpulan pengganas bernama Flamoj de Furiozo telah menyerang kawasan tengah Malaysia dan mengambil alih Bandar Temerloh dan Bandar Bentong. Misi mereka adalah untuk menyerang Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melumpuhkan sistem pentadbiran Malay...