Chapter 2

5.7K 733 120
                                    


Pintu bilik latihan tarian yang berada di tingkat empat dibuka dengan susah payah. Mungkin sudah lama tidak dibuka, pintu tersebut dipenuhi sawang dan sarang labah-labah sehingga menyukarkan untuk dibuka.

" Aku takut lah nak masuk. " Ujar Jimin tiba-tiba.

" I'm sorry Jiminnie. " Kata Jhope yang berada di belakangnya.

" Apa-- " Belum sempat dia bertanyakan tujuan Jhope meminta maaf, dia merasakan punggungnya ditendang membuatkan dia terus masuk ke dalam bilik latihan yang gelap.

" Jahatnya kau ni. " Jimin menjeling Jhope yang sudah tersengih tidak bersalah.

" I'm your Hope. "

Jimin dan Jhope meletakkan penyapu di dinding. Jhope memberanikan diri mencari suis lampu. Dinding diraba dan apabila dia merasakan dia sudah menyentuh suis, terua lampu di'on'kan.

" Bersepahnya, Hobbie. " Rungut Jimin apabila ruang itu terang benderang. Lantai bersepah dengan kayu yang entah dari mana datangnya. Berhabuk jangan cakap, memang berhabuk sungguh. Cermin besar yang seperti di bilik latihan yang lain diselaputi habuk dan sarang labah-labah.

"Air cond kat bilik ni, berfungsi ke? " Jimin menyoal lalu bergerak ke suis untuk menghidupkan air cond. Namun tiba-tiba Jimin jatuh tersembam ke lantai.

" Woi macam mana kau boleh jatuh ni. " Jhope yang sedang mengalih kayu besar di satu sudut terperanjat apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh.

" Entah.. " Kata Jimin perlahan. Matanya meliar memandang sekeliling lantai itu. Dadanya berombak.

" Dah, bangun. Kau boleh ke tak buat kerja ni? " Jhope segera memapah Jimin bangun. Dia memandang pintu. Ahli yang lain masih belum sampai. Lama benar ambil peralatan berkemas yang lain.

" Kau duduk lah dulu. Kalau dah okey, kau mulalah kemas. " Jhope berpesan. Dia meninggalkan Jimin yang sudah duduk di satu kerusi yang sedia ada.

" Annyeong~ "

Sapa satu suara dari pintu masuk. Bukan satu, tapi lebih dari satu dan berganda-ganda. Jungkook, Rapmon, Seokjin, V dan Suga masuk sambil membawa beberapa alatan untuk sesi mengemas.

" Lamanya korang ambik barang. " rungut Jimin sebaik sahaja matanya menyapa tubuh mereka berlima.

" Sorrylah, kami cari air botol mineral sekali. " kata Suga lalu menayangkan kotak yang dipegangnya.

" Oh dah jom kemas. "

Sesi mengemas bermula. Jhope tukang sapu sampah. Rapmon dan Seokjin tukang cuci sawang di bumbung. V dan Jungkook mencuci cermin manakala Suga.. tukang arah.

Jhope menyapu sampah sehingga ke hujung cermin sebelah kanan. Cermin yang dibahagi kepada beberapa bahagian, seperti laci itu dipandang Jhope. Jhope mendapati cermin yang di hujung seperti terbuka.

" Ada apa dalam ni? " Tangan Jhope terasa gatal nak buka. Bahagian paling kanan cermin agak berhabuk sedikit kerana V dan Jungkook bermula dari belah kiri.

" Tape? " Sebuah tape lama menarik perhatian Jhope. Tape itu terus diambilnya. Dia memerhatikan rakan yang lain. Sibuk.

Satu perkataan yang tertulis di atas Tape itu dipandang lama.

" Rain? " Jhope menyebut perkataan yang tertulis itu. Entah mengapa, dia merasa ada sesuatu yang menyuruhnya menyimpan tape tersebut. Beg sandang kepunyaanya dicapai. Tape itu dimasukkan ke dalam beg sebelum menyambung kerja menyapunya yang tergendala sebentar tadi.

" Panas.. "

Terus Jhope menoleh ke belakang. Siapa yang cakap panas tadi? Jhope terus menggosok tengkuknya yang tiba tiba rasa meremang.

Kerja menyapu dilakukan semula.

" Sejuk.. hujan.. "

Penyapu di tangan terus terlepas. Dia menepis nepis bahunya yang tadi terasa ada orang pegang. Suara tadi macam betul-betul di telinganya.

" Jhope, kau okay? "

Tegur Suga yang agak dekat dengan Jhope. Terkejut dengan kelakuan Jhope yang seperti dipeluk pondan.

" Aku okey. Aku okey. " kata Jhope disertai nafas yang tersekat sekat. Penyapu di lantai dicapai semula sebelum dia mendapati ada perempuan memegang payung di pintu.

~

Rain : The Cursed MelodyWhere stories live. Discover now