Chapter 6

4.2K 520 103
                                    


Akhirnya, album bagi kemunculan baru mereka sudah dalam proses akhir persiapan. Setakat ini, tiada sebarang masalah yang menganggu proses album baru mereka dan semuanya berjalan lancar. Suga dan Rapmon adalah makhluk yang paling teruja antara makhluk yang lain. Al maklumlah, mereka sudah bertungkus lumus, mencurah idea dan perasaan untuk membuat penambahan dalam salah satu tracklist album tersebut iaitu Rain.

Lain pula bagi Jungkook. Sehinggakan hari ini, dia diselimuti perasaan yang dia sendiri kurang pasti. Tetapi melihatkan para member hanya tenang seperti tidak ada apa akan berlaku, Jungkook menenangkan diri sendiri.

" Hyung, kenapa tak letak lagu Rain tu sebagai tracklist utama? " Jimin yang sedang bermain Piano Tiles itu menyoal dengan mata dan jari masih fokus pada skrin telefon bimbitnya.

" Lagu tu kan ada unsur ballad sikit. Kalau ikutkan konsep kumpulan kita, lagu bergenre Hiphop diutamakan. Mungkin satu hari nanti kita akan buat comeback utama genre ballad hiphop. " Rapmon dengan tenang menjawab. ( Gais ni author bawak korang balik ke era Danger tau. Uuuu my peberet era. )

" Oh, aku suka lah lagu tu, hyung. Kita banyakkan performance lagu tu boleh tak? " Jimin menyoal lagi dengan muka yang teruja.

Rapmon hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan permintaan Jimin itu.


***


Tepat jam 12 malam, para ARMY dikejutkan dengan balingan dan ledakan bom yang dilontar BigHit Entertainment. Satu Music Video berjudul ' Danger ' terus menjadi topik hangat dalam hanya beberapa saat. Maka, kegilaan melampau muncul dalam setiap diri yang bergelar ARMY pada tengah malam itu.

Selepas 30 minit, kegilaan melampau mereka akhirnya semakin surut dan sudah boleh bernafas dengan lancar sekali. Tetapi, 'kekejaman' BigHit tidak sampai disitu, satu lagi Music Video diupload BigHit di laman akaun Youtube mereka, iBigHit. Hal ini menyebabkan para ARMY sekali lagi menghidap penyakit berbahaya iaitu, Fangirling tahap boleh membawa maut tetapi masih boleh enjoy dengan satu lagi video yang diupload, berjudul 'Rain'. Lantas, kedua dua video tersebut dipenuhi dengan luahan perasaan sayang mereka kepada BigHit dan BTS. Oh tak boleh lupa, Bang Pd.

BTS yang sedang berkumpul di studio milik Rapmon bercadang untuk membaca komen dan pandangan dari para peminat. Selalunya inilah rutin mereka setiap kali BigHit mengupload hasil kerja keras mereka selepas itu.

" Oppa! Hiphop is back! Danger memang terbaik, tetapi saya sukakan lagu 'Rain' walaupun saya meremang mendengarnya. " Rapmon membaca salah satu komen yang dia lihat.

" Eh kenapa nak meremang pulak. Bukan kita buat lagu hantu. " Taehyung tersengih di hujung ayat.

" Tapi memang lagu tu menyeramkan sikit. " Jungkook bersuara perlahan.

" Joon, cuba kau scroll bawah lagi. " Arah Seokjin yang sememangnya selalu teruja membaca komen peminat.

Rapmon memegang tetikus dengan kemas lalu menscroll ke bawah dengan agak laju. Ini menyukarkan para member membaca ayat yang tertera di skrin. Lain bagi Jhope, matanya yang agak tajam penglihatan ternampak satu perkataan yang dia pasti sebagai " .. lagu aku. " Tetapi, dia tidak jelas ayat yang dihadapan.

" Perlahan sikit, mangkuk. Aku lempang dengan selipar tandas Pdnim nanti baru tau. " Suga sudah membuat gaya ala ala mahu melempang Rapmon yang sudah mula tersengih suka. Hm pelik, dia suka dilempang dengan selipar tandas milik Pdnim?

" Okay, okay. Sorry. " Rapmon meminta maaf lalu menscroll komen dengan perlahan supaya dapat dibaca oleh mereka.

Jhope mula merasa ngantuk. Dia lantas menekup mulut untuk menahan menguapnya. Jaket sejuknya dicapai lalu bangun dari duduk sekali gus menarik perhatian yang lain.

" Aku balik rumah dulu. Mengantuk sangatlah. Nanti kunci aku selitkan bawah pintu. Tarik je. " Jhope terus menerangkan hal sebenar apabila melihat reaksi para member.

" Oh, okay. Hati hati tau. "

Jhope sekadar mengangguk mendengarkan pesanan Jimin itu.Pintu studio Rapmon ditarik lalu keluar dari situ. Dengan keadaan mamai dia berjalan.

Butang lif untuk turun ditekan. Sebaik pintu lif terbuka, Jhope meloloskan diri ke dalam. Entah mengapa, lif terasa lambat untuk sampai ke tingkat bawah. Ah mungkin aku terlalu mengantuk, fikir Jhope sekadar ingin menenangkan diri.

" In this rain.. "

" In this rain.. "

" In this rain.. "

Mata Jhope terus segar bugar seperti salad (mende ._.). Suara halus itu bergema di setiap ruang lif tersebut. Suara seorang perempuan menyanyikan bait lirik lagu Rain di bahagian akhir itu mendayu dayu pada pendengaran telinganya. Sebutan 'In this rain' itu berselang seli dengan ketawa dan tangisan halus, membuatkan Jhope terkaku bagaikan menjadi ais.

Jhope kelam kabut menekan butang yang menunjukkan simbol pintu dibuka berkali kali. Hampir sahaja dia putus asa, pintu lif terbuka juga.

Jhope tidak menunggu lebih lama. Terus sahaja dia keluar dari lif tersebut. Malangnya, sebaik sahaja dia menoleh ke kanan, matanya tertancap ke arah satu tubuh yang sedang duduk membelakanginya. Sekaki payung terdampar di tepi tangan perempuan itu.

" In this rain.. "

" In this rain.. "

Gelakan halus pula kedengaran. Perempuan yang tidak dikenali itu menggoyang goyangkan badannya perlahan mengikut alunan lagu. ( Bukan kak limah balik rumah ya. Tu enjit enjit semut. ) Rambutnya yang panjang mencecah lantai beralun mengikut goyangan tubuhnya.

" In this rain.. "

" In this--" Tidak semena mena, dan berlaku dalam beberapa saat sahaja, tubuh perempuan itu berpusing menghadap Jhope dan berlari laju ke arah lelaki itu!

Jhope jatuh pengsan di situ juga!.



~


Dah, author pulak yang meremangnya.


Rain : The Cursed MelodyWhere stories live. Discover now