Chapter 19

2.6K 367 15
                                    


Jhope terbangun dari lenanya yang panjang. Peluh menitik di dahi dan badannya. Sesekali wajahnya diraup. Suasana sekelilingnya juga sudah bertukar ke tempat asal, iaitu studio Suga.

Jhope masih ingat mimpi tadi. Dia benar benar seperti wujud di alam mimpi tadi. Hatinya semakin gusar apabila terkenangkan cara gadis bernama Hyomi itu mati dibunuh oleh sekumpulan gadis yang berdendam dengannya. Lantas Jhope teringat sesuatu.

Komputer dibuka, Jhope menaip Best Entertainment di laman carian. Seketika, banyak artikel keluar mengenai syarikat rakaman itu. Jhope tanpa berfikir panjang, dia membuka satu laman web yang memaparkan berita mengenai syarikat lama itu.

"Terbakar?"

Jhope melihat lebih lanjut. Artikel itu memaparkan syarikat Best Entertainment terbakar teruk sehinggakan perlu diroboh dan dilapangkan semula. Lebih menyayat hati, kesemua mangsa yang berada di dalam bangunan itu mati dengan keadaan rentung dimamah api.

"Kumpulan BestGirls juga tidak dapat diselamatkan kerana terkunci beramai ramai di dalam sebuah bilik latihan di tingkat empat. Kumpulan tersebut yang membuat kemunculan pertama dengan album bertajuk 'Rain' itu mati akibat terbakar memandangkan tubuh mereka 99 peratus rentung." Jhope membaca bait ayat yang tertera.

"Tapak berkenaan dibersihkan dan barang barang yang tidak dimamah api dikumpul serta disimpankan sementara. Kini, tapak bekas syarikat itu akhirnya dibeli oleh seorang producer musik bernama Bang Si Hyuk dan mendirikan syarikatnya sendiri, BigHit Entertainment. Barang barang dari bekas Best Entertainment dikembalikan dan Si Hyuk membenarkan barang barang seperti beberapa tape lagu dan mikrofon disimpan di sebuah bilik latihan yang tidak digunakan." Jhope tekun membaca bait bait ayat artikel tersebut dan dia sendiri terkejut bahawa syarikat naungan sekarang berdiri di bekas bertapaknya Best Entertainment yang terbakar.

"Patutlah aku jumpa tape tu. Rasanya bilik latihan yang dimaksudkan ni bilik yang aku dan yang lain kemas?" Jhope tertanya tanya. Seketika kemudian dia membaca lagi artikel tersebut sehingga habis.

"Inilah balasan kau orang. Padan muka!" Jhope menyumpah seranah. Namun, satu lagi artikel yang berjaya menarik perhatiannya dibuka.

"Kelihatan sesusuk tubuh misteri di tempat kejadian?" Jhope agak pelik dengan tajuk artikel tersebut.

Di laman tersebut, terdapat satu video yang memaparkan satu tubuh yang kelihatan semasa kejadian berlaku. Rakaman cctv sebelum terpadam itu menunjukkan seorang gadis berpakaian gaun pendek putih serta jaket jeans itu dilihat berdiri di hadapan pintu bilik latihan yang diduduki oleh ahli BestGirls.

"Hyomi." Jhope yakin itu adalah Hyomi yang datang membalas dendam atas kematiannya.

"Tak guna. Aku akan pastikan yang kau semua mati macam aku. Aku bersumpah sesiapa yang pegang tape ciptaan aku , akan mati!"

Teringat kata kata terakhir Hyomi sebelum dia dibaling pemetik api oleh Eunhye. Jhope mengeluh apabila sumpahan itu benar benar berlaku.

Tiba tiba, pintu studio terbuka luas. Jhope yang terkejut dengan hentakan pintu itu lantas berpusing ke belakang. Pintu yang terbuka tanpa kelihatan sesiapa yang membukanya itu dipandang dengan hati yang mula bimbang.

"Siapa?"

Jhope memberanikan diri bertanya. Namun tiada sesiapa yang menjawab.

Jhope bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke luar bilik. Mana tahu ada sesiapa yang cuba mengusiknya. Sebaik sahaja dia keluar, telinganya menangkap bunyi suara seseorang.

"Biga oneun jiteun saek seoul geu wie.."

Mendayu suara seorang perempuan menyanyi. Jhope sudah mula risau. Dia sudah tahu yang ini akan terjadi.

"Hyo-Hyomi ssi?" Soal Jhope apabila dia terlihat seorang gadis berdiri di hujung laluan yang agak gelap.

Dia yakin itu Hyomi memandangkan baju gaun putih dan jaket jeans yang dipakainya. Jhope mendapati Hyomi melangkah perlahan menuju kearahnya.

Setiap kali Hyomi berjalan di bawah sinaran lampu, Jhope dapat melihat wajah Hyomi dengan sedikit jelas. Rambutnya yang panjang menutupi sebahagian wajahnya yang terbakar.

Selangkah Hyomi kearah Jhope, selangkah juga dibuka Jhope ke belakang, risau diapa apakan.

"Hyomi ah, aku.. aku dan kawan kawan aku minta maaf sebab gunakan lagu kau untuk kemunculan kumpulan kami. Aku, aku yang salah dalam hal ni. Aku yang ambil tape kau tanpa selidik dulu. Maafkan aku." Jhope bersuara melawan ketakutannya. Kelihatan Hyomi tersenyum nipis.

"Aku akan pulangkan semula tape kau dimana aku jumpa benda tu." Jhope menyambung lagi. Namun Hyomi tidak menunjukkan sebarang minat untuk membalas kata katanya malah semakin menghampiri Jhope.

"Aku minta maaf juga kerana terpaksa buat begini."

Jhope terpempan, suara Hyomi itu jelas pada pendengarannya. Jhope menjerit apabila tubuhnya di tolak kuat kearah dinding kaca yang masih ditampal dengan plastik sementara dibaiki setelah kejadian Jungkook jatuh dahulu. Plastik itu terkoyak akibat tidak mampu menampung tubuh Jhope, dan nasib sama yang menimpa Jungkook, Jhope jatuh ke bawah.

Jhope merasa badannya sakit sehinggakan dia tidak dapat bergerak. Beberapa orang yang kebetulan melalui tempat itu segera mendapatkan Jhope yang terbaring. Suara seseorang yang bertanyakan keadaannya dihiraukan, Jhope lebih tertumpu kearah Hyomi yang masih berdiri di balik kaca pecah.

"Maafkan aku kerana cederakan kawan kawan kau. Aku terpaksa. Disebabkan sumpahan itulah aku terpaksa lakukan semua ni. Tapi, aku tak ada niat untuk bunuh kau semua. Sebab aku tahu kau tak sengaja dan tak tahu cerita di sebalik tape tu saat kau ambil. Tapi, sumpah tetap sumpah. Maafkan aku. Dan aku minta kau pulangkanlah tape tu di tempat peringatan aku di rumah peringatan. Sekali lagi, maafkan aku." Seusai sahaja habis berkata kata, Hyomi hilang daripada pandangan.

Di saat kesakitan itu, Jhope tersenyum.

Aku akan tunaikan, Hyomi, bisik Jhope sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

~

Rain : The Cursed MelodyWhere stories live. Discover now