Chapter 12

2.6K 367 6
                                    

Jimin dikejarkan ke hospital sejurus sahaja dia dihempap lampu pentas. Rapmon, Taehyung, Seokjin dan Jhope dihantar terus pulang ke rumah selepas menyalin semula baju dan mencuci solekan di bilik salinan tadi.

Mereka lantas terduduk di ruang tamu sebaik sahaja sampai di rumah. “Aku tak fahamlah semua ni. Suga belum sedar lagi, Jungkook pun belum sembuh, Jimin pulak kena masuk wad. Kau orang tak rasa pelik ke ha?” Seokjin menyoal sambil tangannya perlahan memicit dahi.

“Aku pelik jugak, hyung. Tak sangka comeback kita kali ni banyak masalah yang datang. Lagipun, haters dah banyak mereka cerita ni pasal diorang dimasukkan ke hospital.” Rapmon turut bersuara.

Dia sebagai ketua kumpulan juga pening untuk membuat sebarang tindakan.

“Korang tak rasa ke ni ada kaitan dengan lagu.. Rain?” Jhope yang dari tadi senyap lantas bersuara. Kata katanya mendapat pandangan pelik daripada ahli lain.

“Kau rasa macam tu ke? Hyung tak terfikir pun. Apa kau ingat hal ni macam lagu yang disumpah? Kau banyak pengaruh filem lah ni.” Seokjin tergelak kecil di hujung ayat.

“Tapi, aku rasa ada kaitannya dengan lagu tu. Entahlah, sama ada betul aku ni pengaruh filem macam yang Seokjin hyung cakapkan atau memang betul lagu tu bermasalah.” Jhope sedikit mengeluh. Dia lantas meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.

“Jhope ni okay ke tak?” soal Taehyung sedikit risau. Jarang untuk melihat Jhope serius dalam kata katanya seperti itu.

“Tak apa. Dia tak cukup rehat rasanya.” Rapmon menenangkan Taehyung. Dia lantas pamit untuk ke biliknya juga. Meninggalkan Taehyung dan Seokjin di ruang tamu.

“Hyung tak nak masuk bilik ke. Kalau tak nak duduk lah sini. Aku nak masuk bilik dululah. “ Taehyung segera bangun apabila Seokjin membalasnya dengan anggukan.

Dia segera masuk ke dalam bilik meninggalkan Seokjin keseorangan. Seokjin masih duduk di ruang tamu dengan memicit kepalanya yang pening. Bunyi hujan yang turun semakin lebat menemaninya sedari tadi.

Tanpa menyedari seseorang yang memerhatinya.

~

Rain : The Cursed MelodyWhere stories live. Discover now