Chapter 15

2.5K 363 12
                                    

Jhope terduduk sebaik sahaja ambulans pergi membawa Rapmon ke hospital. Seokjin turut serta menghantarnya.

Sebentar tadi, mereka dikejutkan dengan Rapmon yang dijumpa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan luka melecur di kulitnya.

Ketika ini, Jhope seakan akan kurang bersabar. Dia tahu ini semua angkara siapa. Tetapi dia tidak nafikan yang semua ini juga berpunca daripada Jhope sendiri. Dia bingkas bangun dan menyarung hoodie sebelum melangkah laju keluar menuju suatu tempat.

***

Tepat jam 1 pagi, Seokjin keluar dari wad yang menempatkan Rapmon selepas memastikan keadaan Rapmon kembali normal.

Sebaik sahaja dia menapak keluar, keadaan hospital semakin suram kerana faktor waktu. Waktu ini semua pesakit sudah lena dibuai mimpi dan pelawat sudah pulang.

Memandangkan wad yang menempatkan Rapmon berada di tingkat 8, dia harus mencari lif untuk turun lebih cepat. Pintu lif pantas terbuka kerana tidak ramai yang menggunakannya saat itu. Seokjin menerobos masuk dan menekan butang yang sepatutnya untuk pulang ke rumah.

Seketika kemudian, pintu lif terbuka dan Seokjin keluar. Namun dia merasakan tempat itu sedikit ganjil berbanding lobi yang dimasukinya sebentar tadi.

“Mungkin ruang bawah tanah. Aku tersilap tekan butang rasanya.” Seokjin kembali ke ruang lif namun pintu lif tertutup.

Bertalu talu butang lif ditekan namun lif tidak menunjukkan tanda untuk turun kerana nombor yang berada di atas pintu lif semakin bertambah menandakan lif menaik ke atas.

Seokjin menggaru kepalanya, buntu. Dia memandang sekeliling dan ruang itu seakan akan disinari cahaya merah. Tanpa pilihan lain, Seokjin terpaksa berjalan merentasi sebuah lorong merah suram untuk mencari lif lain.

Di pertengahan jalan, Seokjin terlihat sebuah pintu yang terbuka. Dia yang yakin itu adalah pintu ke ruang lif segera berlari. Seokjin menerobos masuk tanpa mengintai terlebih dahulu.

Senyuman lega yang terukir tadi perlahan lahan padam apabila menyedari pintu itu adalah untuk ke ruang bilik mayat. Seokjin segera berpatah balik, namun pintu terlebih dahulu ditutup.

Seokjin cemas lalu menjerit meminta tolong sambil tangannya menarik narik pintu supaya terbuka.

“Tolong! Tolong! Ada seseorang terperangkap disini! Eh?” Seokjin terhenti menjerit saat anak matanya menangkap figura seseorang duduk di salah satu peti mayat. Waktu ini, Seokjin seakan hampir menangis.

Tangannya ligat menggoncang tombol pintu dengan harapan pintu itu bakal tercabut supaya dia boleh lari dari situasi itu. Seokjin mengalihkan pandangannya semula ke arah figura tadi dan dia mendapati figura itu sudah berdiri dan berjalan perlahan menuju ke arahnya.

Seokjin sedikit peka ke arah figura itu. Rupanya seperti seorang gadis lewat 20-an, memakai gaun pendek putih serta jaket jeans di tubuhnya dan rambut panjang paras pinggang.

Namun, yang membuatkan Seokjin ketakutan ialah kulit gadis itu yang seakan terbakar.

“Giliran kau.”

Tindakan Seokjin menggoncang tombol pintu terhenti saat suara gadis itu bergema di telinganya.

Mendengarkan perkataan giliran itu, Seokjin tahu yang dia dalam bahaya dan perlu menyelamatkan dirinya secepat mungkin.

“Orang yang nyanyikan lagu aku harus mati macam aku.” Seokjin tersentak. Dia teringatkan kata kata Jhope beberapa hari yang lalu. Kata lelaki itu, lagu Rain seperti bermasalah. Sedikit sebanyak, keadaan itu telah membuatkan Seokjin bersetuju dengan pendapat itu.

“Maksud kau, Rain?” Gadis itu tidak berjawab melainkan dia tersenyum sinis. Kakinya dihayun perlahan merapatkan jaraknya dengan Seokjin. Seokjin malah berundur sehingga dirinya dihalang oleh peti besi mayat yang banyak.

Tidak semena mena sebuah peti mayat terapung dan segera menghempap Seokjin sehinggakan peti besi itu terbuka dan terkeluarlah satu tubuh yang keras beku ke atas Seokjin.

Seokjin menjerit jerit ketakutan dan segera menolak mayat itu jauh darinya. Dia mengengsot ke belakang menjauhi mayat tadi. Sekali lagi, sebuah peti mayat yang berada di atas, perlahan lahan bergerak sebelum jatuh menghempap kepala lelaki itu sehinggakan dia tidak sedarkan diri.

Lantas malam itu kecoh di hospital apabila pengawal keselamatan mendapati bilik mayat berselerak dan terjumpa satu tubuh yang masih hidup tetapi tidak sedarkan diri di bawah peti mayat.

~

Rain : The Cursed MelodyWhere stories live. Discover now