Chapter 18

2.7K 373 17
                                    


"Unnie.."

"Siapa unnie kau?! Kalau ikutkan aku sekarang jugak aku humban kau ke bawah bangunan ni tau tak?! " Eunhye tiba tiba melenting membuatkan bahu Hyomi terangkat akibat terkejut disergah sebegitu.

"Tt-tapi apa yang saya dah buat? Bukan ke tadi unnie suruh saya keluar untuk berfikir?" balas Hyomi cuba menyebelahi diri sendiri.

"Oh.. kau tak tahu atau buat buat tak tahu ni?" Soeun mengambil giliran untuk bersuara.

"Ne, saya betul betul tak tahu apa yang buat kamu semua marah pada saya." Hyomi segera bermain main jarinya sendiri akibat ketakutan. Matanya berselang seli memandang wajah wajah tidak puas hati di hadapannya.

"Kalau kau nak tahu, tadi kami berjalan dan lalu di pejabat mak saudara kau tu. Dengan pintu tak tutup kami boleh dengar semuanya. Kau tahu apa dia cakap? Kau tahu tak?!" Eunhye bertambah geram lalu membaling sekaki payung yang dibawa bersamanya kea rah Hyomi. Dahi Hyomi terkena hujung payung yang sedikit tajam hingga meninggalkan kesan luka di situ.

"Ah, unnie. Ss-saya tak tahu.." Hyomi yang hampir menangis menekup dahinya menggunakan tangan.

Eunhye mara kearah Hyomi lantas leher baju Hyomi dicekaknya kuat. Dengan air mata geram dia berlawan pandang dengan anak mata Hyomi.

"Kau tahu yang perempuan tua tak guna tu rancang debutkan kau dulu sebagai penyanyi solo. Wow senang lenang je kan? Dah tu kami ni apa?! Tunggul kayu?! Aku dah bertahun tahun berlatih bawah syarikat dia, kau yang baru masuk sini yang debut dulu? Kau rasa patut? Patut ke hah?!" Di hujung ayatnya, Eunhye melepaskan cengkaman di leher Hyomi dengan kasar sehingga membuatkan Hyomi jatuh sambil terbatuk batuk.

Jhope yang melihat keadaan itu segera dapatkan Hyomi, namun dia hanya mampu melihat keadaan tetapi tidak untuk menyelamatkan keadaan. Sesekali Jhope memandang geram kearah Eunhye yang riaknya sedikit puas.

"Aku nak kau berambus dari sini. Aku tak nak kau jadi artis dekat syarikat mak saudara kau sendiri dan menjadi ahli BestGirls. Aku benci tengok muka kau." Eunhye lantas berpaling dan mereka meninggalkan Hyomi di situ.

Hyomi tidak mampu untuk melawan kata kata Eunhye tadi. Dia hanya mampu menangis dalam diam. Hujan yang sedikit lebat mulai turun. Sedikit sebanyak membuatkan luka di dahi Hyomi terasa pedih akibat terkena air hujan.

Lantas anak mata Hyomi terlihat sekaki payung yang dibaling ke arahnya tadi. Payung berwarna hitam itu diambil lalu dibuka, namun angin tiba tiba menerpa sehinggakan payung terlepas dari pegangan Hyomi dan lantas jatuh ke bawah. Hyomi mengeluh kecil.

Barang barangnya lantas dikemas, Hyomi perlu turun untuk dapatkan kameranya semula. Jhope yang melihat gadis itu seperti mahu ke sesuatu tempat yang lain, segera mengekori Hyomi sehingga mereka tiba di bawah iaitu di jalan tar yang terdamparnya kamera Hyomi.

Dari jarak jauh, Jhope hanya mampu melihat gadis itu mengambil kameranya dengan perlahan namun Hyomi tidak bergerak sedikit pun dengan tangannya yang masih memegang kamera. Apa yang Jhope perasankan, Hyomi menangis tersedu sedan, mungkin membayangi nasibnya.

Beberapa minit kemudian, Hyomi menghalakan kamera ke wajahnya dan lantas butang tutup ditekannya membuatkan kamera menjadi gelap.

***

Hyomi menolak pintu bilik rakaman yang ada di syarikat Best Entertainment milik ibu saudaranya itu. Dia mendekati sebuah komputer yang terdapat di situ, dia harus membuat sedikit perubahan dalam tape yang telah dirakamnya beberapa hari sebelum dia kesini.

Tape yang bertulis 'Rain' itu segera dimasukkan ke dalam soket. Beberapa minit kemudian satu melodi kedengaran namun skrin komputer masih gelap kerana tiada sebarang video.

Rain : The Cursed MelodyWhere stories live. Discover now