-1-

729 96 46
                                    


Jeonghan terbangun dari mimpinya. Dia berjanji lagi. Sudah 5 tahun sejak dia di serang mimpi-mimpi buruk. Tak, taklah buruk mana.

Dia berharap dreamcatcher betul-betul menjalankan tugas mereka. Malang, tapi dreamcatcher tak berkesan pada dirinya.

Jeonghan mengerling ke arah jam. Masa untuk bekerja. Jeonghan bersiap seperti biasa. Jaket berhoodie berwarna hitam, seluar tracksuit dan topeng muka.

Dia hanya mengambil upah mengantar dan menyusun barang di sebuah syarikat. Dia bukannya kaya. Hidup sendiri. Dipinggir keluarga? Mungkin ya.

Keluarganya takut akan dirinya. Mereka menggelarnya raksasa. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

Sedang dia memandu, matanya jadi lali. Dan dia tertidur. Padel minyak ditekan. Lori yang dipandu makin laju. Dia bermimpi, lagi.

Dia berada di dalam hospital. Dia dapat melihat kanak-kanak berusia 6 tahun. Ya, itu dia. Tangannya diikat. Begitu juga dengan kakinya.

Dia langsung tidak boleh bergerak. Doktor memeriksa dirinya. Dia masih normal bukan? Atau.. tidak?

Inspektor polis dan wartawan sesak di hadapan katilnya. Beribu soalan ditanya. Ya, dari gerak bibir dan reaksi muka mereka.

Tapi malangnya, satu pun dia tak dengar. Dia nampak semuanya. Tapi dia langsung tak dengar apa yang mereka katakan.

Dia hanya mampu memberi pandangan kosong. Soalan mereka dibiarkan tanpa jawapan. Lagipun, ini cuma mimpi bukan?

"Jeonghan, janji dengan aku. Kau bangun eh? Tak, kau perlu bangun!"

Suara tu. Aku tau suara tu.

"Aku janji."

Jeonghan memisat matanya. Dia tersedar dari tidurnya. Lori di hadapannya di elak. Nasibnya baik, tiada kemalangan berlaku. Ya, dia tidur sambil memandu.

Jeonghan turun dari lori penghantaran. Simpang empat yang berada tidak jauh darinya huru hara. Habis kereta berlanggar sesama sendiri. Sebab dia mungkin?

Jeonghan meneruskan penghantarannya sehingga yang terakhir. Dia kembali ke syarikat.

Satu tamparan kuat melekap pada pipi Jeonghan. Bibirnya pecah. Darah pekat mengalir pada bibirnya.

"Kau ni tak ada akal ke apa? Macam mana kau boleh bawak lori sambil tidur?! Gila? Kau tahu tak berapa banyak syarikat tanggung kerosakkan disebabkan penghantar barang macam kau?! Aku nak kau berambus! Jangan jejakkan kaki lagi dekat syarikat ni!" Lelaki dalam usia 40 an itu mengamuk.

"Menyusahkan. Kerja senang jadi susah. Inilah padahnya ambik anak pungut bekerja. Dasar kesian. Huh!" Lelaki itu mengumam tapi sempat ditangkap oleh telinga Jeonghan.

Jeonghan mengelap bibirnya yang berdarah itu. Segera dia menukar baju ke baju biasanya. Secara rasminya, dia dibuang kerja.

Hoodie hitam tersangkut elok pada kepalanya. Dia berjalan pulang menuju ke rumah sewanya.

Budak-budak lebih kurang dalam usia 6 ke 7 tahun membaling batu-batu kecil ke arahnya. Dia.. tak rasa apa-apa.

Dia menapak naik ke rumah sewanya yang berada di bumbung. Pertengahan musim sejuk yang dingin. Dia masuk ke dalam rumahnya.

Baju ditukar. T-shirt putih berlengan pendek dan seluar track. Pemanas tidak dihidupkan. Pelik? Tapi itulah dia. Jeonghan tidak mempunyai rasa. Dengan lebih tepat, dia hilang deria rasa.

Dia tak boleh merasa. Sejuk, panas, pedas, masin, mahupun sakit. Dia tak pernah tahu semua rasa itu. Baginya, semuanya sama.

T-shirt berlengan pendek menampakkan setiap parut yang terukir di lengannya. Kesan luka dibaling batu dan kesan luka ditampar bosnya.

[ C ] Promise '/, Y.j.hWhere stories live. Discover now