Jeonghan
"Jeonghan?"
Seungcheol menepuk perlahan pipi Jeonghan apabila terlibat tubuh yang kaku itu kembali bergerak. Aku melihat sekeliling.
"Lagi?"
Seungcheol memandang aku pelik. Mungkin pelik akan gelagat aku yang agak berbeza dari sangkaannya. Jujur, aku tak mahu balik. Aku mahu terus tinggal di sana. Tapi kenapa semuanya hanya tipu belaka? Kejam betul.
"Kau Jeonghankan? Bangun.."
Seungcheol membantu aku untuk bangun. Aku melihat sekeliling. Agak ramai berkumpul sekeliling aku. Apa mereka mahukan?
"Kenapa ramai sangat ni?"
Soalan aku membuatkan Seungcheol menggaru belakang lehernya. Seungcheol menerangkan segalanya. Dia jatuh dan.. Pengsan. Dengan personaliti lain di dalam tubuhnya.
Mereka mula bergerak pergi. Sempat lagi Jeonghan menunduk dan mengambil sesuatu yang agak besar. Mujur Seungcheol tidak perasan.
"Seungcheol.."
Seungcheol yang tiba-tiba sahaja dingin mengalihkan wajahnya untuk menghadap Jeonghan.
"Eoh?"
"Mian.."
Batu dihantukkan dengan kuat pada kepala Seungcheol. Seungcheol jatuh tersembam. Matanya cukup berpinar untuk menghalang dia dari melihat arah Jeonghan pergi.
"Yoon..
Jeonghan.."
Jeonghan berlari sepuas hati. Dia sudah tahu apa yang dia inginkan. Dia sudah tahu. Dia bakal dapatkan kebahagiaan. Dia pasti. Mujur dia bekerja sebagai pemandu lori.
Kepintaran dalam cekap mengenal jalan digunakan. Stesen keretapi yang terdekat dituju. Jeonghan berlari sepantas mungkin. Hanya dengan satu matlamat di dalam kelapa otaknya.
Tanpa dia sedar, juraian air mata jatuh membasahi pipi. Jeongahan hanya mampu ketawa perlahan. Dia.. Benci. Dia benci dengan segalanya. Dengan diri sendiri yang bertuankan perwatakan yang dia sendiri tidak tahu mereka wujud.
Hidup tanpa rasa. Masa silam yang hitam. Ah.. Semuanya membunuh. Mereka kejam. Tak.. Badannya sendiri kejam dengan mindanya. Semuanya kejam. Paling kejam.. Kenapa dia perlu bangun?
Aliran air mata yang menitik mengalir lebih deras. Angin laju yang menghentam mukanya membuatkan dia rasa lebih teruk. Seakan tohmahan kepada segala salah laku yang dia sendiri tidak tahu, dia pernah lakukan.
Pantas segala beban yang di pikul selama ini, segala makian, cacian dan hinaan melekat pada kepalanya. Sekali lagi, mereka bagaikan ulang tayang. Ulang tayang demi ulang tayang sudah lama membunuhnya.
Sejak dahulu. Tetapi ulang tayang tidak pernah kenal erti berhenti. Tiada perhentian. Mereka tidak benarkan dia untuk bernafas. Walaupun buat seketika. Ya, mereka kejam. Kelakar bagi mereka dia yang kejam. Mengenangkan kini dia juga seorang pembunuh. Dia patut mati dan ini apa yang dia akan lakukan.
Mati.
Jeonghan tiba betul-betul di hadapan stesen keretapi. Tangannya merayap pada bahagian belakang seluarnya. Dia mencari-cari aset paling berharga buatnya. Wang? Mungkin. Sayang dia miskin.
"Dompet ada."
Nafasnya disekatakan. Dengan tenang dia berjalan masuk ke stesen keretapi. Laluan menuju ke perhentian yang dirasa berdekatan di lalui. Dompetnya diletakkan pada sensor. Pintu terbuka.
Dia berjalan dengan tenang. Buat seumur hidupnya, itulah kali pertama dia berjalan dengan dadanya ke hadapan dan belakang yang tegak. Tenang? Sudah lama dia lupa erti ketenangan. Bukan tenang. Tanpa perasaan? Itu lebih tepat.
YOU ARE READING
[ C ] Promise '/, Y.j.h
Hayran Kurgu"sleepy head" yang sering bermimpi setiap kali dia tidur. Dan setiap mimpi, akan ada janji. Sesusuk tubuh asing yang sering mencipta janji. Ada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Rahsia dan ketakutannya paling dalam. "Promise me?" - Unknown "PRO...