"Kau okay tak ni?"
Seungcheol membelek tubuh badan Jeonghan. Agak terkejut sebenarnya Jeonghan bangun dari tidur lenanya dengan soalan yang dituju pada dirinya sendiri.
"Rahui.."
Jeonghan terus menggelabah. Tubuh Rahui di cari. Jeonghan mula mengganas.
"Rahui mana?!"
Bagaikan terkena histeria. Dia dapat melihat dengan jelas wajah Rahui. Dan dia tahu Rahui masih wujud. Tak mungkin Rahui sudah hilang.
Tak, tak mungkin."Seungcheol, Rahui? Rahui mana?!"
Jeonghan bertempik kuat. Air matanya perlahan-lahan mengalir.
"Rahui mana.."
Akhirnya Jeonghan kembali tenang. Betul kata Jeongsoo. Jeonghan akan mengganas saat dia bangun dari tidur. Sekarang dia faham.
Jeonghan yang kini berubah 360 darjah. Keseluruhannya dia berubah. Dari segi perasaan dan tubuh badan.
Rasanya tubuh badan dia mula mengingati kembali kesakitan yang pernah dia alami dahulu. Tanggung pilihan kau Jeonghan. Kau yang minta.
"Argh!!!!"
Jeonghan tiba-tiba terbaring sepenuhnya dengan penuh kesakitan. Tubuh badannya menggeletar. Dia berpeluh. Matanya dikatup serapat mungkin. Menahan segala perit. Kesan dari memori. Tubuh badan kita lebih bijak dari yang disangka.
"Jeonghan?"
"Jeonghan.."
"Jeong.."
"Han.."
Jeonghan tertidur sepenuhnya.
Maaf Jeonghan, mimpi hitam kau akan berulang sekali lagi. Bermula dari.. Sekarang.
Mimpi
Dia terperangkap di dalam dinding yang dibina berbentuk kotak. Dia terperangkap. Keseorangan. Bersendirian.
"Jeonghan..."
Seseorang memanggil namanya. Dia menoleh ke semua arah. Tetapi dia tidak dapat melihat sesiapa.
"Yoon Jeonghan.. Hehehe.."
Dari suara yang sayu kepada suara yang menjengkelkan.
"Haha! Bodoh!"
Jeonghan berpusing mencari suara itu. Masih sama. Kini kedengaran gelak tawa mereka.
"Kau tak layak hidup. Mati!"
Perasaan yang dahulunya hilang kini muncul kembali.
"Kau diam?! Aku tak kenal kau dan aku tak tahu kau! Diam!"
Jeonghan menjerit kuat tetapi suara gelakan semakin kuat. Ejekan mereka makin kuat. Jeonghan menutup telinganya.
Tak, dia masih dapat mendengar suara-suara sumbang itu.
"Tolong! PERGI!"
Suara-suara yang makin kuat. Suara itu senyap seketika. Jeonghan lega.
Figura-figura mula menjelmakan diri. Dari seorang ke beratus manusia. Kotak yang kecil tiba-tiba bertukar semakin luas. Siapa tahu, kotak itu mampu memuatkan beratus manusia yang cukup hebat.
Mereka hebat kerana mereka berjaya menjadikan seorang manusia yang polos kepada seorang pembunuh. Hebat bukan?
"Aku.. Tak boleh.. Bernafas.."
Jeonghan makin lemas. Figura-figura itu mengasak dirinya ke dinding. Dadanya sesak.
Dia lemas.
Dia bersedia untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir.
YOU ARE READING
[ C ] Promise '/, Y.j.h
Fanfiction"sleepy head" yang sering bermimpi setiap kali dia tidur. Dan setiap mimpi, akan ada janji. Sesusuk tubuh asing yang sering mencipta janji. Ada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Rahsia dan ketakutannya paling dalam. "Promise me?" - Unknown "PRO...