-15-

213 39 20
                                    

Lexi

"Apa yang jadi sebenarnya ni?"

Lexi memandang ke arah Seungcheol, Junghan dan Yohyeon. Ya, dia memang kenal Seungcheol. Tapi siapa pula Yohyeon? Dan apa kaitan Yohyeon dengan Rahui? Macam mana Yohyeon boleh kenal Rahui?

"Aku nak tanya dulu. Macam mana kau, Junghan boleh jumpa Lexi? Kenapa kau panggil Lexi , Rahui?"

Seungcheol sudah mula menyilang tangan. Dia sudah agak memang ada benda yang tak kena daripada mula lagi. Tapi dia tidak menyangka dia sendiri ada kaitan mengenai hal ini.

"Aku nampak dia lalu depan aku. Macam mana kau boleh tahu dia Lexi? Dia Rahui."

"Ok. Stop semua benda ni. Aku nak semua orang terangkan. Satu-satu. Tanpa ada one point pun tertinggal."

Yohyeon kelihatan senyap sedari tadi. Dia masih lagi memandang wajah Lexi seperti mana dia melihat bintang di langit. Siapa sahaja gila untuk katakan Lexi hodoh? Dia sememangnya cantik.

"Mula dengan kau. Yoon Junghan."

Junghan memandang Lexi tajam. Lain pula Yohyeon. Dia mula tidak sedap hati. Seakan ada benda yang betul-betul tak kena sekarang ni. Junghan.. Seakan nama.. Dia.

"Aku Junghan. Yoon Junghan. Aku nak cari Rahui. Hanya dia yang boleh selesaikan semua benda ni. Ikatan aku dengan Rahui tak dapat aku nak terangkan."

"Seungcheol, kau pula."

"Aku Seungcheol. Doktor psychiatrist. Yang paling aku terkejut, macam mana ketiga-tiga pesakit aku ada dekat sini. Yohyeon, borderline disorder plus Bipolar disorder. Lexi, alice in the wonderland syndrome.

Hanya berlaku pada waktu pagi. Right? Dan kau Junghan. Oh, lupa. Kau bukan pesakit aku lagi. Nampak macam takdir temukan kita. Walaupun kau dah berjanji kau tak nak jumpa aku lagi."

Seungcheol mendecit pada hujung ayatnya. Ya, dia masih emo. Ah, sejak bila kau gantikan tempat Wonwoo, Choi Seungcheol?

"Aku Lexi. Aku langsung tak kenal siapa Junghan. Aku tak kenal siapa dia.. Ni? Tapi ya, aku kenal Seungcheol."

"Wen Yohyeon. Kau dah tak kenal aku Lexi?"

Semua bertumpu ke arah Yohyeon.

"Yoon Yo Hyeon. Kekasih Im Rahui. Kau dah lupa aku? Lexi Im? Atau aku patut panggil kau Rahui? Tolonglah Rahui. Lexi tak pernah wujud. Dia tak pernah keluar. Schizoid kau makin menjadi-jadi!"

Mereka semua terdiam.

"Yoon.. Yo hyeon? Kau adik Jeonghan?"

"Kau..?"

"Aku personaliti Jeonghan. Yoon Jeonghan."

Lexi dah tak ada cara lain. Atau patut kita panggil dia Rahui? Rahui betul-betul dah tak ada cara lain. Dia terpaksa gunakan cara ni.

"Maafkan aku."

Sekali lagi, pemetik api dikeluarkan. 

Im Rahui

Aku tak sangka aku akan guna benda ni. Aku betul-betul minta maaf tapi rahsia aku dah terdedah. Ya, simpulan takdir sudah terbuka.

Tapi aku.

Aku penyebab simpulan takdir ini berselirat dan kini aku yang akan menghapuskan siratan takdir yang menyusahkan ni.

Time Leaping + Hypnosis + water drop..

Bersedia untuk kisah baharu.

"Maafkan aku tapi aku terpaksa habiskan semua ni."

Pemetik api ditekan dan api keluar melalui picu. Mata mereka bertiga tertumpu kepada muncung pemetik api.

[ C ] Promise '/, Y.j.hWhere stories live. Discover now