"Semua dah sedia?"Mereka semua mengangguk. Rahui menekan punat berwarna ungu dan sekeliling mereka menjadi gelap. Hanya skrin dihadapan mereka yang bercahaya.
Tertayang Pintu 1 pada skrin yang berada di hadapan mereka.
Mereka menonton apa yang ada dalam pintu 1. Tiada apa yang menarik sebenarnya. Saat dia betul-betul dilahirnya.
Mereka beralih ke pintu 2. Ketika umurnya dua tahun. Semuanya masih biasa.
Pintu 3, di mana dia diserahkan ke pengasuh. Hanya sedikit kisah hitam.Dia berkelah bersama keluarganya. Dia lemas. Terjatuh ke dalam kolam tapi sempat diselamatkan.
Pintu 4, semasa berusia 4 tahun. Masih biasa. Pengasuhnya terkadang agak kejam. Salahkan dia kerana nakal.
Pintu 5, hitam. Masih berusia 4 tahun. Dimana dia berada di dalam bilik bedah. Dia mengalami pembedahan mata. Masalah rabun yang teruk.
Pintu 6, masih 4 tahun. Buta untuk seketika. Lama sebenarnya. Dalam 6 bulan? Sebelum dia boleh melihat seperti biasa semula. Di mana Bandar YJ dicorak. Imaginasi.
Pintu 7, 5 tahun. Segalanya mula luar biasa. Penciptaan Rahui, Jeongsoo dan Gyuhan.
Jeongsoo agak tegamam melihat apa yang berada disebalik pintu 7. Dia memandang Rahui mencari jawapan. Rahui hanya tersenyum.
Dan ini dia, pintu 8. 7 pintu sebelum ini semuanya bertuah. Tidaklah bertuah mana. Cuma, masih normal. Pintu 8, bermulanya segala realiti. Kau yang minta Jeonghan, kau yang minta.
Pintu 8
Di mana memori dia ditinggalkan di rumah itu. Bersama perempuan itu. Di dera dan segalanya. Tak lupa juga di mana dia membunuh.
Dia naik mahkamah. Turun mahkamah. Dan akhirnya disahkan gila.
Jeonghan tergamam. Langsung tidak disangka. Tangannya di genggam.
Pintu 9
Dia di bebaskan dan tidak lama selepas itu, peristiwa di taman. Kawan baru. Masuk ke hospital gila. Ditahan. Membunuh ayah kepada rakan barunya.
Dan kali ini bukan dia, tapi personalitinya yang membunuh.
Apa yang terjadi sebenarnya, budak itu menghulur penyodok kecil kepada Jeonghan. Mereka bermain pasir. Dan Jeonghan menganggap itu sebagai perempuan yang ingin membunuhnya.
Dia memanggil Gyuhan untuk keluar, dan itu dia. Dia membunuh.
Jeonghan hanya mampu menganga.
Pintu 10
7 tahun. Di bebaskan dari wad gila. Sebab? Keluarganya yang tuntut.
Balik ke rumah, di tampar mak dan ayahnya. Di marah bergilir-gilir. Di caci malah di maki. Apa yang lawaknya, boleh ayahnya mengatakan dia menipu di mahkamah.
Dan berlagak seperti dia tidak pernah menjalankan tugasnya sebagai bapa. Begitu juga dengan ibunya. Mereka nampak seperti seseorang. Seseorang yang pentingkan diri.
Terima hakikat kau punya ibubapa bersifat begitu.
Mereka menunjukkan pisau di hadapan matanya. Ya, saja mencari maut.
Gyuhan keluar.
Tamat riwayat mereka. Haha. Tak ada sebab ataupun alasan yang kukuh pun bukan? Ada sebenarnya. Penderaan.
Begitulah. Jeonghan kembali ke wad mental. Sekiranya orang lain berulang alik ke hospital kerana sakit kronik, dia berulang alik ke hospital gila kerana membunuh.
YOU ARE READING
[ C ] Promise '/, Y.j.h
Fanfiction"sleepy head" yang sering bermimpi setiap kali dia tidur. Dan setiap mimpi, akan ada janji. Sesusuk tubuh asing yang sering mencipta janji. Ada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Rahsia dan ketakutannya paling dalam. "Promise me?" - Unknown "PRO...