Bab 17

126 2 1
                                    


NADYNE Umairah terkedu apabila disapa oleh bekas teman sekelas yang namanya pernah hinggap lama di hatinya. Mana dia hendak melarikan diri lagi? Terdedahlah sudah dirinya di hadapan Muhammad Faeeq. Semudah inikah dirinya dikenalpasti?

"You...Nadyne Umairah, kan?" Nadyne Umairah tidak menjawab dan dia tidak tahu hendak menjawab apa. Soalan itu telah diulang dua kali sebaik namanya diseru sekejap tadi.

"Maira...did you know him?"

"I-" Dia tidak tahu hendak cakap apa dengan Jennifer.

"Akhirnya aku jumpa jugak kau." Tutur Faeeq, lantas menarik kerusi walaupun tidak pelawa.

Raj dan Malik di restoran seberang terus tak dihirau. Tahulah mereka membawa diri. Wajah Umairah yang putih kemerahan ditenung lama. Berbuku-buku hatinya dek terlalu lama mencari Nadyne Umairah. Dan ada hutang soalan yang ingin ditanya pada Nadyne Umairah sendiri.

"Nadyne...please excuse us. You might need some privacy." Ujar Jennifer, mahu mengundur diri

Dia dan beberapa orang teman yang lain sudah berdiri tetapi Nadyne Umairah yang bagai baru tersedar dari dunianya cepat-cepat menarik tangan Jennifer. Rakan-rakan yang lain sudah bergerak menuju ke destinasi masing-masing.

"I nak ikut you, Jen." Beritahu Umairah. Jennifer serba-salah. Dia rasa tidak senang pula berada di antara pertemuan itu.

"Tolong Umai...aku nak sedikit space dengan kau."

"Kau nak apa?" Soal Umairah dengan nada hampir melengking.

"Aku nak tanya kau, kau dah berpunya ke belum?" Terus-terang soalan itu ditanya Faeeq. Umairah pejam mata sedangkan Jennifer pula bagai tidak sabar hendak mengangkat kaki. I shouldn't be here. Bisik Jennifer sendiri. Dia menepuk bahu sahabatnya, memberi isyarat bahawa dia menanti Umairah di tempat lain. Buat lelaki yang bertanya soalan jujur kepada Umairah, Jennifer hanya menghadiahkan sebuah senyuman.

"Best of luck!"

"Sekarang, hanya ada kau dan aku. Boleh kau jawab soalan aku tadi Umai?"

"Kau gila ke, Faeeq? Tanya aku soalan begitu?"

"Ye, memang! Aku gila kalau tak tanya kau soalan tu. Sekarang, kau jawablah soalan aku." Faeeq semakin tidak sabar. Apa yang berbuku sudah diluahkan, sekarang dia menanti jawapan Nadyne Umairah dengan rasa tidak sabar.

"Kau nampak cincin di jari manis aku ni? Aku akan jadi milik orang hujung minggu ni, Faeeq. Harap maklum dan jemput datang ke majlis aku, ya?" Jawab Nadyne Umairah, geram. Dia mengangkat jari manisnya di antara wajahnya dan Faeeq. Kemudian, dia terus bangun, lalu meninggalkan Faeeq yang terkedu.

Setelah sekian lama melenyapkan diri daripada pandangan Faeeq, Nadyne Umairah terpaksa mengorbankan perasaannya lagi dan lagi. Air mata berciciran jatuh, membasahi pipinya. Seminggu yang bakal dilalui. Mengapa aku terpaksa melukakan hati sendiri untuk kebahagiaan orang lain? Demi Mama Afya, demi Papa Ameer, demi Mama Bainun. Aku bakal meremukkan diri buat mereka semua. Padahal nama Faeeq tak pernah sekalipun jauh dari hati aku. Selamat tinggal, Faeeq! Dahulu aku tinggalkan kau tanpa ucapan selamat. Kini aku tinggalkan kau dengan ucapan selamat buat selama-lamanya.

"Umairah! Tunggu dulu! Kenapa kau tergesa-gesa pergi? Begini kau layan aku sekian lama kita tak berjumpa? Aku nak belanja kau makan, sama macam aku belanja Bob, Lan dan Apek."

Cepat-cepat Umairah menyeka air mata yang bercucuran jatuh. Dia ingatkan sudah berjaya mengatasi Faeeq, rupa-rupanya bukan semudah itu Faeeq mengalah. Dia hampir terlupa, Faeeq pernah dikenali selama setahun dan dirinya tak mudah goyah dengan satu alasan. Faeeq babil dan susah dipujuk!

"Kau tak nampak aku makan tadi? Bukan masa kau datang menyapa tadi, aku sedang habiskan makanan aku?" Balas Umairah, sedaya upaya mengawal dirinya. Faeeq yang ditinggalkan jauh di restoran sudah berjalan beriringan dengannya. Hati Umairah tambah sesak dengan sikap Faeeq.

"Aku tak perasan. Ingatkan kau tengah melepak aje kat restoran tu." Selamba Faeeq menjawab. Jika benar sekalipun Umairah sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan, itu tak akan menjejaskan semangat Faeeq. Sudah lama dia menjejaki Umairah. Takkan semudah itu hendak mengalah.

"Kau dah tua, Faeeq. Yang depan mata pun kau tak nampak."

"Ha ha ha. Aku aje tua. Kau?"

"Tak habis dengan loyar buruk kau tu." Ejek Nadyne Umairah, masih berusaha mengawal rasa yang tak menentu, tetapi disebabkan Faeeq boleh berlagak biasa, maka dia pun terpaksa buat tenang juga.

"Begini aje aku, Umai! Dari dulu sampai sekarang."

"Bila kau ada masa free? Boleh aku jumpa kau lagi? Nak belanja makan ni."

"Hari ni last day aku. Esok aku dah mula cuti."

"Oh, aku lambat ya, Umai?" Tanya Faeeq, ingin tahu.

"Apa yang lambat?"

"Lambat cari kau. Aku ingatkan cukuplah masa lapan tahun, berkelana mencari duit, hajat nak membina hidup dengan kau. Rupanya, aku balik, kau dah disambar orang."



Kawan Dulu, Okay?Where stories live. Discover now