Part 2 - Bunga , Bintang Bertemu Lagi.

147 7 0
                                    

"Anggap ciuman tu satu denda sebab patahkah hidung saya yang mancung ni."

Haein tersenyum sendiri bila teringat kejadian semalam dia dan V. Kedua tangan dilebarkan seperti burung mahu terbang lalu merebahkan badannya atas sofa empuk dan menjerit keriangan.

"Kenapa jantung aku berdegup kencang masa bertatap mata dengan tiang bendera tu." Tapak tangan diletakkan pada dadanya untuk merasa dengupan jantung sama ada biasa atau kelajuan maksimum.

"Perlahan." katanya.

❄❄❄❄❄

"Betul ke apa yang V lakukan ni? Sebab yeoja tu V tak nak kerja di syarikat appa kamu?" Pertanyaan Puan Tae pada V.

"Omma , V malas nak cakap pasal ni! Dah V tak nak janganlah disuruh buat benda yang orang tak suka." marah V.

"Omma bukan paksa tapi appa nak kamu kerja sana. Dia tak nak orang luar tahu apa pekerjaan anaknya. Appa tak nak air muka dia jatuh."

Wajah sedih Puan Tae ditenung lama. V serba salah pada omma. Dia buat semua ni bukan suka-suka , ia bersebab. Kalau tak bukan sebab dah lama V bekerja di syarikat Tuan Kim. V berdiri dihadapan Puan Tae dan kedua dua tangannya diletak pada bahu Puan Tae.

"Maafkan saya sebab marahkan omma. V tak ada niat nak sakitkan hati omma. Omma jangan risau beri V ruang untuk semua ni. Pasal yeoja tu tunggu masa sesuai baru V cerita dekat omma." Puan Tae berada dalam pelukan V sambil mengusap belakang tubuh anaknya itu. Pelukan dileraikan.

"Dah jangan nangis lagi. Cair makeup tu nanti." Airmata Puan Tae dilap dengan ibu jari V dan ada kesan makeup yang comot pada wajah Puan Tae.

"Omma pergi dapur dulu nak masak makan malam untuk kamu dan appa." Hidung V dicuit manja.

V menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Tombol pintu dipulas diikuti suis lampu dibuka lalu berjalan ditepi katil dan melabuhkan punggungnya atas tilam. Laci kecil dibuka dan mengambil sekeping gambar dan menutup balik laci tersebut. V tenung gambar itu lama lama kemudian gambar itu V letak atas lantai. V terus pijak dan memijak gambar itu. Ia mungkin geram dengan seseorang dan menyebabkan gambar itu menjadi mangsanya. Gambar atas lantai diambil lalu menyimpan dengan elok agar gambar itu tidak renyuk. Tuala diambil dan masuk dalam bilik mandi.

V menuruni anak tangga menuju ke ruang makan untuk makan malam bersama omma appa. V menghidu semua makanan yang terhidang atas meja itu.

" hmmm sedapnya bau. Banyak sangat omma masak sape yang nak habiskan semua ni?" bebel V.

"Semuanya makanan kegemaran kamu. Mestilah V boleh habiskan." kening kanan dijongketkan.

"Harap habis makanan ni." sengih V lalu melabuhkan punggung atas kerusi makan.

"Ehem!!" Tuan Kim berdehem bila V tidak perasan kehadirannya di meja makan.

"Seronok berbual sampai suami depan mata pun tak perasan." Kerusi ditarik dan duduk.

V hanya mendiamkan diri. Telur gelung yang ada depan V diambil guna chopstick lalu disumbatkan kedalam mulutnya.

Suasana makan malam mereka sunyi. Hanya bunyi suara dari televisyen. Ketika makan V cuma menundukkan kepala tidak bergerak walau seinci pun.

"Malu sangat ke sampai tak nak pandang muka appa." Tuan Kim memulakan perbualan.

"Maaa...naa mana ada." Lidah terkelu saat V mahu balas pertanyaan Tuan Kim.

"V benci sangat ke dengan appa?" tanya Tuan Kim

"Kalau V kata yang V betul betul bencikan appa,apa appa nak buat dekat V." V tanya balik kepada Tuan Kim.

[ C ] Just Protect MeWhere stories live. Discover now