Part 13 - Selamat Tinggal Seoul

7 1 0
                                    

" Dia dah mula sayangkan kau tapi kau dah hancurkan hati dia. "

" Selayaknya hati siapa yang perlu disakiti? "

" Kau atau dia. "

Kata kata Jinhwan bermain di minda. Dia keliru dengan diri sendiri. Siapa yang patut disalahkan? Dia atau Haein.


Flashback


Jinhwan meneliti setiap sudut kawasan di dalam kafe sehingga membuat tubuhnya berpusing. V hanya tengok kelakuan Jinhwan yang seakan budak berumur enam tahun.

" Aik dik tak pernah masuk kafe ke sampai macam tu sekali tengok. " Perlinya pada Jinhwan.

Kata V itu dihiraukan. Niatnya mahu melihat dapur tetapi matanya ternampak tangga kecil pantas kakinya melangkah naik ke tingkat atas untuk melihat kawasan itu.

" Ish budak ni. Dahlah nak rampas Haein pastu datang kafe aku macam orang jakun. " Rungutnya dengan muka berkerut. V terus berjalan naik ke atas.

" Ouhh ni rupanya pejabat V. Anak orang kayalah ni. Tapi kenapa kerja jadi cleaner kat sekolah. " Tanyanya sendiri.

V berdiri didepan pintu itu tanpa membuat apa - apa cuma hanya mendengar Jinhwan bercakap seorang diri. Jinhwan cuba menoleh belakang kerana mahu tengok V ada ke tidak.

Sekali toleh dia hampir mengeluarkan kata kata kesat disebabkan V. V betul - betul berada di belakangnya.

" Weh jantan!! kau nak bunuh aku ke apa? Bila masa kau muncul. " Jinhwan meletakkan tangan di dada. Dia cuba menarik nafas sambil matanya memandang geram ke arah V.

" Lah terkejut ke? Aku kalau boleh nak matikan kau terus. Senang aku nak rasa bahagia bila bersama Haein nanti. " V memeluk tubuh lalu berjalan ke arah meja dan matanya masih memandang Jinhwan.

" Kalau kau sayang Haein kenapa kau cakap pada dia yang dia minta kasihan dari orang lain? " Suaranya mendatar saat menanya soalan itu pada V.

V tergamam. Pada masa yang sama dia merasakan diri dia telah melukakan hati seorang perempuan yang dia cuba lindungi.

" Maa naaa kkau taaahu.. " Suaranya terketar ketar apabila memandang Jinhwan dengan mata yang bulat.

" Itu kau tak perlu tahu. Aku nak kau terus terang pada Haein. Itu je tak lebih. " Tiada tindak balas oleh V. Dia memandang bawah. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.

" Aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau tapi... " Bicaranya terhenti. Dia mengeluh berat.

" Aku nak betulkan hubungan korang berdua. Aku mengaku memang aku sayang dan cintakan Haein.. " Jinhwan mengeluh berat sekali lagi. V pula sedang fokus mendengar apa yang Jinhwan katakan.

" Kau tak perlu risau. Aku anggap Haein hanya sebagai kawan je. Tak lebih daripada seorang kekasih. Kau ada peluang nak usha dia balik. " Katanya membuat V seakan merasa apa yang dicakapkan oleh Jinhwan itu adalah benar.

" Apa aku harus buat? Tak terlambat lagikan? " V pantas berdiri dan menghampiri Jinhwan.

" Itu aku tak tahu. Dan lagi satu. Dia dah mula sayangkan kau tapi kau dah hancurkan hati dia. "

[ C ] Just Protect MeWhere stories live. Discover now