Part 14 - Pengakuan

7 1 0
                                    

Tangannya kemas memegang telefon. Suara Encik Pyung Ko berada di corong telefon.

" Kamu dah dapat maklumat tentang anak Tuan Tae? " Tuan Hae sedang menunggu jawapan dari mulut pembantu peribadinya. Degupan jantungnya semakin laju. Dia ingin berada dalam keadaan tenang tetapi dia tidak boleh.

" Tekaan saya betul kali ni tuan. Anak dia adalah orang yang lindungi Haein. " Setelah mendengar Tuan Hae memegang belakang tengkuknya. Dia hampir pengsan tetapi dia cuba untuk bertahan.

" Tuan? Tuan tidak apa-apa ke? " Suaranya agak cemas apabila Tuan Hae mendiamkan diri di corong telefon.

Tuan Hae meletakkan semula telefon ke telinga.

" Terima kasih untuk maklumat itu. Saya tidak apa-apa. Dalam minggu ini saya balik Korea. Saya kena selesaikan masalah ni. Nampaknya saya salah pilih syarikat. Kenapa awak tak siasat dulu sebelum nak mula? " Encik Pyung sudah menepuk dahinya. Dia pun tidak terfikir nak siasat asal usul keluarga Tuan Tae.

" Maafkan saya tuan. Saya tak terfikir langsung sebelum nak serang syarikat tu. " Dia serba salah atas perbuatannya.

" Bukan salah kamu pun. Nanti saya beritahu awak bila dan pukul berapa saya naik flight ye. Ok bye. " Panggilan dimatikan. Tuan Hae mencari idea untuk betulkan semula antara salah faham itu.

                                   ◈◈◈◈◈◈

Haein berjalan menuju ke ibu pejabat sekolah dengan langkah yang berat dan juga perasaan seperti susah hati. Dia membuka kasut dan memasuki ruang pejabat. Kerani terus menanyanya apabila ternampak Haein duduk di sofa dan sedang menunggu.

" Ada yang boleh saya bantu adik Yeom Haein. " Tanyanya sambil matanya tengok tag nama pada baju Haein.

" Boleh saya tanya? " Katanya dengan nada tergetar.

" Ada buat salah ke sampai nak kata pun tergetar getar. "

Haein secara automatik menggeleng kepalanya berkali kali dan juga tangannya mengikut sekali.

" Saya nak tanya mana pekerja pembersih yang kacak tu? " Kata Haein perlahan pada kerani itu.

" Ohh budak tu. "

" Nama dia oh budak tu ke? " Soal Haein hairan pada kerani itu.

" Bukanlah. Namanya Kim Taehyung. " Ujarnya dengan cepat.

" Dia mana sekarang? Lama tak nampak dia dekat sekolah ni? "

Kerani itu sudah memandang serius pada Haein. Dia seperti ada sesuatu untuk dikatakan. Haein membulatkan matanya.

" Kamu isteri dia ke sampai nak tanya mana dia? "

Haein melambai tangan sebagai isyarat ' bukan ' pada kerani itu.

" Dia kawan saya. Saya tanya ni pun sebab nak tahu dia kerja dekat sekolah lagi ke tak. " Katanya dengan menipu pada kerani itu.

" Cakaplah awal - awal tak adalah sampai saya nak tuduh awak bebukan. "

" Encik ingat saya sesuka hati je datang pejabat ni semata - mata nak tipu encik. " Cakapnya dengan nada sedikit tinggi.

" Janganlah marah adik. Encik cuma bergurau saja. " Pujuknya pada Haein. Haein pula membuat mimik muka menyampah dekat kerani itu.

" Dia dah letak jawatan. "

" Haaaa. " Jeritnya dengan nada rendah.

" Bila? " Haein menanya lagi.

" Dalam minggu ni jugalah kalau tak silap. " ujarnya sambil otaknya berfikir sama ada V masih bekerja disini lagi atau tidak.

" Hari apa? " Soalnya lagi sekali.

[ C ] Just Protect MeWhere stories live. Discover now