Part 1 - Jumpa Dengan Tidak Sengaja

210 9 0
                                    

Haein tidur lena di atas tilam yang empuk sampai tak sedar sudah pukul 7 pagi , masa untuk pergi ke sekolah. Haein tinggal dirumah sendiri yang appa belikan tanpa seorang maid. Jam loceng kepunyaan haein berdering dengan sangat kuat. Haein yang mamai mengambil bantal disebelahnya terus baling ke arah jam. Habis jam itu rosak dibuatnya haein.

"Kau kalau tak bising sehari ni tak boleh ke haaa aku nak tidur tak senang woah" marah haein yang masih mamai.

- High School Daeguk -

V berdiri di hadapan pagar sekolah sambil matanya melihat betapa besarnya sekolah itu. Dia datang ke sekolah bukan dengan tangan kosong. Tangan kiri memegang bakul sampah disebelahnya pula memegang sebatang penyapu. Lebih kurang 5 minit juga V berdiri disitu tanpa menghiraukan pelajar lalu-lalang.

"Besar juga sekolah ni dah macam istana astakona. Seumur hidup aku tak pernah nampak dengan mata hidung high school macam ni" V berkata dengan dirinya.

Ada seorang lelaki sudah lama perhatikan V yang tercegat depan pagar sekolah tu. Lelaki itu berjalan menghampirinya lalu menepuk bahu V.

"Kau meletup lagi kebabom" V melatah kerana terkejut.

"Dah lama awak berdiri depan pagar , sakit mata ni tengok awak dari tadi" Lelaki itu memeluk tubuhnya dan memandang V dengan serius.

"Saya terkesima dengan sekolah ni tuan , tu yang tercegat sampai melekat kaki ni atas tanah" V menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Awak pekerja baru ke dekat sini" tanya lelaki itu

"Ye,saya pekerja baru dekat sini" jawab V spontan.

"Ouh , begitu rupanya. Nanti awak boleh naik pejabat jumpa kerani untuk awak kerja disini." beri hormat dan meninggalkan V di belakang.

"Ni ke guru yang ada banyak besar wawasan dalam sekolah. sekurangnya tunjuklah arah nak ke pejabat , tandas , kantin ke ni tak biarkan aku sorang sorang dekat sini" rungut v seorang diri.

Pada masa yang sama , Haein tiba di sekolah tepat pada waktu itu. Sambil berlari anak Haein membongkar bag sekolahnya untuk memeriksa takut ada barang yang tertinggal sambil mata melihat ke dalam bag. V seperti lupa ingatan dan tidak tahu kemana dia harus pergi. Sepatah haram dia tak tahu arah tuju sekolah ni. Haein tergesa-gesa lari dan tidak sengaja dia telah melanggar V yang tercengok macam tiang bendera. Haein dan V terduduk diatas jalan.

"Apa kau ni berdiri depan ni macam tiang bendera" Haein mengosok lututnya yang penuh dengan batu-batu kecil tanpa menghiraukan V didepannya.

"Maafkan saya , saya tak perasan awak lalu belakang saya tadi" jawab V sambil mengambil barangnya yang jatuh.

"Lain kali mata tu jangan letak kat lutut" Haein mengangkat muka lalu melihat V.

Haein memandang V dengan mata tidak berkedip. Jantung haein berdenyut dengan sangat pantas. Entah kenapa hatinya bagai dipanah dengan bidadari dari syurga apabila melihat V.

"Hello,awak okey tak ni." V melambai tangannya dihadapan muka haein.

Haein terus tersedar. "Aku okey je. Sorry aku dah lambat ni." Haein berjalan pantas meninggalkan v di belakang.

"Tengok aku je terus berubah perangai. Kacak sangat ke aku sampai yeoja kat sekolah ni mata tak berkedip" V berjalan menuju ke pejabat.

★5 Dymatic ★

"Weh haein! kau ni dah kenapa termenung sampai tebus tingkap tu" tanya Solbin bila nampak haein menongkat dagu dan memuncungkan mulut.

Haein menghiraukan pertanyaan solbin itu. Dengan muka berdingin solbin menepuk meja dengan kuat membuatkan Haein tersedar.

"Kang dah keluar kuasa aku ni." marah solbin

"Sorrylah yang kau mengacau aku tu apa pasal" kata Haein.

"Yang kau tu dari masuk kelas sampai subjek ke tiga kita belajar kau asyik termenung je" tanya solbin pada haein lagi.

Haein menarik lengan solbin dengan kasar lalu secara automatik solbin duduk dimeja sebelahnya.

"Kau ada nampak lelaki hensem tak masa masuk sekolah?" memandang solbin dengan biji mata hampir terkeluar.

"Mata tu kawallah sikit. Nak terkeluar biji mata tu" pandangan menyeramkan bagi solbin. " Tak ada nampak pula. Asal?" tanya solbin.

"Masa aku masuk sekolah. Aku tak sengaja langgar dia" haein rasa serba salah.

"Tu memang hobi kau selalu langgar-melanggar student kat sekolah ni"

"Gaya dia tak macam budak sekolah. Macam pekerja cleaner." kata haein.

"Mungkin lelaki tu pekerja baru kat sekolah ni sebagai cik cleaner" tanggapan solbin.

"Aku pun fikir macam tu juga" jawab haein.

Selesai berjumpa dengan kerani. V kini menjadi sebagai pekerja baru di sekolah itu iaitu encik cleaner. V tidak kisah kerja apa yang dia lakukan asalkan dia dapat melindungi dan menjaga haein seperti yang diperintahkan oleh appa haein.

Bunyi loceng berdering , tiba masanya untuk pelajar balik. V mulakan operasi mengemas bilik darjah. Dia mula masuk ke dalam kelas 5 Dymatic ketika V mahu melangkah masuk , ada kelibat yeoja sedang nyenyak tidur. Tanpa berlengah v menuju kearahnya untuk mengejut.

"Awak bangun." goncang badan haein

Tiada respons. V mengejutnya sekali lagi. Tiada respons lagi.

"Bangunlah awak. Awak tak nak balik ke? Pelajar lain semua dah balik ada awak sorang je dalam kelas ni." kata V.

Haein yang sedang lena tidur terus bangun kerana mulut V tak henti-henti bebel. Dengan geram Haein terus menumbuk batang hidung V. Darah mengalir keluar dari hidung V. Solbin tak sangka perkara macam tu terjadi apabila dia melangkah masuk ke dalam kelas.

"Apa kau buat dekat dia haa." marah solbin.

"Aku tak tahan sebab dia banyak bebel dekat aku." pandang V

"Saya cuma suruh dia balik je. saya nak buat kerja saya." kata V sambil mengelap hidungnya yang darah.

"Ikut saya! saya nak rawat hidung awak." tarik dengan kasar lengan V.

★ Bilik Kesihatan ★

Haein menanggalkan kasut lalu masuk dalam bilik diikuti V dari belakang.

"Awak duduk atas katil bujang tu kejap. Saya nak cari peti kecemasan." kata haein dengan slamber.

V terus duduk diatas katil bujang itu. Haein membawa peti kecemasan dan letak di tepi V. Haein mengeluarkan kapas , ubat kuning dan plaster lalu menutup balik peti itu. V memandang Haein dengan pandangan tajam tanpa diperasan Haein. Haein meletakkan sedikit ubat kuning pada kapas dan mengelap pada hidung V yang ada kesan lebam. Selesai lap Haein menampal plaster pada hidung v.

"Done. saya dah rawat hidung awak." tersenyum melihat wajah V.

V yang diam terus memeluk erat pinggang haein dan merapatkan dadanya pada dada haein lalu mencium bibir haein yang merah menyala itu. Dia meronta untuk dilepaskan tapi v tidak pedulikan. Mulut v dileraikan pada mulut haein. V tersinis lihat Haein.

"Anggap tu satu denda sebab lukakan hidung saya yang mancung tu" senyum V.

"Nasib baik woah kau hensem kalau tak naik kaki aku kat muka kau pula" gumam haein dalam hati.

"Saya hargai denda awak tu" senyum haein.

V terjun dari katil itu dan mengangkat kaki keluar dari bilik kesihatan.

"Terima kasih untuk hidung ni. Saya nak sambung buat kerja. bye bye." lambai V dekat haein.

"Bye bye." agak perlahan suara haein bila mengucapkan bye-bye pada V.

"Saya akan jaga anak tuan elok-elok." V mendongakkan kepala dan melihat langit biru yang aman cantik.

BERSAMBUNG...

minta maaf kalau tak menarik cerita ni bagi pembaca. saya cuba buat sedaya upaya untuk ini.

[ C ] Just Protect MeWhere stories live. Discover now