PART 10 - Pindah

57 1 0
                                    

" Kau nangis air mata darah pun Haein tetap tak nakkan kau. Jadi lebih baik kau putus asa je. " Semangat betul si V bagi nasihat dekat Woozi. Gadis kesukaannya tidak menyukai Woozi so ada can lah V nak ambil hati Haein yang berjuta tahun tenggelam dalam laut.

Woozi sudah terbenam mukanya di sofa dengan gaya frust menongeng. Sudah tidak tahu lagi macam mana nak pujuk budak kecil a.k.a Woozi.

V bersila atas lantai sebelah sofa tempat Woozi menongeng. Belakang badan diusap V secara lemah lembut. Lebih kurang dua puluh minit jugalah Woozi keadaan begitu. Woozi secara mengejut memandang V. Dia turut terkejut melihat wajah Woozi yang sembap dan lingkaran matanya bengkak seperti di tumbuk.

" V ahhhhh... " Woozi meraung sekuat mungkin. V menutup kedua belah telinga. Hampir meletup telinga V dibuatnya.

" Sakitlah telinga aku. Boleh tak jangan buat perangai gila. " Kepala Woozi dicepuk cepuknya. Lantas Woozi menepis tangan V.

" Kau tak cerita lagi kat aku apa yang terjadi malam kau date dengan Haein. " V mengeluh berat. Penat V nak tunggu dia bercerita. Dari pukul 9 pagi lagi V dah tercegat depan rumah Woozi. Sebab beberapa jam yang lalu Woozi menelefon V untuk datang ke rumahnya. Bila dah datang ni jadinya.

Flashback

Woozi membawa Haein ke atas rooftop iaitu bangunan syarikat appa V. Haein pada mulanya pelik kerana dia terpaksa menggunakan tangga untuk naik ke atas. Kenapa tidak gunakan lif sahaja?. Ia kerana syarikat tersebut bekerja sampai pukul tujuh sahaja. Bangunan itu mempunyai 15 tingkat. Woozi dan Haein bagaikan terputus nyawa apabila mereka sudah sampai ke rooftop.

Haein menarik nafas lega. Akhirnya sampai jua. " Ini ke tempat rahsia yang kau cakapkan? " Tanyanya sambil melibas - libas rambut yang melekat pada lehernya kerana peluh.

" Yup. Inilah tempatnya. Cuba awak pusing ke depan dan lihat. " Haein mengalihkan pandangan ke arah yang Woozi katakan.

Haein terpegun melihat keindahan itu. Terdapat sebuah meja yang dialaskan dengan kain putih. Kuntum kuntum bunga ros berteraburan atas lantai. Ada lagi bunga ros berwarna putih di dalam pasu. Haein mengalih semula pandangan pada Woozi. Woozi sudah tersenyum gembira lalu dia menghulurkan tangan kepada Haein , lantas dia menyambut dan jalan bersama ke arah meja itu.

Sampai di meja tersebut Woozi menarik kerusi untuk Haein. Haein hanya memberi senyuman manis pada lelaki itu lalu duduk.

" So macam mana perasaan awak? " Woozi memecahkan kesunyian diantara mereka.

" Kau tak gilakan? " Haein mendekatkan badannya yang terhalang oleh meja untuk merasa dahi Woozi. Woozi hanya membiarkan.

" Kau sihat je ni. Kau okey tak? " Tangannya mula bermain dengan bunga ros putih.

" Hanya bersama awak saya sentiasa okey. " Dia sudah mula berjiwang.

Haein tidak menjawab. Dia biarkan Woozi gay berjiwang sensorang.

Selesai menjamu selera iaitu makanan ala ala orang luar negara. Pinggan Haein sudah kelihatan bersih tanpa ada sisa sisa makanan. Woozi didepannya cuma melihat sambil menahan gelak agar Haein tidak perasan. Sekeliling mulut Haein amat comot. Woozi segera mencapai tisu ditepinya lalu berdiri dan bibir Haein dilap. Haein tergaman saat Woozi membuat sedemikian.

" Kita dah selesai makan menari pun dah. Jadi saya ada something nak jujur pada awak. " Dengan berani Woozi cuba meluahkan rasa cintanya pada Haein.

Haein mengangguk tanda faham. " Perkara apa yang kau nak jujur kat aku. " Haein masih belum boleh bahasakan diri dengan panggilan ' saya awak '

[ C ] Just Protect MeWhere stories live. Discover now