Bab 3

638 40 1
                                    

"Ibuuu ... Ayahhhh.. " laung Ryanna sekuat-kuatnya .

"Ya Allah budak bertuah nih , kamu nih takde adab ke apa hah ! Menjerit terlolong-lolong . Dek tersampuk jembalang mana entah . Lain kali bagilah salam dulu . Assalamualaikum . Kitakan orang Islam " ajuk Puan Heliza sambil memarahi anaknya itu .

"Hehe , sory lah buu . Ryanna janji lain kali tak buat lagi ehh " tersenyum kambing Ryanna sambil mengangkat kedua-dua belah tangan nya .

"Ape kecoh-kecohnya kat dapur nih Heliza? " tanya Encik Yusoff kepada isterinya

"Apalagi ayahnya , anak kamu nih haa tak reti nak bagi salam dulu . Nak sangat ibu nya nih terkejut dek sakit jantung . Tiga kali jumaat lagi takde lah saya kalau hari-hari macam nih " bebel Puan Heliza sambil menjeling ke arah Ryanna

"Ape lah ibu nih . Tiga kali jumaat bagai nih . Hishhh!! Tak baik tahu cakap macam tu buu . Tak sayang mulut lah ibu nih . Hmmm " Ryanna menegur ibunya sambil memeluk Puan Heliza dengan erat . "Ryanna sayang ibu " bisik Ryanna ditelinga ibunya sambil mencium pipi si ibu

Cair hati Puan Heliza diperlakukan demikian oleh anak tunggal perempuannya itu . Perasaan ingin marah terus terkubur dek pujukan si anak . Pandai jugak Ryanna pujuk ibunya yee .

"Apa pulak yang kamu cakap nih Heliza ? Jangan dibuat main perkataan-perkataan macam ini ! Saya tak suka dengar . Nak sangat ke kamu tinggalkan saya sendiri nih haa ? " ujar Encik Yusoff dengan nada yang sayu

"Haaaa...haaaa....tak tahu ... ibu dah buat ayah sedih . Siap lah ibu kali nih , ayah dah merajuk " ujar Ryanna dengan rasa tidak bersalah

"Kamu lah nih Ryanna , kang tak pasal ibu yang kena " marah Puan Heliza . " alaa , ayahnya , saya minta maaf yee . Lain kali saya tak cakap dah benda mengarut macam tuh lagi " pujuk Puan Heliza sambil memegang tangan Encik Yusoff

" yela-yela " tersengih Encik Yusoff dibuatnya . Terus ubun-ubun Puan Heliza dicium .

Alaaa , ayah nih nak sweet-sweet pulak kat sini . Kang dah buat aku melting nih haa .Bisik Ryanna dalam hati .

Pikiran Ryanna terus melayang jauh . Calon suami aku nanti , aku nak sebijik perangai macam Ayah . Walaupun umur dah lebih . Tapi hati still muda oiii . wahh-wahh , melting aku dibuatnya .

Untung ibu dapat ayah . Dan aku lagilah untung dapat seorang bapa macam Ayah . Kikikiki . Meletus ketawa Ryanna dengan kuatnya . Terkejut orang tua tu .

"Haa , kau nih dah kenapa Ryanna ? Ketawa macam orang tak betol dah ni? " tanya Puan Heliza dengan rasa pelik.

"Ehh-ehh takde lah buu , Ryanna teringat pulak cerita Hindustan yang Ryanna tengok semalam " bohong Ryanna kepada ibunya .

Kuat bohong juga si Ryanna ni . Nak cover line konon . Huh , bohong sunat lah katakan.

"Buuu ...ayahh... hmmm , Ryanna ada something nak kasi tahu ibu dan ayah . Tapi , sebelom tuh ibu dan ayah jangan marah dulu nahh " beritahu Ryanna dengan perasaan takut .

Tangannya dah mula mengigil ketakutan .Diletakkan tangannya kedalam saku seluar.

Otaknya terus melayang " perlu ke aku cakap sekarang haa ? Hmm , ye! Lebih baik sekarang daripada nanti . Ye dok ? Hihihi"

"Ape yang kamu nak cakapkan nih? " serentak Puan Heliza dan Encik Yusoff bertanya .

Terkejut beruk si Ryanna . Terus lamunan nya terbantut dek suara Puan Heliza dan Encik Yusoff

" Sebenarnya Ryanna nak sambung belajar lah buu...ayah " jawab Ryanna dengan terus terang .

Yang nih jer yang terusnya , yang lain ?

Haaa , banyak lagi plan dalam otak si Ryanna nih sebenarnya . Cuma tak kasi tahu parents nya jer .

Memang tak lah nak kasi tahu . Plan giler semua yang dipikirnya . Agak-agak kalau parents nya tahu . Confirm stroke orang tua tuh .

"Bagus lah tuh Ryanna . Akhirnya ada juga niat kamu nak belajar yer . Ayah sokong " ujar Encik Yusoff sambil menyokong anak kesayangannya itu .

"Cewahhhh , adik abang nak sambung belajar ke? Biar betol ? Bukan adik malas ehh kalau nak belajar nih ? " celah Si Abang Sulung Ryanna dengan perasaan pelik yang membuak-buak .

" arrgh , kau diam lah bro . Adik nak belajar pun abang pelik . Adik tak belajar pun abang pelik . Apa lagi yang abang pelik kat adik haa ? " tanya Ryanna dengan sinis kepada abangnya Ryan Qairel.

" chill lah my lil sis , abang tanya jer kan . Alolo , marah pulak dia " pujuk si abang sambil mengusap kepala Ryanna

"Hehe , tahupun takut bila adik marah . Haa , yang abang nih tak kerja ke hari nih? Santai jer dok kat umah nih ?

"Abang tak kerja hari nih , cuti lah katakan "

"Wahh , untung lah abang asyik cuti jer kan . Apa lagi alasan abang kali nih ? Mentang2 lah PA kesayangan bos . Huh " sindir Ryanna dengan mulut terherot-herot

" Adik nih kan , kalau sehari tak sindir abang memang tak sah lah kan? Hee , abang cubit mulut jap lagi kang . Naya lah adik nanti mulut dah jadi herot . Kang takde orang nak . Kahkahkah" ketawa Ryan sambil mengusik Ryanna

Ryanna terus memuncung kan mulutnya . Dengan mimik muka yang tak seberapa nak cantik dia tuh

"Kata lah lagi . Kang tak pasal-pasal dia yang takde orang nak . Hahahahahahaha " ketawa Ryanna meletus lagi

"Kurang asam budak nih , orang kenakan dia . Dia kenakan kita balik . Siku kang " marah Ryan sambil mengangkat Sikunya itu

Ryanna terus blah dari situ sambil membuat muka kearah abang nya .

"Buat lah muka tuh lagi . Kang tak pasal-pasal jadi macam tu baru lah adik tahu " bebel Ryan kepada adiknya

Perasaan Ryan masih lagi pelik . Macam ada something yang adik aku sorokkan ni . Kenapa yee tiba-tiba dia nak belajar . Biasanya kalau hal belajar nih memang dia tak pandang langsung pun . Tapi kali ni lain lah pulak . Aku kena cari tahu ni . Mesti ada yang tak kena dengan adik aku ni.

Ryan terus berlalu kebiliknya sambil memikirkan hal si Ryanna .

××××××

Hari sudah menjelang malam . Tetapi Ryanna tidak lagi melelapkan matanya . Yang difikirkan nya hanya satu benda jer . P.L.A.N . Apa aku nak buat sekarang nih ...
aku dah lah tak lagi nak fikir plan bagai nih huwaaaaa . Mati lah aku kali nih . Membebel Ryanna sorang-sorang di dalam biliknya . Dikatakan gila pun jadi lah . Janji dia happy boleh bebel sorang-sorang . Hahahahaha

××××××

P/S : Plan apa yg difikirkan si Ryanna nih yee ? Haa , jangan lupa tahu terus voted n comment next story saya okeyy . Sory kalau tak menarik .

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now