Bab 10

519 38 9
                                    

Ryanna berjalan kearah Cafe bersama Fattah. Matanya melihat kearah kekecohan di sudut cafe tersebut.

" Ape kecoh-kecoh disana weh?" tanya Ryanna kepada pelajar yang tidak dikenalinya itu.

"Mane lah saya tahu , awak pergi tanya je lah diorang tu." tangannya melentik bersama suaranya.

Alahai , pondan pulak dia ni. Ahh , biar je lah. Lantak dia lah. Keluh hati Ryanna.

"Wehh , jom kesana." ajak Ryanna kepada Fattah sambil jarinya menunding kearah kekecohan itu.

"Jangan Ryan! Aku tanak masuk campur weh. Baik takyah pergi." jawab Fattah.

"Kenapa pula yang kau gelabah sangat ni? Bukan aku ajak kau gi cari gaduh. Aku nak tahu je apa masalah diorang tu." Terang Ryanna bersungguh-sungguh.

"Baik tak payah Ryan!." Jawab Fattah lagi.

"Arr , sudah lah kau. Kalau kau tanak pergi sekali. Aku pergi sorang pun takpe wehh." marah Ryanna dengan geram.

Kakinya diarahkan kesudut cafe itu. Langkah kakinya berhenti dan dia hanya berdiri disebelah lelaki yang bernama Azhar. Kawan kepada Syamil . Matanya membulat apabila melihat Syamil menumbuk muka pelajar-pelajar yang tidak dikenalinya itu.

Mamat ni lagi . Kenapa dengan dia ni? Suka sangat pukul orang. Kaki gengster sungguh! Omel hati Ryanna geram.

"Kau sape ?." tanya Azhar.

"Err.. aku Ryan. Asal tu weh?." Jawab Ryanna dan terus menanyakan perkara apa yang sebenarnya terjadi.

"Kau takyah tahu , ini masalah kitorang." Bidas Azhar.

"Alah , aku tanya jer pun. Tanak bagitahu sudah lah." sinis Ryanna membalas.

Azhar memandang tajam mata Ryanna. Penumbuknya dikepalkan. Mukanya jelas menunjukkan perasaan marah. Ryanna takut dan gugup . Kenapa dengan dia ni? Takkan terasa kot? Cabulnya mulut aku ni? Mati lah aku. Fattah tolong aku. Hatinya mengeluh perlahan.

Mata Ryanna memandang Fattah tanda meminta pertolongan darinya. Tetapi Fattah hanya bereaksi seperti tidak ingin menolong Ryanna. Dia pun takut sebenarnya nak cari pasal dengan Syamil and the geng. Manakala , Syamil memandang kearah Azhar dan Ryanna. Dia mengeluh perlahan. Budak ni lagi. Tak habis-habis nak buat pandai kat sekolah ni. Semua benda dia nak tahu. Haishhh. Marah Syamil.

Dia bergerak kearah Azhar dan terus menepuk bahu Azhar supaya berlalu dari situ. Matanya memandang tajam kearah Ryanna dan membisikkan sesuatu kepada Ryanna.

"Kau jangan sibuk dalam hal aku! Ini amaran terakhir buat kau!" Bisik Syamil kepada Ryanna.

Mata Azhar juga memandangnya dengan tajam.

Tubuh Ryanna kaku dan mulutnya ternganga. Hatinya panas bercampur dengan perasaan takut.

Kau yang suka buat masalah didepan pelajar lain. Mestilah pelajar lain pun nak tahu perkara sebenar. Poyo betul lah. Sama lah kau dengan kawan-kawan kau tu. Berlagak! Omel Ryanna lagi dengan perlahan.

Flashback!.

Syamil bersiap untuk lepak bersama kawan-kawannya petang ini.

"Kau dah siap belum Mil?" Tanya Azhar.

"Dah , aku dah siap ni." Jawab Syamil.

Mereka meninggalkan sekolah itu dengan kereta Syamil dan menuju kebandar untuk lepak .

Kereta ? Yelah , dia kan anak pemilik sekolah. Mesti boleh nak bawa kereta ni. Tapi , bukan kereta mahal macam ferrari , audi , lamborghini tuh haa. Kereta yang dibawa Syamil hanya lah kereta viva sahaja. Sebab dia jenis tidak suka menunjuk walaupun familynya mampu membeli supercars kepada Syamil.

Keretanya diparking. Dan dia terus berjalan menghala kearah sebuah cafe yang menempatkan rakan-rakannya yang lain. Ketika dia melewati sebuah meja , kakinya tersadung kerana melanggar kaki kerusi ditepinya. Dia bangun dan berlalu dari situ.

"Woii , kau langgar meja aku dan kau blah macam tu jer?" Marah lelaki yang mejanya dilanggar oleh Syamil itu.

Syamil memandang lelaki itu dan meminta maaf.

"Senang je kau minta maaf ye ! Makanan yang berterabur atas lantai ni sape nak ganti! ? Marah lelaki itu.

"Kau jangan nak kurang ajar ye kat sini. Cukup bagus dah orang minta maaf. Lagi nak kecoh." Azhar menyampuk menahan marah.

"Relax Har , biar aku jer yang handle. Aku malas nak cari pasal dekat sini." Syamil menyabarkan Azhar dan tanganya menepuk perlahan bahu kawannya itu.

"Err.. macam ni lah , aku akan ganti makanan kau ni dengan yang baru. Aku minta maaf." Syamil bersuara lagi.Egonya dibuang jauh-jauh semata-mata tidak ingin membuat kecoh disitu.

"Ganti je ? Aku nak kau bayar semua sekali. Termasuk makanan itu!" Sinis kata lelaki tadi sambil jarinya ditunjukkan kearah makanan yang bertaburan itu.

"Iye , aku bayarkan." Jawab Syamil.

"Kau ada duit ke ? Mampu ke kau bayar?." Sindir lelaki itu lagi.

Syamil cuba bersabar lagi. Azhar disebelah macam cacing kepanasan sahaja lagaknya. Giginya diketapkan. Tangannya dikepal. Matanya hanya memandang sekeliling. Semua orang dikawasan itu memerhati kearahnya. Perasaan malu menebal dalam diri. Bisikan mereka semakin kedengaran ditelinga. Suasana semakin kecoh. Syamil tidak membalas pertanyaan lelaki dihadapannya itu. Dia hanya mendiamkan diri. Kerana tidak ingin perkara yang lain akan berlaku.

"Aku tanya kau ni!?" Kasar lelaki tadi berkata.

"Ehh!! dia tidak pekak lah bodoh!" Balas Azhar dengan suara yang kuat dan lantang. Marahnya sudah memuncak tinggi. Dia paling pantang bila kawannya dimalukan sebegitu. Dia terlalu sayangkan Syamil kerana Syamil selalu menolong dia bila dia didalam kesusahan.

Syamil menarik tangan Azhar dan berlalu ke kaunter . Beberapa keping duit bernot rm50 dikeluarkan dari dompet dan membayar ganti rugi yang dibuatnya. Azhar memandang Syamil tidak puas hati.

"Asal kau bayar weh? Biar jantan tu sendiri lah yang bayar . Cakap bukan main berlagak lagi . Geram aku. Kalau kau tak tahan tadi . Lama dah pecah mukanya aku kerjakan" Tanya Azhar sambil mengadu tidak puas hati.

"Sebelum kau yang buat , memang aku yang buat dulu! Tadi aku tahan jer beb. Nanti siap lah budak tadi. Tunggu masa je." Jawab Syamil dengan muka jahat.

×××××

"Aku kenal lelaki yang cari pasal dengan kau tadi Mil." celah satu suara kepada Syamil.

Syamil memandang kearah suara itu. Dia tersenyum jahat.

"Siapa budak tu?" Tanya Syamil.

"Aku rasa dia tu pun budak sekolah kau juga. Memang dia pun budak bermasalah juga. Selalu ponteng kelas." Jawab kawan Syamil lagi.

"Budak sekolah aku ye . Lagi senang urusan aku lepasni." Kata Syamil dengan suara diketap menahan marah.

"Maybe dia tak kenal kau kot Mil. Sebab itu dia berani lawan kau tadi. Biasalah sekolah pun suka ponteng. Mana nak kenal semua orang lain. Memang silap besar lah budak tu pergi cari pasal dangan kau.!" Celah satu suara lagi.

Mereka yang lain hanya mengangguk kepala masing-masing menandakan setuju apa yang dikata oleh kawannya itu.

Siap kau budak ! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun! Kau malukan aku kan depan orang ramai! Nantilah kau! Malam ni kena lah kau dengan aku! Dengus hati Syamil lagi.

Flashback end!

P/s: macam yg sis janjikan . Sis akan publish dua bab sekaligus. So , memang sis dah buat betul-betul. Teruskan voted n support sis okey. Tak lupa juga sis nak ucapkan Happy New Year readers and selamat bersekolah adik-adik . Hee

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now