Hai reader. Sory kalau late update. Selamat membaca ! Jangan lupa voted and comment yaa .
×××××
Kreettttt !
Pintu kelas dibuka dari luar . Semua pelajar kelas 5-A terus menyepi tanpa sebarang suara . Kaki pengetua melangkah masuk sambil diikuti langkah si pelajar baru.
Siapa pelajar baru itu? Mestilah Ryanna a.k.a si Sengal tahap empat ni.
"Semua bangun! Assalamualaikum Puan!" kuat suara ketua kelas memberi salam.
Bergema satu kelas diikuti suara pelajar lain memberi salam tanda hormat kepada Puan Pengetua.
"Waalaikummussalam , okey sila duduk." Arah pengetua.
Semua pelajar duduk tanpa sebarang bunyi . Mereka hanya mendiamkan diri menunggu kata-kata seterusnya dari pengetua.
"Hari ini saya ingin memperkenalkan kalian dengan pelajar baaaaaa" suara pengetua berhenti mendadak.
Pintu ditolak dari luar tanpa sebarang salam yang diberi. Seorang pelajar lelaki memasuki kelas dan terus duduk tanpa melihat ke arah pengetua sedikitpun. Apatah lagi ingin memberi salam tanda hormat. Mata pengetua pun tidak dilihatnya.
Baginya , lebih baik buat salah seorang diri. Tak payah melibatkan kawan-kawan yang lain. Sebab apa? Sebab bila kena pun dia sorang jugak yang kena. Yang lain? Huh! Jangan cakap lah. Memang takkan kena punya.
Yang paling kurang ajar sekali. Sampainya dikerusi terus kepalanya mendarat di permukaan meja dan apalagi kan. Tidur lah jawabnya.
"TENGKU SYAMIL ADRIAN!!" tempik pengetua.
Semua pelajar terkejut mendengar suara pengetua bagai halilintar itu menjerit. Mereka terpinga-pinga dan terus menikus.
Syamil Adrian tanpa perasaan takut sedikitpun terus mengangkat kepalanya . Keningnya dinaikkan tanda bertanya kenapa.
"Kamu ni memang takde adab ke Syamil?." bidas pengetua.
"Kalau saya takde adab, bermakna orang lain semua ada adab lah Puan?." kesat pertanyaan Syamil kepada pengetua. Tetapi , perkataan Puan masih lagi digunakan. Tanda hormatnya masih lagi berbaki kepada sang pengetua.
"Saya tanya kamu! Kamu tanya saya balik ? Apa nak jadi dengan kamu ni hah?." tanya pengetua lagi dengan nada yang sedikit keras.
Pelajar baru yang berada ditepi pengetua hanya memerhati adegan yang berlaku didepan matanya dengan mata yang membulat.
"Dah kenapa mamat nih? Kurang ajar betul. Pengetua pun boleh dilawannya. Memang tak hormat orang tua langsung!." Bisik hati Ryanna.
Mata Syamil menikam tajam kearah Ryanna. Ryanna terus menundukkan wajah dan memandang lantai.
"Dia tahu ke aku mengata kat dia haa.? Dia boleh baca minda orang lain ke? Mati aku kali nih." Bisik Ryanna sambil bersangka yang bukan-bukan.
"Syamil? I'm talking to you!." tegas suara pengetua.
"Yess , anything madam? Can i help you?." jawab si Syamil dengan lagaknya.
Pengetua melepas keluhan dengan kuat. Hatinya membengkak dengan sikap Syamil yang dianggap kurang ajar itu. Dia menukar topik kepada asal dengan memperkenalkan pelajar baru itu.
"Okey kelas , hari ini kita ada pelajar baru yang akan bersama korang dikelas ini." pengetua terus memperkenalkan pelajar baru itu.
"Hai, saya Ryan. Mohon beri tunjuk ajar yee." sapa Ryanna dengan memaniskan mukanya.

YOU ARE READING
Lelaki ke Perempuan ?
RomanceRyanna a.k.a Minah Senget- memang seorang yang annoying giler . Dan kekadang dalam hatinya ada taman bunga. Tengku Syamil Adrian - seorang lelaki yang panas baran , samseng dan bencikan kaum Hawa . Anti dekat perempuan lah kata lainnya . Bila dua in...