Bab 12

293 18 3
                                    

"Perhatian kepada semua pelajar. Minggu depan akan diadakan Asrama Terbuka peringkat sekolah. Diminta kamu semua membuat persiapan asrama masing-masing."

Pengumuman oleh pengetua berbunyi.

yahoooooo !

Bersorak semua pelajar S.E.J.J . Kerana bila adanya asrama terbuka ini , semua ahli keluarga dapat melawat ke asrama dan bilik-bilik pelajar . Malahan , pada hari tersebut akan diadakan aktiviti-aktiviti menarik dan persembahan daripada pelajar sendiri.

Ryanna termenung seketika.

Asrama terbuka ? Apakah ? Best sangat ke ? Sampai semua orang kat sini dah macam orang gila dah nie . Terpekik menonong semacam . Bingung menguasai kepalanya.

"Woii , kau kenapa termenung Ryan.?" Tanya Hadif musykil

"hah , takda pape laa . Kenapa ?." Tanya Ryanna.

"Aku tanya kau , kau tanya aku balik. Yela , aku pelik tengok kau termenung macam ini. Orang lain happy kot. Kau jer muka macam orang bingung jer . Ke kau tak tahu apa itu Asrama Terbuka ? Maklumlah kau kan budak baru kat sini." Teka Hadif.

" Aku memang tak tahu pun . Sebab tu aku senyap je . Nak gelak macam diorang pun tak boleh . Sebab memang aku tak tahu apa benda yang diorang happy sangat tu." Jawab Ryanna jujur.

" Hmm aku dah agak da. Masa hari terbuka tu family kau boleh melawat asrama kita , bilik apa semua laa. Banyak juga aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Memang gempak habis laa. Haa lagi satu , confirm budak perempuan sekolah lain pun boleh masuk wei . Wahh tak sabarnya." Jawab Hadif sambil terbayang-bayang.

Mamat ni tak habis-habis dengan perempuan. Gatal nak mampus . Cemuh Ryanna perlahan.

"Hah ? Kau cakap apa Ryan ? Aku tak dengar laa. Aku tadi mengelamun kejap." tanya Hadif sambil tersenyum kambing.

"Takda pape laa" Ryanna mendengus kecil.

"Ryan ? Hujung minggu ni kau free tak ?" Tanya Hadif

"Aku , emm free je . Dah nama weekend kan. Kenapa.?" Ryanna membuat muka pelik.

"Aku nak ajak kau lepak nanti. Mesti kau boring kalau mereput jer dalam bilik tu." Hadif menjawab.

"Sape kata aku mereput jer kat bilik? Banyak lagi aktiviti yang aku boleh buat tahu. Aku boleh je pergi gym. Buat homework. Tak macam kau buang masa je tau." Bidas Ryanna.

"Amboi , kau cakap bukan main ehh Ryan. Macam la aku ni teruk sangat kan. Aku ajak kau takut kau bosan jer kat bilik . Dah kalau kau tanak pergi takpe laa ." Jawab Hadif lagi.

"Kau pergi jer la . Aku takde mood arr nak kuar lepak . Aku bukan kenal sangat pun kawan-kawan kau tu. Nanti mati kutu kang kalau aku ikut kau." Ryanna menjawab dengan malas.

"Okey la." Jawab Hadif dengan nada kecewa.

Hadif meninggalkan Ryanna bersendirian.

Mamat tu merajuk ke apa ? Alahai , lembik nya laa . Dah aku takde mood nak pergi . Takyah laa nak paksa-paksa. Keluh Ryanna berat.

Syamil melintasi bangku yang diduduki Ryanna.

Matanya tajam memandang Ryanna.

Dah kenapa pula dengan dia ni . Pandang aku lain macam je nie . Apa lagi masalah dia dengan aku haa? hati Ryanna dah mula gugup.

Ryanna hanya memandang kosong kearah Syamil .

Segera dia meninggalkan bangku itu. Sebelum apa-apa benda tidak diingini terjadi.

Belum sempat langkahnya dimulakan. Satu suara kendengaran memanggil namanya.

" Woii kau ! Nama kau Ryan kan ?." Tanya Syamil.

Aduh , dia dah ingat nama aku la. Macam mana ni . Mati la aku . Hatinya berdebar kencang.

Ryanna berdiri kaku . Tubuhnya dipusingkan kebelakang. Matanya terus terarah memandang Syamil. Bibirnya sedikit pucat . Tangan pula dah muka menggeletar semacam.

"Yang muka kau pucat ni kenapa ? Aku tanya je kan . Bukan aku nak makan kau pun." Bidas Syamil bersahaja.

Ryanna diam . Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Aku rasa macam bercakap dengan dinding pula sekarang. Dah tahu sakit tak payah lah datang sekolah . lain kali kalau aku tanya tu jawab!." Rengus Syamil geram.

Muka Syamil berubah merah.

Dia ni kenapa pula nak marah aku. Dan bila masa pula aku sakit. Aku tak suruh pun dia tanya aku . Lepastu tak tentu pasal nak marah-marah orang . Bentak hati Ryanna.

Reaksi Ryanna masih sama. Tidak menjawab sebarang pertanyaan Syamil . Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Dia hanya diam membisu.

"Kau kan ! Aku bercakap dengan kau ni ! Kau pekak ke !." Syamil dah mula meninggikan suaranya sedikit.

Ryanna terkejut . Matanya dah mula berair. Dia mengumpul sedikit kekuatan untuk dirinya.

Dengan sedikit kekuatan yang masih berbaki . Ryanna berlari meninggalkan Syamil sendirian disitu.

Syamil terkejut dengan situasi yang baru je berlaku . Hatinya mula panas . Dan satu perasaan tak puas hati muncul dalam dirinya .

"Siap kau Ryan , kau lari je kan bila aku tanya. Aku paling pantang bila orang mengendahkan pertanyaan aku." Syamil mengomel sendirian dengan perasaan yang panas.

Kenapa dia nak marah-marah aku? Aku buat salah apa kat dia ? Aku tak kacau pun life dia. Aku...aku...aku..takut bila dia tinggikan suara dia kat aku. Ryanna berlari sambil menangis ketakutan.

Terus kepalanya terbayang satu persatu muka keluarganya. Airmata mula laju menuruni pipi gebunya itu.

Ryanna berhenti dibangku yang terletak jauh dari bangunan sekolah . Dia terus duduk dibangku itu lalu dilepaskan esakan yang kuat.

Selesai dihamburkan segala perasaan yang terbuku . Matanya memandang sekeliling yang sunyi sepi . Lalu didongakkan kepalanya memandang langit.

Perasaan rasa tenang . Jauh dari semua masalah yang ada.

"Tenangnya tempat ni , macam mana aku boleh kesini eh . Dan ada juga ye tempat setenang ini disekolah." Ryanna mengomel perlahan dengan perasaan yang teruja.

Dia mula mengelamun jauh.

Macam mana kalau aku terserempak dengan dia selepas ni. Mesti dia marah aku sebab aku pergi macam tu je tadi. Aku tanak aku menangis depan dia tadi . Sebab itu aku terus pergi dari situ.

Kepalanya sudah mula terpikir perkara yang buruk akan berlaku. Tetapi terus dihapuskan dengan segera.

Aku mesti kuat berdepan dengan dia nanti. Aku bukan buat salah apa pun . Kenapa aku nak takut . terus hatinya mula bersemangat.

fuhhhhh

Dia melepaskan satu keluhan lega. Hatinya mula berasa tenang .

Ryanna bangun dari bangku tersebut lalu kakinya perlahan melangkah balik ke asrama. Dia rasa badannya sedikit penat sebab terlalu banyak menangis.

Kelas selepas itu terus diponteng tanpa rasa bersalah sedikitpun. Janji dia dapat rehatkan badannya dan mindanya.

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now