Bab 8

524 33 5
                                    

"Assalamualaikum and morning class.!" laung Cikgu Rahim dengan lantang.

"Waalaikummussalam cikgu.!" jawab serentak pelajar kelas 5-A.

Cikgu Rahim memandang muka pelajar satu-persatu. Dan pandangannya terhenti tepat dimuka Syamil. Matanya melirik tajam kearah Syamil.

"Apalagi yang kamu buat kali ni hah Syamil.!" tengking Cikgu Rahim.

Syamil hanya membuat muka tidak bersalah.

"Saya bercakap dengan kamu ni Syamil! Sekarang kamu kedepan.!" teriak Cikgu Rahim dengan muka yang bengis.

Syamil melangkah kakinya sehingga betul-betul berada dihadapan Cikgu Rahim. Matanya hanya memandang Cikgu Rahim tanpa sedikit riak muka yang ditunjukkan.

Pelajar lain mendiamkan diri tanpa sebarang bunyi.

Memang lah seram beb. Siapa tak kenal Cikgu Rahim ni kan. Cikgu disiplin yang paling garang dekat S.E.J.J ni lah. Dengan bermisainya dan badan yang tegak mengalahkan ahli bina badan. Kemana-mana sahaja dia pergi dalam kawasan sekolah ini , mesti rotan panjang yang dipegangnya. Nak buat apa ? Mestilah memukul pelajar yang tidak berdisiplin. Dan salah satu pelajar itu ialah si Syamil nih haa. Memang pelajar yang teruk disiplinnya.

"Sekarang saya nak kamu pumping dan kepala mestilah kebawah.!" arah Cikgu Rahim lagi.

Syamil hanya mengikuti arahan Cikgu Rahim tanpa bantahan sedikitpun.

Terus Cikgu Rahim merotan Syamil dengan kuat berkali-kali. Berkerut muka Syamil menahan kesakitan.

Sekolah ini peraturannya memang sedikit tegas. Tapi bukan sebarang tegas . Hanya kesalahan yang besar sahaja dikenakan tindakan iaitu akan dipukul atau dibuang dari sekolah. Kesalahan yang kecil pula akan diberi surat Cinta dari pengetua. Surat Cinta? Romantik juga pengetua sekolah ni ye. Surat cinta pula yang diberi. Excuse me ,maksud saya surat Cinta tu bukan surat pujangga dari kekasih nah. Tapi surat WARNING! WARNING.!

"Saya dah malas nak cakap banyak kali dengan kamu Syamil! Macam itulah kamu , tetap degil.!" Marah Cikgu Rahim lagi.

Selepas dipukul, Syamil bangun dan mukanya hanya memandang wajah Cikgu Rahim itu.

Sebelom Cikgu Rahim menyambung percakapannya. Tiba-tiba pintu ditolak dari luar kelas . Terus terpampang wajah pengetua.

"Syamil! Ikut saya ke pejabat sekarang juga.!" arah Pengetua dengan tegas.

"Huh! Ini tak lain tak bukan. Mesti daddy dah tahu la ni. Cepat sungguh khabar berita ini sampai ke pengetahuan daddy.!" Omel hati Syamil.

Syamil hanya mengikuti langkah Pengetua ke pejabat.

Pintu dibuka oleh pengetua dari luar. Langkah kaki pengetua masuk kedalam pejabat diikuti langkah kaki Syamil. Sebelum langkah kaki Syamil masuk sepenuhnya. Suara tengkingan memenuhi ruang bilik itu.

"TENGKU SYAMIL ADRIAN.!" tengking  Tan Sri Adry Hassan dari dalam.

Tan Sri ini sebenarnya ayah kepada Syamil. Dan juga pemilik Sekolah Elite Jejaka Jaya.
Tetapi bagi Syamil, walaupun dia anak seorang pemilik sekolah itu. Dia tidak pernah menunjuk-nunjuk akan kekayaan milik keluarganya.

Syamil hanya melihat mata ayahnya yang memerah itu.

"Ape pula orang tua ni nak bebel kali ini? Konfem lenguh kaki jap lagi." Omel hati Syamil.

Sempat lagi si Syamil ini mengata daddy nya dalam hati. Bukan nak tunjuk perasaan takut . Tapi , kakinya pula yang dirisaukan.

Suara daddynya kedengaran.

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now