Bab 7

535 38 8
                                    

"Mana hostel aku ni?." bisik hati Ryanna sambil matanya melilau memandang sekeliling.

Punyalah besar asrama S.E.J.J itu pun dia tidak nampak . Dah sah lah si budak sengal nih jalan pakai lutut.

Kaki Ryanna terus melangkah mencari asrama sekolah. Tetapi sudah hampir setengah jam Ryanna masih berpusing di tempat yang sama.

"Letihnya! Punyalah susah nak cari asrama kat sini. Kalau boleh minum jus oren time-time ginih mesti best! Fuhh! Nikmatnya." bisik hati Ryanna sambil otaknya  membayang kenikmatan jus oren.

"Hey!." tegur Ammar Fattah.

Ryanna terkejut apabila dipanggil oleh seseorang. Terus bayangan jus oren hilang entah kemana.

"Laa, mamat ni lagi!. Asyik-asyik muka dia jer yang muncul depan aku. Kebetulan apalagi kali ni. Menyampah doe!." keluh hati Ryanna.

"Ehh! Kau! Aku ingat siapa lah tadi." ramah Ryanna dengan terpaksa. Kepalanya digaru seperti menyembunyikan perasaan yang menyampah.

"Kau cari apa wei? Dari tadi lagi aku tengok kau berpusing ditempat yang sama ni." tanya Fattah dengan nada yang agak lembut.

"Errrrr , aku cari asrama. Yee! Aku cari asrama." jawab Ryanna.

Manalah tahu mamat ni boleh tolong aku kan. Lagipun , dia dah lama kat sekolah ni. Mestilah dia akan tolong aku tunjukkan asrama tu.

"Ouh! Cari asrama rupanya! Patutlah tak jumpa. Hahahaha." ketawa Fattah meletus.

"Kenapa kau gelak? Kau permainkan aku ekk? Ahh! Dah lah kalau kau tanak tolong aku. Tak payah lah gelakkan aku macam tu. Sakai lah kau nih!." bentak Ryanna dengan marah.

"Memang aku gelak lah weii. Asrama mana ada dekat kawasan akademik macam ni. Ini tempat belajar, bukan tempat kau tidur! Hahaha." sambung Fattah lagi dengan ketawa yang masih bersisa.

"Blah lah kau! Baik aku cari sendiri. Bukan nak tolong aku. Tapi sakan dok gelakkan aku! Huhh!." rengus Ryanna lagi.

"Yela-yela. Aku tak gelakkan kau lagi yee. Dah, kau ikut jer aku. Aku tunjukkan dekat kau asrama kita." pujuk Fattah.

Mereka berjalan sehingga sampai dihadapan asrama. Apalagi , ternganga si Ryanna dibuatnya.

"Wow! Ini asrama ke stadium bola?." tanya Ryanna dengan nada terpegun.

"Apa yang kau merepek nih! Ini asrama sekolah kita lah.!" jawab Fattah dengan nada sedikit kuat.

"Aku tanya je pun. Tak payah lah nak tinggikan suara dekat aku. Dah asrama ni bentuk macam stadium bola. Tuh aku tanya. Kalau orang lain pun akan buat hal yang sama macam aku juga. Mesti diorang akan tanya juga kan.!" keluh Ryanna dengan bengang.

"Iye-iye. Betul la tuh apa yang kau kata. Tak payah lah nak sentap bagai. Tak gentle langsung.!" sindir Fattah.

"Memang lah aku tak gentle. Sebab aku ni bukan lelaki. Tapi aku ni perempuan! Perempuan! Style aku jer kasar sikit. Tapi hati aku ni tetap lembut okey." jerit hati Ryanna lagi.

Nasib baik hati dia yang cakap. Kalau lah mulut dia yang terlepas cakap kan. Haa , jeng jeng jeng. Habislah rahsia Ryanna terbongkar.

Ryanna senyap tidak membalas kata-kata Fattah . Hanya dibiarkan hatinya sahaja bersuara memarahi Fattah.

"Kau tanak masuk ke? Ke kau nak tidur dekat tasik nih? Bertemankan ikan dan buaya disini?." tanya Fattah sambil menyindir Ryanna.

"Ape?! Bu bu buayaaa? Hah? Tasik ni ada buaya ke?." tanya Ryanna dengan tergagap-gagap. Tangannya terus menggigil ketakutan.

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now