AUTHOR POV
Chanyeol tersenyum puas melihat wajah yeoja yg duduk di sebelahnya itu seperti ikan ditekuk..Pagi tadi dia sengaja datang ke rumah Sera untuk menghantar Sera ke sekolah dengan alasan ada tugas sekolah yg perlu dibuat..Omma Sera pula hanya percaya dengan penipuan Chanyeol itu dan mengizinkan Sera pergi ke sekolah bersama Chanyeol..
Sementara itu, Sera sungguh menyampah melihat wajah gembira Chanyeol yg sedang memandu itu..Senyuman itu seolah-olah mengejeknya..
"Wae? Tak puas hati lagi ke?" Soal Chanyeol lembut..
"Wae? Tak puas hati lagi ke?" Ajuk Sera dengan bibir yg sengaja dijuihkan tanda mengejek..
"Okay fine i'm sorry..Ne?" Tanya Chanyeol lalu menunjukkan puppy eyesnya..
"Ishh tak payah lah buat muka taik macam tu..Tak comel pun.." ujar Sera dengan wajah yg sengaja dimasamkan.
"Memang lah tak comel tapi wajah yg macam taik ni lah dulu yg boleh buat seorang Choi Sera jadi obses tau.." balas Chanyeol dengan senyuman kemenangannya..
"Tu dulu okayyy..Now "
Chuu
Perkataan Sera terhenti apabila Chanyeol meletakkan bibirnya di atas bibir Sera..Walaupun cuma ciuman baby kiss tapi ciuman itu mampu menggetarkan jantung kedua-duanya.
"Hah menjawablah lagi..Tu baru sikit tau.." ucap Chanyeol selepas melepaskan ciumannya..
Sera masih lagi terpaku di tempat duduknya..Terasa seperti ada kupu-kupu yg berterbangan pula di dalam perutnya..
"Kenapa diam je? Ke nak kiss lagi? Okay okay hah meh sini.." ujar Chanyeol lalu menarik dagu Sera untuk mendekat..
"Yakkk byuntae..Kau jangan nak mengada eh..Ishhh geli aku dengan bibir tebal kau tu..Eurghhhh.." balas Sera lalu mengambil tisu untuk mengelap bibirnya..
"Bibir tebal kau kata? Hello ni namanya bibir montok okay..Tengok ni.." jawab Chanyeol lalu memuncungkan bibirnya seperti model-model iklan underwear yg tidak diiktiraf..
"Eeeeeeee!!! Please lah jangan buat bibir kau macam tu..Sebab macam dua alam.." ungkap Sera yg sedang menahan tawa..
"Tau lah kau jealous kan sebab bibir kau tu kecik macam bibir katak..HAHAHAHAHHAA!!!!" Pecah tawa Chanyeol melihat wajah kelat Sera..
"Ishhh kau ni..Dah lah drive tu laju sikit..Malas aku nk lama-lama dengan Sunbae gila macam kau ni.." kata Sera dan terus melemparkan pandangannya ke luar tingkap..
Untuk seketika suasana di dalam kereta mewah milik Chanyeol itu sunyi sepi tanpa suara..
"Aku rindu dengan panggilan Sunbae tu.." ujar Chanyeol tanpa melihat ke arah Sera..
Sera pula merasa seperti ditusuk dengan pisau apabila Chanyeol berkata seperti itu..Dia baru tersedar yg tadi dia terlepas perkataan Sunbae..Semenjak dia sudah move on dia memang sudah berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak memanggil Chanyeol dengan panggilan Sunbae lagi..
"Kalaulah dulu aku tak "
"STOP!!!" Jerit Sera tiba-tiba yg membuatkan Chanyeol terkejut..
"Aku turun kat sini je..Lagipun depan tu dah gate..Aku tak nak orang lain nampak aku naik satu kereta dengan kau lagi-lagi Minyoung..Pasal tadi tu tolonglah jangan ungkit lagi sebab aku tak nak kecewa untuk kali kedua.." terang Sera dan terus keluar dari kereta Chanyeol tanpa sedikitpun memandang ke arah Chanyeol..
Chanyeol hanya mampu meraup mukanya dan melepaskan satu keluhan yg besar..Dia sedar dia sudah terlambat untuk memenangi hati Sera semula..
******
![](https://img.wattpad.com/cover/51251857-288-k384990.jpg)
YOU ARE READING
SUNBAE!! I Love You [Chanyeol FF]
FanfictionChoi Sera seorang yg periang dan terlalu obses dengan sunbaenya iaitu Chanyeol..Tapi kerana sebuah pengakuan yg menyakitkan telah membuatkan gadis periang ini membawa diri jauh dari bumi Korea.. "Sekarang aku sedar yg aku memang tak layak untuk dia...