Jihad Melawan Nafsu

1.3K 39 12
                                    

Sebelum aku nak mulakan cerita, aku nak minta maaf dulu dekat korang sebab chapter ni ada maybe ada sikit unsur lucah dan penggunaan kata kesat yang extreme. Haha.

******

Cerita ni jadi time bulan puasa. Aku dengan 3 orang member aku rancang nak siapkan folio Prinsip Akaun. Seorang member aku tu lelaki. Namanya AA (bukan nama sebenar). Memang la bukan nama sebenar. Mana ada orang nama AA. Haha. Dua lagi tu perempuan. AN dan NA.

Nota kaki: Aku just gunakan singkatan bagi nama diorang. Nama dirahsiakan ye.

Ok, sambung.

Si AA dengan NA ni couple. Si AN ni pula crush aku. Kami buat folio ni dekat rumah AN. Seronok aku dapat pergi rumah crush aku. Hehe.

Aku tengah sibuk selesaikan problem kunci kira-kira aku yang tak imbang. Siapa yang ambil aliran akaun akan faham kalau jawapan akhir tak imbang.

Si pasangan couple tu dah settle diorang punya folio. Cuma tinggal aku dengan AN je belum siap lagi. Disebabkan puasa si pasangan couple hot tu nak balik awal. Katanya nak ke bazaar ramadan beli makanan untuk berbuka nanti.

So tinggallah berdua dengan crush kesayangan. Hehe. Family si AN ada kat rumah masa tu. Aku kena jaga perangai aku memandangkan aku tinggal berdua dengan si AN.

Tiba-tiba si AN on aircond. Sejuk. Nafsu aku naik dengan pantas. Tambah pula crush aku tu pakai baju T-shirt ketat dan seluar pendek. Rambutnya diikat tocang. Aku sibukkan diri aku dengan terus menyiapkan folio.

"Mi, aku dah siap. Try check aku punya jap. Mana la tau ada salah ke".
AN meletakkan test pad yang lengkap dengan jawapan didadanya. Terhirup air liur aku. Aku segera check jawapan tersebut. Check ala kadar je sebab aku tau kalau dibiar lama bukannya jawapan yang aku periksa tapi hanya memandang cup payudara yang bersaiz B.

AN semakin duduk rapat dengan aku. Akhirnya bahu kami berlaga. Muka kami bertentangan. Rasa macam nak cium bibir dia yang ranum tu. Aku tak boleh fokus siapkan folio aku. Asyik memandang pehanya yang gebu dan putih seperti kapas. Suara AN pelahan seolah nak goda aku bila kamu berbual. Aku semakin kebasahan.

Aku tak boleh teruskan kalau macam ni. Aku risau aku lakukan benda yang tak elok nanti. Aku tak nak beromen time bulan puasa. Kena ganti 40 hari nanti. Tak larat aku. Lagi teruk tak pasal-pasal aku jadi seorang bapa.

"Wei aku nak balik dulu. Nak masuk waktu berbuka dah ni". Aku segera mengemas barang aku. Ni je cara yang boleh selamatkan aku dari terus terjerumus ke lembah zina.

"Mana ayah hang? Aku nak salam". Tanya aku. Maklum la mesti tunjuk sopan depan bakal bapa mertuakan. Haha.

"Family aku mana ada kat rumah la. Takkan tak perasan diorang keluar time kita tengah study tadi". Jawab AN.

"Fuck. Dari tadi kita berdua je la dalam rumah?"

"Haah". AN mengangguk.

"Gila la. Kalau apa-apa jadi tadi macam mana? Kena tangkap basah ke? Tak pasal-pasal dapat kahwin free." Jelas aku kerisauan. "Bestnya kalau dapat kahwin dengan dia". Ujar aku dalam hati. Haha.

Tak lama kemudian family AN balik.

"Eh! Nak balik dah?" Tanya ayah AN.

"Haah. Nak balik. Dah nak masuk waktu berbuka ni." Aku terus menghulur tangan untuk berjabat dengan ayah AN.

Engin motorsikal SYM berwarna merah berbunyi. Vroom vroom.

"Asalamualaikum" tanpa pedulikan mereka jawab salam aku atau tidak aku pun segera beredar. Pulang ke rumah dengan pelbagai perkara yang berlegar dalam kepala otak aku. Perasan aku bercampur aduk macam nasi mamak dengan pelbagai kuah yang digaulkan sekali.

******

Sudah lama sejak kejadian tu berlaku. Aku still akan tersengih macam kerang busuk bila teringatkan perkara tu. Entah la sama ada nak suka atau risau.

Memang seronok bila dapat duduk berdua serumah dengan crush. Dapat tengok peha dia yang putih dan gebu. Dadanya yang besar. Pasti akan buatkan mana-mana lelaki pun berahi.

Tapi disebabkan aku hormati bulan ramadan, aku ketepikan keseronokan tu. Aku bersyukur benda ni jadi time bulan puasa sebab syaitan semua kena ikat. Aku just berperang dengan nafsu aku je time tu. Kalaulah bukan bulan puasa masa tu aku rasa belum tentu dapat melawan nafsu dan hasutan syaitan lahnatullah.

Aku tahu Allah nampak apa yang aku buat. Itu memang silap aku. Sepatutnya aku pulang bila si NA dan AA tu beredar. Aku pun takut nak buat macam-macam sebab ingatkan family dia ada kat rumah. Kalaulah aku tahu family dia tak ada kat rumah entah apa yang akan jadi.

Aku harap korang yang baca ni tak akan buat benda yang sama dengan apa yang aku dah buat. Aku bersyukur benda tu tak jadi lebih teruk. Kalau boleh elakkan perkara yang boleh menyebabkan maksiat. Tak guna kita sedap 5 minit tapi sengsara seumur hidup.

Kepada yang bergelar lelaki, mohon hormati kepada mereka yang bergelar perempuan. Mereka bukan alat permainan yang boleh buat kau seronok je. Buang prinsip "touch & go" dalam diri kau tu.

Kepada yang perempuan, jaga maruah tu baik-baik. Kalau dah rosak tak ada alat ganti dikedai. Jangan disebabkan hotdog, 2 biji telur dan semangkuk mayonis kau kenyang 9 bulan.

P/s: Dear AN, kalau kau baca ni aku nak minta maaf. Aku tak berniat nak buat kau macam tu dan aku juga bukan nak buka aib kau. Aku just nak jadikan cerita kita ni sebagai pengajaran buat yang lain. Harap kau maafkan aku.

-Tamat

Koleksi CertotWhere stories live. Discover now