Siapa yang tak kenal dengan The Faiz Ibrahim ni. Seorang tweetfemes kat Twitter. Hensem orangnya. Tapi still tak boleh lawan kehenseman aku. Haha.
Dia ni banyak hater. Terutama sekali dalam kalangan lelaki. Dulu aku ni bukan la fan dia pun. Hater pun bukan. Nak senang cerita tak pro dan tak anti.
Mula-mula aku tertanya siapa Faiz Ibrahim ni. Ramai yang tergila-gilakan dia. Perempuan terutamanya. Tak kan lelaki nak tergila-gilakan dia. Gay ke apa. Haha.
Satu hari Faiz Ibrahim ada tweet pasal buku pertama dia, Reinkarnasi. Reaksi aku biasa-biasa je. Tapi buku ni dapat sambutan yang hebat kat kedai buku Popular dan MPH. So aku dengan rasa ingin tahu tentang buku ni pun pergi ke kedai untuk beli buku tu.
Buku tu tentang puisi dan catatan peribadi. Pada mulanya reaksi aku yang biasa-biasa je bertukar menjadi "hmm not bad" bila sudah baca beberapa helai mukasurat. Makin lama baca aku makin tertarik dengan buku tu. Mudah dan senang nak faham isinya.
Tak lama kemudian, buku keduanya release. Rehabitasi. Pada hari pertama dipasaran aku sudah dapatkan buku tu. Rehabitasi agak berbeza dari Reinkarnasi. Aku tersentuh apabila bacanya. Air mata jantan aku mengalir. Sial kau Faiz buat aku nangis. Sorry. Haha.
Bila aku baca Rehabitasi, kisah peribadi Faiz yang paling menarik perhatian aku. Nasib yang Faiz pernah lalui sama seperti aku. Lebih kurang. Semakin lama aku baca, makin lama la aku dapat mendalami diri aku sendiri.
Selepas tu, aku mula follow perkembangan Faiz Ibrahim disemua laman sosial. Twitter, Instagram, Facebook dan Telegram. Baru-baru ni Faiz dah buat laman web.
The Faiz Ibrahim sememangnya inspirasi aku untuk menulis. Kisah ini dan Kompilasi Monolog. Banyak yang aku dapat belajar dari tulisannya.
Kita tak boleh mengalah walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang kita hadapi. Anggap semua tu sebagai pembakar semangat. Sekali kita mengalah, tu bermakna kita dah tewas sebelum bertarung. Kejayaan sememangnya manis selepas kita hadapi pebagai cabaran yang rasanya pahit, masin dan tawar. Haha.
Thank The Faiz Ibrahim. Kiss sikit. Muah. Haha.
-Tamat
YOU ARE READING
Koleksi Certot
AcakCerita ini mengisahkan tentang diri aku untuk dijadikan pengajaran dan motivasi buat yang membaca. Bukan nak buka aib sendiri dan orang disekeliling aku. Cuma nak ceritakan kisah hidup aku yang tak klise. Haha. Harap kisah ini boleh menjadi inspira...