Surat Untuk Ex

454 27 0
                                    

Dear ex,

Thank sebab pernah hadir dalam hidup aku. Untuk seketika kau buat aku macam dunia ni milik aku. Aku bertuah.

Satu hari kau kata nak berpisah. BAM! Dunia yang indah tadi dilanda bancana yang dahsyat. Gempa bumi dan tsunami memusnahkan. Malapetaka yang cukup celaka. Kiamat kecil bagi aku. Mungkin.

Malam tu dah tiada lagi gurau senda hingga lewat pagi. Tiada lagi ucapan selamat malam, jangan biar pepijat gigit kaki. Sunyi. Selalunya waktu begini notification Whatapp aku masuk bagaikan peluru machine gun. Dengan rakusnya kau spam.

Pagi tu aku bergegas mencapai phone untuk menerima wish goodmorning. Oh, aku lupa yang aku sudah menduda. Mana la ada yang nak ucap selamat pagi kepada si tua ni. Aku buka Clash of Clan. Musnahkan base orang lain dengan kejamnya. Aku tersenyum sinis seperti Adolf Hitler celup tanpa misai yang kontot. Kemudian aku merogol telinga aku dengan memasukkan earphone. Lagu Suatu Yang Pernah dari Fynn Jamal dimainkan. Melayan perasaan kerana baru lepas bercerai. Lepas tu, aku penuhkan tangki keceriaan aku semula dengan menonton MV Girls's Generation. Melihat sekumpulan dara sunti berkulit putih dan gebu tu menari membuatkan happy.

Ya memang aku sedih kehilangan kau. Walaupun kau game aku habis-habisan. Tapi ingatlah wahai sundal, semua tu masih belum cukup untuk buat aku mati. Mungkin aku dikurniakan kuasa mutasi seperti DeadPool atau mungkin aku immortal seperti Uchiha Madara. Sebab tu aku liat nak mati. Entah la. Tu semua kuasa tuhan kurniakan. Aku malas besarkan nanti jatuh riak.

Cuma aku anggap apa yang berlaku tu sebagai cabaran. Sesuatu yang buat aku jadi lebih kuat. Mungkin aku kehilangan kau tapi aku still ada family, ada kawan. Sentiasa ada untuk aku.

Sudah lepas ni kita dah tiada kaitan. Enough. Bagi aku peluang untuk berehat. Yang dah berlaku biar ia berlalu pergi seperti buih sabun. Ditiup. Mengembang. Membesar. Akhirnya pecah dan hilang.

Kbye.

Your best ex;
Lelaki paling kacak, bijak, hebat dan bukannya Rashid.

Koleksi CertotWhere stories live. Discover now