Mak dah pulang setelah menghantar aku ke hostel. Buat seketika aku terasa bebas. Anak burung kini perlu belajar bagaimana nak terbang sendiri.
Aku gembira dapat jalani hidup baru kat sini. Aku sekarang sudah bergelar seorang student disalah sebuah kolej swasta di Kota Melakaraya didalam jurusan Digital Animation.
Aku happy dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru hostel ni. Kawan yang dari serata negeri. Berlainan loghat.
First expectation aku dekat diorang memang baik. Lepak sama-sama. Outing sama-sama. Main futsal sama-sama. Cuma mandi je sorang-sorang. Takkan la nak mandi sama-sama pula. Aku bukannya gay. Taknak aku tengok belalai gajah diorang. HaHa.
Tapi satu tahap perangai diorang berubah. Aku ingatkan Transformers je berubah, rupanya manusia pun boleh. Diorang berubah jadi liar. Jahat macam Megatron dan Decepticon. Diorang mula ambil dadah dan bawa perempuan dari luar masuk ke hostel.
Pada mulanya aku taknak masuk campur tapi aku terlibat secara tak langsung sebab sepupu aku berkawan rapat dengan diorang. Malah ada beberapa kawan aku diugut dengan gengster yang datang masuk ke hostel kami.
Beberapa hari kemudian, kegiatan diorang terbongkar dengan warden. Seorang kawan aku ditangkap bersama dengan dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang baru saja hendak beromen. Tapi masih ramai lagi yang terlepas kerana urine test mereka negatif.
Aku meminta pendapat beberapa kawan aku. Diorang suruh aku berbincang dengan family aku. Pada malam tu, aku melakukan solat sunat. Mohon petunjuk daripada Allah. Selesai solat aku segera menelefon mak aku untuk beritahu apa yang terjadi.
Keesokan harinya aku terkejut gila bila mak aku datang ke hostel. Mak menarik aku kebilik aku.
"Mak bagi pilihan kat Mi. Nak terus belajar kat sini atau berhenti?"
Aku fikir masak-masak. Kalau aku berhenti sepupu aku juga pasti berhenti. Demi selamatkan sepupu aku dari najis dadah, akhirnya aku putuskan untuk berhenti.
Pada haritu juga aku pulang kerumah. Perasan aku bercampur baur. Gembira. Lega. Sedih. Rindu. Tapi perasan yang paling dahsyat ketika tu adalah malu.
YOU ARE READING
Koleksi Certot
RandomCerita ini mengisahkan tentang diri aku untuk dijadikan pengajaran dan motivasi buat yang membaca. Bukan nak buka aib sendiri dan orang disekeliling aku. Cuma nak ceritakan kisah hidup aku yang tak klise. Haha. Harap kisah ini boleh menjadi inspira...