Aku selalu membaca. Tapi aku tak pernah menulis. Teringin juga aku nak menulis buku. Ini semua kerana pengaruh The Faiz Ibrahim dan Jack Vladamir. Cis, berdebah. HaHa.
Aku menjalankan rutin aku seperti biasa setiap hari. Membelek laman sang burung biru, Twitter. Tiba-tiba aku terbaca tentang satu aplikasi untuk penggemar buku membaca dan menulis.
Aku segera ke App Store untuk download app tu. Selepas selesai download, aku mengisi segala maklumat peribadi di ruangan register. Nama, umur, nombor IC, sijil lahir semuanya telah diisi. Aku mula berjinak-jinak dengan aplikasi tu dengan membaca beberapa karya yang popular. Menarik. Cukup untuk buat aku berahi. Aku tak baca cerita prono time tu ya. Aku suci.
Kemudian mula tercetus idea dari satu organ dalam badan yang digelar otak. Mentol lampu yang tadinya terpadam sudah menyala. Akhirnya lahirlah Kompilasi Monolog kedunia.
Aku menulis Kompilasi Monolog bukanlah la untuk mengejar populariti. Tapi untuk membantu mereka yang sedang jatuh atau sudah jatuh untuk bangkit. Kembali kuat. Begitu juga dengan Koleksi Certot.
Aku tahu karya aku tidak sehebat penulis yang lain. Tapi aku harap Kompilasi Monolog dan Koleksi Certot dapat menjadi inspirasi kepada yang membaca. Inshallah.
YOU ARE READING
Koleksi Certot
RandomCerita ini mengisahkan tentang diri aku untuk dijadikan pengajaran dan motivasi buat yang membaca. Bukan nak buka aib sendiri dan orang disekeliling aku. Cuma nak ceritakan kisah hidup aku yang tak klise. Haha. Harap kisah ini boleh menjadi inspira...