Bab 10

27.8K 792 5
                                    

Sudah hampir 2 minggu tapi Alisya masih lagi tidak dapat mencari kerja yang sesuai.Dia sudah pun memberitahu masalah dia pada ahli keluarga yang lain.Ceritanya bermula pada suatu malam...

*flashback*

Sudah hampir seminggu tetapi Alisya masih mencari kerja yang sesuai dengan kelulusannya.

Tiba-tiba,Adiknya memanggil dia turun ke ruang tamu apabila disuruh oleh Ibunya.

  "Angah,ibu suruh kau turun"jerit Adiknya dari ruang tamu.Kemudian dia adiknya itu dipukul di lengan kerana menjerit dengan kuat..takut mengejutkan jiran yang sedang tidur.

  "Jangan jerit-jerit..pergilah panggil kakak kamu kat atas tu bukan susah pun"marah ibu sambil menolak adiknya ke arah tangga..dengan paksa Adiknya mendaki anak tangga sehingga ke tingat lalu menuju ke bilik kakaknya itu.

*knock knock*

  "Angah!"panggil adiknya sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik kakaknya itu.

Selepas beberapa minit,Alisya membuka pintu dengan towel di kepala yang menunjukkan yang dia baru sahaja selesai mandi.

  "Kau nak apa?"tanya Alisya tapi sebelum adiknya menjawab..adiknya menariknya keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

  "Kenapa bawa angah turun ni?"marah Alisya sambil memukul-mukul belakang adiknya yang menariknya turun dengan laju..nasib je dia tak jatuh.

  "Arghh,sorry..sorry angah argh"kata adiknya sambil mengerang kesakitan.

  "Ada apa ni? Asal semua orang ada kat sini?"tanya Alisya pelik kerana sepatutnya ayahnya tiada di rumah pada waktu itu.

'Ada benda penting ke?'tanya Alisya dalam hati sambil memandang kesemua wajah ahli keluarganya satu per satu.

  "Angah kau tak pergi kerja ke minggu ni?"tanya adiknya sambil menarik kakaknya duduk di sebelahnya.

  "Kan angah cakap angah ambil cuti"tipu Alisya sambil bermain dengan hujung bajunya.

  "Angah aku tahu kau tipu"kata Aaiknya apabila terlihat yang kakaknya itu bermain dengan hujung bajunya itu.

  "Mana ada..betul lah"jawab Alisya dengan melarikan pandangannya ke arah lain.

  "Semua orang kat sini tahu yang kau tu tak boleh menipu kalau kau menipu tangan kau akan sibuk main dengan hujung baju kau,ngah"kata adiknya sambil memandang tepat ke arah matanya.

'Aduh kantoii-kantoii'marah Alisya dalam hati lalu tangannya yang bermain dengan hujung bajunya dibawa turun dan meletakkannya disisi.

  "Hmm..hmm..hmm"Alisya kehilangan kata-kata kerana dia tahu yang dia tak dapat menipu dengan baik.

  "Angah kena pecat ke?"tanya ibunya dengan serius dan suasana menjadi tegang dengan soalan yang dikeluarkan ibunya.

  "Hmm..hmm..y-ye ibu"jawab Alisya gagap sambil memandangkan ke lantai untuk mengelakkan pandangan ahli keluargannya yang lain kecuali alongnya yang sudah tahu.

  "Macam mana boleh kena pecat ni? Sebab selalu datng lewat ke?"tanya ibunya lagi sambil memandang tepat ke arah satu-satunya anak perempuannya itu.

  "T-tak..s-sebenarnya angah dianiaya..ada orang letak lipas dalam makanan yang Angah masak"jawab Alisya jujur sambil memandang keluarganya kerana beban yang selama ni dipikul seorang diri dilepaskan.

  "Siapa yang aniaya angah? Nak kena orang tu dengan aku"tanya adiknya dengan marah sambil menggegam penumbuk.Adiknya tak suka orang buat kakak dia sebab itulah satu-satunya kakak yang dia ada.

  "Sebab tulah aku tak nak bagitahu kau..kau tengok sendiri reaksi kau tu"marah Alisya sambil memegang penumbuk adiknya itu.

  "So kau nak kerja apa lepas ni,ngah?"tanya alongnya sambil memandang Alisya.

  "Oh!Cakap pasal tu..asal along tak terkejut pun tadi waktu angah bagitahu angah kena pecat.Along dah tahu ke?"tanya ayahnya yang tadi lebih selesa berdiam diri sahaja.

  "Along dah tahu..waktu angah kena pecat..along ada kat rumah"jawab along dan mendapat jawapan "Ohhh!"daripada yang lain kecuali Alisya.

  "Okay..balik ke soalan tadi kau nak kerja apa lepas ni?"tanya along sambil memandang adik perempuannya itu.

  "Entah"jawab Alisya mudah dan mengeluh.

  "Nak kerja kat tempat ibu dengan ayah tak?"tanya encik Mukhriz,ayahnya.

  "Taknak lah..orang nak cari kerja sendiri"jawab Alisya lalu bangun dan mengucapkan "Goodnight"lalu mendaki tangga dan masuk ke biliknya selepas mendapat jawapan.

*tamat flashback*

Tiba-tiba pintu depan rumah dibuka dan muncul alongnya dengan muka gembira.

  "Mana yang lain?"tanya alongnya pelik kerana tiada siapa berada di rumah saat itu.

  "Along ni dah kenapa?Ibu kerja,ayah kat JB dan adik sekolah"tanya Alisya pelik dengan sikap alongnya itu.

  "Oh lupa..angah,along nak bagitahu berita gembira ni.Kau nak tahu tak?"tanya abangnya menunggu jawapan Alisya dengan tidak sabar.

  "Apa dia along?"tanya Alisya ingin tahu sambil memandang Alongnya.

  "Aku..."

--------------------------
Tergantung!?..hehe sorry
Vote dan komen.Thankyou

 
 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now