Bab 40

20.1K 454 10
                                    

Tengku Arian, Tun Sharifah dan seorang peguam yang ditugaskan oleh Tengku Iskandar untuk membaca wasiat yang telah ditingggalkan untuk keluarganya.

"Selamat pagi!" ucap encik Amar selaku peguam peribadi keluarga Tengku Iskandar, "Hari ini genap seminggu arwah telah meninggal dunia. Arwah tengku Iskandar membuat wasiat ini 3 bulan sebelum arwah meninggal dunia dan arwah telah memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada saya untuk sampaikan wasiatnya pada kamu semua pada hari ini".

Tengku Arian dan Tun Sharifah hanya mengangguk tanpa bersuara.

"Okay, berdasarkan apa yang saya diberitahu yang wasiat ini akan diberikan kepada Tun Sharifah dan Tengku Arian. Awak berdua boleh baca wasiat ni terlebih dahulu"kata encik Amar lalu menghulurkan 2 longgokkan kertas kepada Tun Sharifah dan juga kepada Tengku Arian untuk dibaca isinya.

"Sebagaimana yang tercatat dalam kertas yang dipegang awak berdua, tercatat nilai harta peninggalan Tengku Iskandar sebanyak 2.5 billion selepas ditolak dan ditambah"kata encik Amar sambil menunjukkan kepada mereka muka surat yang tercatat harta-harta Tengku Iskandar.

"Tapi harta ini akan diserahkan selepeas anaknya Tengku Arian menikahi salah seorang anak kawannya iaitu encik Mukhriz yang bernama Alisya Qaisara, sekirannya encik Arian enggan berbuat demikian maka encik Arian tidak ada hak untuk menerima apa-apa harta peninggalan arwah Tengku Iskandar dan semuanya akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim"

"Tak ada cara lain ke? Kenapa saya kena berkahwin dengan pilihan arwah papa? Kalau saya tak nak kahwin encik nak buat apa?"soal Tengku Arian bertubi-tubi tanpa henti kerana terkejut dengan berita itu.

Dengan tenang encik Amar menjawab," Tengku tak ada pilihan lain selain daripada berkahwin dengan Alisya Qaisara binti Mukhriz, kalau Tengku gagal mematuhi peraturan wasiat ini.. Tengku tidak akan dapat sebarang harta arwah Tengku Iskandar."

Aish! Wasiat ni pun boleh menyusahkan aku-.-

"Saya akan fikirkan"jawab Arian pendek dan berdiri sebelum beredar meninggalkan Tun Sharifah dan encik Amar yang sedang memandang susuk tubuh Arian yang semakin menghilang.

-

Semua memandang Aiman dan Alisya yang sedang masuk dari pintu depan rumah bersama.

Eh! Bukan along keluar seorang je ke tadi, ni macam mana pulak angah ada sekali

Puan Anis yang kebinggungan bertanya,"Bila angah keluar?"soalan pertama yang ditanya oleh puan Anis.

Sepi

Tiada jawapan yang diberikan Alisya mahupun Aiman yang sedari tadi hanya berdiri bisu disisinya. Selepas seketika, kedua beradik itu saling memandang sesama sendiri sambil hati mereka sibuk bercakap tanpa bersuara.

"Kenapa senyap je ni. Ibu tanya bila angah keluar?" tanya puan Anis tidak tahan dengan jawapan bisu yang diberikan anaknya. Sekali lagi hanya jawapan bisu yang diberikan. Puan Anis yang tidak dapat menahan marah kerana risau tentang anak perempuan tunggalnya itu bertanya dengan suara yang sedikit tegas,"ibu cakap dengan dinding ke sekarang ni? Mana mulut kamu tu yang selalu membebel tanpa henti. Sekali lagi ibu tanya bila angah keluar"

Alif dan encik Mukhriz hanya memerhati sejak dari mula tanpa ada rasa ingin mencelah. Mereka juga takut dengan puan Anis yang semacam singa mengaum di depan mangsanya.

"...Angah" Alisya takut-takut ingin menjawab, "e-erm angah keluar sebelum along masuk bilik angah"Alisya memandang ibunya yang sudah memerah muka menahan marah.

Haih bila ibu mula marah semua akan jadi huru-hara

Alisya berbisik di dalam hati sebelum memandang puan Anis yang sudah beristighfar.

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now