Bab 21

23.4K 677 12
                                    

Alisya sedang bersenang-lenang di atas sofa dengan menonton drama korea sambil makan popcorn di ruang tamu manakala ibunya sedang memasak lauk tengah hari di dapur.

"Angah! Ambik adik dari sekolah jap"jerit ibu dari dapur apabila jam menunjukkan pukul 1 tepat.

"Okay!"bagitahu Alisya dan mengambil kunci keretannya dan bergegas keluar tapi sebelum itu dia tidak lupa untuk tutup tv supaya bil elektrik mereka tidak naik.

~~~~~~~~~~~~

"Angah!"Panggil adiknya ceria setelah masuk ke kereta angahnya ketika itu Alisya belum mengerakkan keretanya lagi apabila melihat perangai adiknya itu.

"Kau apahal tiba-tiba happy semacam je?"tanya Alisya pelik dengan sikap adiknya yang lain macam happynya tu.

"Oh! Saja je"jawab adiknya sambil memandang kakaknya tanpa berkelip.

'Apahal dengan adik aku ni?'.Alisya mula berasa pelik dengan perangai adiknya.

"Ada apa-apa kat muka angah ke?"tanya Alisya yang rasa nak lempang muka adiknya supaya menghadap benda lain selain daripada dirinya.

"Hmm..tak ada apa-apa"kata adiknya tetapi masih ada senyuman manis di bibirnya.

'Alahai nasib je kau adik aku kalau tak aku pon dah cari tengok senyuman kau' bisik Alisya dalam hati melihatkan senyuman mengancam adiknya itu.

"Angah!"panggil adiknya lagi apabila dia melihat yang kakaknya itu macam dah ke dunia lain.

"Apa dia?"kali ini Alisya menolak wajah adiknya yang makin lama makin dekat dengan wajahnya.

"Angah! Bulu mata kau jatuh"kata adiknya yang sambil mengambil bulu mata kakaknya yang jatuh di bawah kelopak mata kakaknya.

"Tu je? Yang daripada tadi tu je yang kau nak cakap?"marah Alisya lalu memukul lengan adiknya dengan tangan berbisanya.

'Kurang asam garam gelugur punya adik,dia kenakan aku.Isshh' marah Alisya dalam hati.

Manakala adiknya hanya ketawa dari tadi sambil tangannya mengosok-gosok lengan yang dipukul tangan berbisa kakaknya itu sebentar tadi.

"Haha..sorry tapi aku tolong kau kan"adiknya membela diri tapi tangannya juga masih terus mengosok lengannya yang merah-merah seperti cili api yang pedas  apabila sudah dimakan dan sama juga lah dengan lengannya yang merah.

"Memanglah kau tolong tapi dalam masa yang sama kau kena kan aku"marah Alisya tanpa memandang adiknya kerana pandangannya hanya pada jalan raya di depan.Selepas Alisya memukul adiknya,dia terus memandu pulang supaya tidak merisaukan ibunya di rumah.

"Ala sorry lah"kata adiknya dan memandang kakaknya disebelah yang sedang memandu.

"Angah! Petang ni kita keluar dating nak tak? Asyik along je yang keluar ngan kau..aku pon nak"kata adiknya jealous sambil memandang muka kakaknya penuh mengharap.

"Tak nak"jawab Alisya ringkas sambil matanya tidak meninggalkan jalan raya di depan.

"Ala angah,jomlah"kata adiknya lalu membuat muka comel.

'Seriously! Apa kena dengan adik aku ni.Perlu ke buat muka comel?' geli Alisya melihat muka adiknya itu.

"Kau nak pergi mana?"tanya Alisya lalu memandang adiknya sekilas sebelum matanya kembali ke jalan raya.

"Erm..kita pergi jogging nak tak? Aku tengok kau pon dah gemuk dah lepas kau kena pecat haritu"ejek adiknya dengan muka selamba tanpa mengetahui apa yang akan terjadi selepas ini.

"Yah! Kau nak kena ke? Dah lah ajak orang then nak kutuk-kutuk orang pulak"marah Alisya dan memberikan satu jelingan maut untuk adiknya,kalau jeling boleh buat orang mati,adiknya itu mungkin dah mati banyak kali.

"Kenyataan kot"jawab adiknya yang pada mulanya seram tapi dia tahu kakaknya tak boleh buat apa-apa kerana dia sedang memandu.

"Banyaklah kenyataan kau"marah Alisya lalu membelok ke kawasan perumahan mereka.

"Yelah.Kau kan slim,slim sangat-sangat"kata adiknya yang bertujuan untuk menyenangkan hati kakaknya tetapi berbaur kepada sindiran.

"Ishh!Kau ni kan,dah lah tak nak aku keluar dengan kau"marah Alisya makin bertambah dan sebelum terjadi apa-apa mereka selamat tiba di rumah dengan satu pasang.

"Ala angah,jomlah"ajak adiknya dan menarik lengan kakaknya sebelum kakaknya dapat keluar.

"Ishh! Yelah, 5 tepat aku dah nampak kau depan kereta kalau tak aku malas nak pergi"kata ALisya dalam satu nafas lalu keluar dari keretanya.

"YESSS!! Thankyou Angah,I love you<3"sorak adiknya dan berlari keluar mengejar kakaknya dan memeluk kakaknya dari belakang.

"Ishh! Lepas lah"Alisya menolak adiknya supaya pergi jauh darinya dan masuk ke rumah diikuti adiknya yang senyumannya sampai ke telinga.

' Jogging je kot,asal dia nampak lebih-lebih je' bisik hati Alisya melihatkan adiknya itu tetapi dibiarkan sahaja.

~~~~~~~~~~~

Jam menunjukkan pukul 5.00.p.m tepat,dan terpampang muka adiknya berpakaian sukan di depan keretanya seperti yang diarahkan.

"Wow!Tepat pada masanya.Masuklah"kagum Alisya yang biasanya adiknya itu tidak akan menepati masa tetapi tidak hari itu yang sangat pelik untuk Alisya.

"Biasalah.Masa itukan emas"kata adiknya seperti memberi ceramah kepadnya.

"Eleh! Macam lah kau tu menepati masa sangat"kutuk Alisya selepas menyampah dengan ayat-ayat palsu adiknya itu.

"Eh! Aku menepati masa,okay"nafi adiknya sambil memuncungkan bibirnya seperti bibir itik.

"Apa-apa jelah"kata Alisya yang malas ingin melayan adiknya yang dia sendiri sudah tahu,adiknya itu suka menjawab balik.

~~~~~~~~~~~~

"Adik! Laju lah lagi..ha tulah lain kali jangan tahu nak ejek orang je"ejek Alisya yang sudah jauh di depan.

"Ala sekejap lah"malu adiknya lepas kena tinggal jauh di belakang oleh kakaknya,perempuan pulak tu mana tak malu.

"Kalau kau nak tahu sebenarnya aku pergi gym time aku free so aku takkan gemok tak macam kau keding tapi lembik"ejek Alisya sambil berhenti berlari untuk menunggu adiknya.

"Angah!!!"marah adiknya lepas kena ejek dan kemudian berlari mengejar kakaknya yang dah mula berlari semula.

"Kejar lah,haha"jerit Alisya apabila dia sudah jauh di depan tetapi adiknya itu tidak dapat mengejarnya pon.

"Angah!! Tunggulah"jerit adiknya nun jauh di belakang,yang bersusah payah berlari mengejar kakaknya.

Alisya berjalan ke belakang untuk melihat adiknya dan dalam dia tak tahu sebuah basikal yang memandu agak laju hampir melanggarnya tetapi..

------------------------------------------------------
Vote + komen = thankyou





[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now