Bab 41

17.8K 466 14
                                    

Salam Ramadhan to all Muslim💕
-
"Kau nampak handsome lah hari ini, Ar!" puji Haziq yang sedang berdiri di hadapan Tengku Arian dan sedang melihat Tengku Arian dari atas hingga ke bawah dan berasa tidak percaya dengan matanya sendiri.

Arian hanya memandang refleksinya dari balik cermin panjang yang diletakkan di tepi pintu bilik tidurnya.

Apa yang aku cuba buat ni? Aku nak mengaku kalah macam ni je ke?

Tengku Arian seperti menyesal dengan keputusannya tetapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata tidak berguna.

"Apa yang handsomenya, aku cuma pakai baju melayu je." kata Tengku Arian seperti menyatakan fakta sambil mencari mana kekacakkannya disebalik baju melayu putih yang dipakainya.

"Kenapa ni? Asal aku tengok kau ni macam tak happy je. Ada masalah ke? Ni kan hari untuk kau meraikan dan bukannya bersedih."kata Haziq yang melihat Tengku Arian mengeluh dari semasa ke semasa.

Tengku Arian termenung sejenak sebelum matanya kembali menatap cermin yang sejak tadi menunjukkan refleksi dirinya sendiri."Aku memang tak happy dengan perkahwinan ni tapi.. apa aku boleh buat ini yang arwah papa aku nak."jawab Tengku Arian sambil mengeluh dengan keluhan lebih panjang.

"Kau masih ada masa untuk undur diri sebelum kau akan sakitkan hati orang lain. Kalau kau tak rela baik kau tarik diri sebelum semuanya terlambat. Aku cakap macam ni sebagai kawan baik kau, aku cuma nak yang terbaik untuk kau je."cadang Haziq yang melihat muka tak cukup gula Tengku Arian yang asyik termenung ke satu arah.

"Patut ke aku undur diri sekarang sebelum terlambat?"tanya Tengku Arian lebih kepada diri sendiri.

Haziq tersenyum tetapi lebih sinis sebelum mengangguk dengan pantas sebelum bersuara,"Patut! Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata nanti kau yang menyesal."

Tengku Arian berfikir sehabis-habis masak sebelum berdiri dan membetulkan baju melayunya yang sedikit berkedut oleh sebab duduk terlalu lama.

"Okay! Aku dah habis fikir."

Haziq memandang dengan pandang berharap yang Tengku Arian akan jawab sebaliknya."Apa jawapan kau?"

"Aku..."

Haziq menunggu dengan lebih berharap,"Aku apa?"

"Aku akan teruskan perkahwinan ni." Sambungnya lagi sebelum memberi alasannya," Arwah papa aku memang nak aku kahwin dengan dia dan untuk aku teruskan legasi syarikat kesayangan arwah papa aku, aku mesti kahwin dengan perempuan tu tak kira apa pun masalahnya."

'Aku nak tolong tapi kau still pilih untuk berkahwin tapi tak apa masih belum terlambat untuk aku'

Haziq hanya tersenyum hambar sebelum sama-sama berdiri dan mengajak Tengku Arian untuk turun bersama ke ruang tamu untuk segera bertolak ke kediaman encik Mukhriz.

-

Alisya yang asyik memandang ke arah pantulannya di balik cermin tanpa menghiraukan tangan make-up artist yang asyik dari tadi meletakkan macam-macam benda ke mukanya terkejut dengan suara yang entah dari mana muncul pun dia pun tak tahu.

"Kenapa murung sangat ni, angah?" tanya Alif yang menjengukkan kepalanya ke dalam bilik bakal isteri Tengku Arian.

Alisya memandang ke arah adiknya sebelum memaksa mulutnya untuk senyum walaupun tidak sampai ke telinga, "Mana ada angah murung, tak nampak ni angah tengah happy ni."

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now