Bab 36

17.3K 477 13
                                    

GEDEBUK!

Kedengaran lantai restoran itu berdentum apabila kedua-dua mangsa perlanggaran terjatuh serentak beserta bunyi yang keluar dari mulut mereka.

"Papa!"

"Abang!"

Kedengaran suara terkejut Tun Sharifah dan Arian yang memanggil Tengku Iskandar apabila beliau dilanggar.

"Encik tak apa-apa ke?"tanya si pelanggar yang terlanggar Tengku Iskandar dengan rasa bersalah dan berdiri dari tempat dia terjatuh lalu menolong Tengku Iskandar untuk berdiri.

Bersusah payah Tengku Iskandar cuba untuk berdiri dengan bantuan si pelanggar sebelum menjawab,"saya tak apa-apa"

Arian dah Tun Sharifah berlari ke arah tempat kejadian dengan rasa panik dan membantu si pelanggar itu untuk menolong Tengku Iskandar untuk berdiri.

"Papa okey ke?"

Akhirnya, Tengku Iskandar berdiri sepenuhnya dan mengangguk ke arah Arian, "Papa okey"

Tengku Iskandar memandang ke arah si pelanggar yang masih memegang lengan kirinya dan terkejut melihat muka si pelanggar yang melanggarnya.

"Mukhriz!"

Si pelanggar itu agak terkejut dengan panggilan yang diberikan Tengku Iskandar dan segera menoleh kebelakang untuk mencari siapa yang Tengku Iskandar panggil.

"Mukhriz!"panggil Tengku Iskandar sekali lagi dan si pelanggar memandang semula ke arah Tengku Iskandar.

"Encik panggil saya ke?"meunding jari ke arah dirinya.

"Ye!"

EH! Mana dia tahu nama aku ni?

"Mana encik tahu nama saya ni?"tanya si pelanggar atau dengan namanya Mukhriz tadi dengan terkejut.

"Jadi betullah yang encik ni Mukhriz. Ya Allah Mukhriz, lama kita tak jumpa. Aku ni Iskandar, budak yang sering buat masalah kat sekolah dulu. Kau ingat tak? Ala yang asyik kena denda dengan cikgu Anuar sebab asyik tak siap homework dia je dulu"

Huh! Pelajar masalah? Kena denda? Cikgu Anuar?

Encik Mukhriz cuba untuk mengingati kisah silam semasa sekolah menegah dia dulu.Semakin dia cuba ingat,gambaran kisah silam semakin jelas dalam fikiran di sebelum dia terlompat kecil disebabkan terkejut.

"I-iskandar! The Tengku Iskandar yang popular masa tu dengan perangai nakal yang tak boleh dikawal tu? Iskandar tu? YA ALLAH! Lama aku tak dengar pasal kau, kau apa khabar, Is? Kau dah berubah dari nakal kepada baik"dengan pelukan erat diberikan kepada Tengku Iskandar, encik Mukhriz masih tersenyum lebar dan terus memeluk erat Tengku Iskandar dan,"manusia berubah riz" dibalas semula dengan pelukan erat.

Papa ni buat reunion kat tengah-tengah orang ramai pulak

Bisik hati Arian sambil memandang sekelilingnya.

"Jomlah makan dinner dengan kitorang, nanti kita boleh borak lebih lama lagi"ajak Tengku Iskandar selepas meleraikan pelukan erat mereka.Encik Mukhriz hanya mengangguk tanda bersetuju sebelum bertanya,"family kau tak kesah ke?"

Family? Oh!

Apabila perkataan family keluar dari mulut encik Mukhriz,laju sahaja kepala Tengku Iskandar berpusing 180° dan memandang anak dan isterinya dengan muka tanda soal.

Arian dan Tun sharifah hanya mengangguk dan kembali ke meja makan mereka semula.

Arian memanggil seorang pelayan dan memberikan pesanan mereka sebelum kedua-dua lelaki tadi kembali bercakap tanpa henti.

"Apa yang kau buat kat sini riz?"tetiba encik mukhriz tersedak apabila dia teringat tujuan sebenar dia berada disitu.

Macam mana aku boleh lupa anak aku ni, aduh

"Kau tak apa-apa ke riz?"tanya Tengku Iskandar risau dan menepuk perlahan belakang encik Mukhriz untuk menolong meredakanya.

"Aku tak apa-apa" balas encik Mukhriz dan berdiri sebelum meminta dirinya untuk beredar sebentar,"nanti aku datang balik lepas aku buat sesuatu yang aku terlupa nak buat"

-

"Asal ayah lambat ni? Dah lama tau angah tunggu ayah ni, buat orang risau je lah"Alisya membebel sebaik sahaja encik Mukhriz muncul di depan matanya dengan peluh di dahi."Ayah baru lepas lari ke marathon ke apa ni sampai berpeluh-peluh ni"

Encik Mukhriz tidak mengatakan apa-apa kerana masih penat dan apabila dia mula bersuara,"boleh angah ambilkan air untuk ayah? " dengan diselang-seli dengan pernafasannya yang masih tidak mencukupi untuk jantungnya yang dah berusia.

"Kejap angah ambil pergi ambil air" Alisya berlalu pergi ke arah dapur restoran untuk mengambil air untuk encik Mukhriz dan kembali dengan segelas air di tangan."Ni airnya encik, ada apa-apa lagi yang encik perlukan kalau takde saya nak minta diri dulu"Alisya melakonkan gaya pelayan yang sedang melayan tetamu.Encik Mukhriz mengikut dalam memainkan watak tetamu,"saya tak perlukan apa-apa lagi, awak boleh pergi"dan kedua-dua anak beranak itu pecah ketawa dengan lakonan hambar mereka tadi.

"Haish anak aku ni boleh lagi dia main-main ye"encik Mukhriz ketawa dengan lakonan pelayan Alisya sambil menggeleng-geleng kepalanya.Bila lah nak besar budak bertuah ni, perangai masih macam budak-budak lagi,kata hati encik Mukhriz.Alisya memberikan gelas yang berisi air kepada encik Mukhriz selepas ayahnya berhenti ketawa dan meminum air yang diberikan Alisya kepadanya.

"Ah! Asal ayah datang lambat ni, angah ingat ada apa-apa berlaku je kat ayah tadi, isshhhh ayah ni buat orang risau je"ulang Alisya dengan soalan sebelum ni.

"Tadi ayah terserempak dengan kawan lama ayah waktu sekolah dulu dan dia ada ajak ayah duduk makan dengan diorang untuk sambung borak tapi bila ayah teringat kat kamu terus ayah lari ke sini"jawab encik Mukhriz dalam satu nafas tanpa berhenti untuk mengambil nafas.

"So kesimpulannya ,ayah jumpa kawan lama dan lupa angah kat sini , hm"Alisya pura-pura merajuk dengan kedua-dua tangan di dada sambil kepala dipusingkan ke arah lain dan bibirnya memainkan peranan yang penting.

"Em, macam tu lah"jawab encik Mukhriz yang berpura tidak mengambil kesah yang anak perempuannya itu sedang merajuk dengannya.

"Jom ayah bawa angah jumpa kawan ayah, dia makan kat sini jugak. Boleh ayah kenalkan angah dengan keluarga dia sekali"ajak encik Mukhriz tapi dalam sekelip mata sahaja Alisya memberikan jawapannya.

"Tak pelah, angah busy sekarang ni"Alisya cuba meolak dengan baik.

HUISH! Ayah please jangan ajak lagi

Alisya cuba berdoa dalam hati, oh yeah Alisya seorang pemalu dengan orang yang dia tak kenal atau tak rapat disebalik sikap ganasnya itu.

"Hm, kalau macam tu, angah nak balik sekarang atau nak habiskan kerja dulu"tanya encik Mukhriz.

Kalau ayah cepat tadi kan senang, tak payah lah angah kena kerja lebih masa.Kereta ni pun satu dalam banyak-banyak hari kenapa harini juga dia nak rosak, tak pasal-pasal aku kena tunggu ayah, haih nasib-nasib

"Ayah pergi jumpa kawan ayah dulu dan kalau angah nak balik just call ayah atau cari ayah kat depan"beritahu encik Mukhriz sebelum menghilang ke bahagian depan di mana tempat makan tetamu restoran itu.

Haih!

-

Vote + komen = thankyou

Minhyukie-

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now