Babak 2

1.2K 60 4
                                    

"Faruq, kenapa termenung je ni? Ada apa-apa ke?" Faruq yang leka termenung terkejut dengan teguran ayahnya. Haji Ahmad melabuhkan punggungnya.

"Ayah kenapa tak baring? Ayah kan tak sihat?" Faruq risau akan kesihatan ayahnya. Keadaan bapanya membuatkan dirinya kuat bekerja. Selepas uminya meninggal dunia, ayahnya tidak bermaya. Sering saja sakit. Kasihan melihat ayahnya itu, dia berniat untuk bekerja. Mencari rezeki sedikit. Dia juga sedang belajar agama dengan sahabat ayahnya di kampung seberang. Tiba-tiba, dia teringat akan gadis yang tinggal di seberang. Selalu dia pergi belajar agama, tidak pernah pula ternampak gadis itu.
"Tak apalah, Faruq.. Ayah okey. Kamu tu? Termenung aje" Faruq tersengih.

"Ayah, Faruq ada kenal dengan seorang ni.. " tiba-tiba ayahnya ketawa. Faruq hairan melihat reaksi ayahnya. Dia salah cakap ke?

"Faruq.. Faruq.. Ayah dah tahu dalam fikiran kamu tu. Siapa namanya?" Faruq tersenyum malu. Ayahnya tahu-tahu saja dalam fikirannya itu.

"Namanya Zainab, yah. Dia dari kampung sebelah" kata Faruq lalu tersenyum. Haji Ahmad menggelengkan kepalanya. Faruq satu-satunya yang dia ada. Biarlah anak lelakinya itu gembira dan pandai membuat keputusan.

"Ayah dah agak. Apa-apapun, jangan lupa Allah. Sentiasa ingat pada Allah..ayah nak masuk tidur dulu" Haji Ahmad cuba bangun dari tempat duduknya. Faruq turut membantu. Segala nasihat ayahnya itu dia ambil. Alhamdulillah, ilmu agama yang dicurahkan ayah dan uminya sudah cukup untuknya. Dia sangat bersyukur.

Zainab.. Bagaimana reaksi gadis itu apabila membaca surat darinya? Hatinya rasa gementar. Namun, dia amat mengharap. Dia berharap agar mereka menjadi sahabat. Pada pertama kali dia melihat gadis itu apabila mereka berlanggar, Faruq terasa sesuatu yang istimewa tentang gadis itu.

Faruq berjalan untuk ke kelas agama di kampung sebelah. Kampung gadis itu. Dia berharap agar bersua muka dengan gadis itu.

"Faruq, kau cari siapa?" soal sahabatnya, Firdaus. Faruq tersentak. Dia memandang sahabatnya. Apa yang harus dia katakan?

"Tak ada apa-apa.. Kita kan nak ke kelas" Faruq cuba mengelak.

"Eleh.. Kau jangan tipulah, kau cari perempuan tu kan?" Firdaus tahu apa yang berada di fikiran sahabatnya itu. Dia juga tahu tentang gadis itu. Itupun Faruq yang beritahu. Jika tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Faruq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kelakuannya dapat ditangkap oleh sahabatnya. Dia tersengih sendirian.

Semasa perjalanan untuk pulang ke rumah, Faruq dan Firdaus terjumpa dengan Zainab dan Farah. Faruq tidak menyangka akan bersua muka dengan gadis itu.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam"

"Dari mana, Zainab?"

"Baru lepas beli barang di pasar, awak?" soal Zainab.

"Saya baru lepas habis kelas agama di rumah Haji Daud"

Zainab terangguk-angguk. Di tangannya ada surat untuk diberikan kepada Faruq.

"Ini balasan surat untuk awak" Zainab menghulurkan surat kepada Faruq. Faruq tersenyum lalu tertunduk.

"Faruq! Faruq!"

Kedengaran suara memanggil nama Faruq dari arah belakang. Faruq segera menoleh. Kelihatan sahabatnya, Muhammad termengah-mengah lalu menarik tangan Faruq. Faruq yang tidak tahu apa-apa hairan melihat Muhammad.

"Kenapa, Muhammad?"

"Ayahmu! Ayahmu!" Faruq tersentak. Kenapa dengan ayahnya? Zainab juga melihat insiden itu. Dia bersama Farah juga kebingungan.

Cerpen KTK- CompletedWhere stories live. Discover now