Babak 7- Akhir

1.5K 75 39
                                        

Firdaus sebak melihat sahabatnya yang tidak menyedarkan diri. Firdaus memandang pula perut Faruq yang dibalut itu. Dia tahu Faruq sedang menahan kesakitan. Macam-macam dugaan yang Allah beri kepada sahabatnya itu.  
Firdaus memegang erat tangan Faruq. Firdaus diberitahu oleh doktor bahawa Faruq sedang koma. Batu yang tertusuk pada perutnya sangat dalam. Faruq juga hampir maut dengan kejadian itu. Namun, Allah masih memberi dia peluang untuk terua hidup. Rupanya yang melanggarnya adalah seorang perompak yang meloloskan diri dari polis.

Melihat Faruq yang terlantar dan tidak menyedarkan diri, Firdaus hendak membuat solat sunat. Dia mahu berdoa agar Faruq selamat dan sembuh.

Zainan menangis pada malam itu. Bagaimana keadaan Faruq ketika ini? Dia takut sekiranya ditakdirkan Faruq sudah tiada, dia akan menyesal dengan tindakannya dulu. Zainab mahu ibunya tahu tentang perkara ini. Dia bertekad untuk memberitahu ibunya. Dia berdoa agar ibunya memberi peluang kepadanya.

"Ibu..." rintih Zainab dengan air mata yang berlinangan. Mak Ea yang terkejut melihat anaknya itu terus mendapatkan anaknya.

"Ya Allah, kenapa ni?" Mak Ea memeluk anak gadisnya itu.

"Zainab mahu berjumpa dengan Faruq...." Mak Ea terdiam. Melihat Zainab yang sedang mengalirkan air mata membuatkan dirinya rasa bersalah. Kepala Zainab tiba-tiba terasa pening. Dadanya menjadi sesak. Nafasnya termengah-mengah.

"Ibu...." Zainab merintih memanggil ibunya. Kepalanya bertambah pening. Matanya kelihatan kabur. Ya Allah...
Zainab akhirnya rebah di pangkuan ibunya.

Mak Ea menjerit lalu menepuk lembut pipi Zainab. Dia memanggil suaminya agar segera membawa Zainab ke hospital. Sakit apa yang Zainab cuba sembunyikan darinya?

Zainab segera dibawa ke hospital. Mak Ea ketika itu hanya berdoa. Entah sakit apa anaknya sampai pengsan begitu sekali. Mak Ea duduk di atas kerusi bersama suaminya. Suaminya cuba menenangkan hati isterinya. Dia juga risau akan anaknya itu.

Mak Ea tersungkur lalu menangis teresak-esak. Kata-kata doktor tadi benar-benar membuatkan dirinya hampir pitam. Sebelum ini tidak pula anak gadisnya itu sakit.

Apabila mendengar penyakit barah otak yang dihadapi anaknya, hatinya rapuh. Dia benar-benar tidak menyangka tentang itu. Mak Ea dipeluk erat oleh suaminya. Cuba menenangkan hati isterinya.

Firdaus terbangun dari sisi Faruq. Dia terbangun apabila terdengar ada orang di sebalik langsir pada katil Faruq. Pasti ada pesakit yang baru dimasukkan. Firdaus cuba untuk meninjau namun, jururawat cepat menutup langsir. Niat Firdaus terbantut. Dia memandang pula Faruq yang masih terkaku itu. Masih dengan keadaan yang tidak sedar.

Mak Ea memandang wajah anak gadisnya. Sebak tak terkata apabila wayar-wayar yang melekat pada tangan dan badan. Dia mengusap lembut dahi Zainab yang tidak sedar.

Di sebelah langsir pula, Firdaus sedang mengalunkan ayat suci yassin. Tanpa menghiraukan orang yang  berada di sebelah langsir itu, dia kuatkan sedikit bacaannya. Kedengaran suara yang sedang menangis itu, Firdaus cuba merendahkan suara bacaannya. Entah siapa yang sedang menangis pada malam ini.

Selesai membaca yassin, Firdaus meletakkan buku yassin pada meja kecil. Matanya sudah bengkak. Dia harus kembali ke pusatnya. Belajar tetap belajar. Esok dia akan ziarah Faruq lagi. Firdaus sudah berpesan dengan doktor jika ada apa-apa yang berlaku, telefon saja dia. Hanya dia keluarga Faruq di sini.

Suasana sunyi pada malam itu. Faruq yang masih kaku dan Zainab juga begitu. Mereka ditempatkan bersebelahan. Langsir yang menghalang katil mereka. Mak Ea juga sudah pulang dengan suami.

Keadaan masih sunyi. Tiba-tiba, jari Zainab bergerak. Bergerak beberapa kali jarinya itu. Mata Zainab masih tertutup walaupun bergerak-gerak bebola matanya.

Cerpen KTK- CompletedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang