Zainab termenung memandang ke luar tingkap rumahnya. Teringat akan perjumpaannya dengan Faruq petang tadi. Dia tahu Faruq kecewa dengannya. Namun, apakan daya? Dirinya juga kecewa. Sebak apabila mengenangkan kata-kata Faruq petang tadi. Dia tahu lelaki itu sangat mencintainya namun kerana ibunya, Zainab terpaksa akur.
Perlahan-lahan air mata mengalir ke pipi. Dia cuba untuk jadi kuat namun dia jatuh. Dia tidak kuat dengan ujian ini. Zainab menutup matanya. Dia memohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
"Zainab.. Kenapa diam je ni?" Ibunya menyapa. Dari tadi dia memerhatikan anak gadisnya hanya mendiamkan diri. Risau juga jika anak gadisnya itu sakit.
Zainab dengan segera mengusap air matanya. Dia tidak mahu ibunya curiga dan tahu bahawa dia sedang sedih. Zainab cuba mengukir senyuman. Dia memberi ruang kepada ibunya untuk duduk di sebelahnya.
"Kenapa sayang? Dari tadi kamu diam je.. Makan malam tadi pun kamu tak lalu..kamu sakit ke, Nab?" soal ibunya dalam kerisauan. Zainab tersenyum kelat. Jadi, ibunya memerhatikan gelagatnya itu.
"Zainab tak apa-apa.. Okey je, ibu" balas Zainab dengan ringkas. Namun dalam hati, dia terasa mahu menangis.
Mak Ea hanya terdiam. Dia tahu Zainab seperti menyembunyikan sesuatu darinya. Zainab seperti menyimpan duka dalam hatinya.
"Jangan bohong ibu, Nab.. Ibu tahu kamu dalam masalah... Kenapa? Ada masalah dekat kedai buku?" Soal Mak Ea cuba mengambil perhatian.Zainab menggeleng. Dia tidak mahu ibunya tahu bahawa dia berjumpa dengan Faruq petang tadi. Pasti ibunya akan marah.
Mak Ea hanya mendiamkan diri. Sejak mereka sekeluarga pindah ke sini, dia tidak pernah melihat Zainab yang ceria dulu. Wajahnya yang sentiasa gembira itu tiada. Kini, Zainab lebih banyak mengurungkan diri dalam bilik. Makan juga tidak. Entah apa yang menganggu fikiran anaknya itu.
Tiba-tiba dia teringat akan lelaki yang membuatkan Zainab jatuh cinta. Lelaki yang miskin hartanya. Namun, Mak Ea akui lelaki itu mempunyai satu aura yang membuatkan dirinya begitu suka melihat anak muda itu. Dia tahu Zainab sedih dan kecewa dengan tindakannya yang mahu berpindah.
Mak Ea bangun untuk keluar dari bilik Zainab. Dia tidak mahu menganggu Zainab.
"Ketika Allah pertemukan dua hati, ketika itulah cinta memanggil.. "
Mak Ea terhenti. Kata-kata itu membuatkan dirinya menoleh ke arah Zainab. Hatinya jadi sebak. Melihat Zainab yang seperti orang sakit itu cukup membuatkan hatinya tersentuh. Adakah aku penghalang cinta mereka yang telah ditetapkan oleh Tuhan?
Mak Ea melangkah perlahan keluar dari bilik. Zainab menutup matanya. Air mata mengalir dengan perlahan.
Faruq mengemas bukunya. Selesai kuliah pada petang itu, dia mahu keluar sebentar. Firdaus jadi kasihan melihat Faruq. Sejak Zainab menolaknya, dia jadi muram.
"Fir, aku nak keluar sekejap petang ni, kalau jadual kelas bertukar, beritahu aku ya" Firdaus hanya mengangguk. Dia tidak mahu menganggu Faruq. Biarlah Faruq menenangkan hatinya.
Faruq berjalan-jalan di sekitar kota di sumatera. Dia mahu menghilangkan rasa dukanya. Dia mahu ceria dulu. Dia mahu hidupnya yang dulu. Jika arwah ayahnya masih hidup, mahu saja dia peluk saja orang tua itu sepanjang masa.
Faruq cuba untuk melupakan Zainab. Walaupun sukar namun Faruq cuba menyibukkan diri dengan menghadirkan diri ke kuliah-kuliah. Perasaan cinta itu dia ketepikan. Dia tahu dia tidak layak untuk Zainab. Dia tahu kedudukannya. Dia tidak punya harta untuk membahagiakan Zainab. Namun, dia tetap berdoa agar Zainab dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik berbandingnya. Walaupun dia sebernanya tidak sanggup.
Faruq berjalan di sekitar jalan yang bersebelahan dengan laut. Dia menikmati angin yang sejuk dan nyaman pada petang itu.
Langkah Faruq terhenti apabila melihat susuk tubuh seorang gadis yang sedang memandangnya. Faruq terkedu sebentar. Jujurnya, dia tidak mahu berjumpa dengan Zainab. Dia tidak mahu melihat Zainab yang tidak lagi mencintainya. Pedih...
"Faruq..."
Faruq menoleh ke arah lain. Tidak sanggup dia mahu melihat gadis itu. Zainab menghampirinya.
"Maafkan saya.." Kata Zainab. Faruq masih tidak menoleh ke arah Zainab. Hatinya sedih. Dia sudah lama memaafkan gadis itu. Dia tahu dia tidak layak untuk Zainab.
Faruq ingin membuka mulut dan tiba-tiba seorang lelaki dari arah belakang melanggar ke arah Faruq. Lelaki tersebut tertolak Faruq lalu Faruq terjatuh dan perutnya tertusuk dengan bucu yang tajam.
"Faruq!!!" Jerit Zainab. Zainab segera berlari menghampiri Faruq.
"Tolong! Tolong!" jerit Zainab meminta tolong. Ramai orang menghampiri Faruq yang sedang menahan kesakitan.
"Zainab..."
Zainab duduk di sebelah Faruq. Air matanya membasahi pipi. Sedih melihat Faruq yang sedang menahan sakit di bahagian perut.
"Jika aku mati, aku akan sentiasa mencintaimu.." Zainab menangis di situ. Orang ramai mengangkat Faruq lalu membawa Faruq ke hospital. Zainab hanya memandang dari jauh. Mahu saja dia ikut Faruq ke hospital. Namun, dia tidak berdaya.
"Aku juga akan sentiasa mencintaimu, Faruq...."
![](https://img.wattpad.com/cover/58225145-288-k224087.jpg)
YOU ARE READING
Cerpen KTK- Completed
Ngẫu nhiênJika dunia tidak mengizinkan kita untuk bersama Biarlah Tuhan menemukan kita di 'sana' Dan Biarlah Tuhan menjadi saksi akan hubungan kita