Babak 4

917 53 2
                                    

Kadang-kadang
Hidup tidak seindah yang dibayangkan
Sebaliknya
Hidup penuh dengan dugaan, cabaran dan ujian

Kadang-kadang
Sukar untuk menggapai apa yang ingin dimiliki
Sentiasa ada halangan
Sentiasa kabur pada jalan hadapan
Sukarnya hanya Tuhan yang tahu

Setelah setahun...

"Faruq!"

Faruq segera menoleh. Kelihatan Firdaus berlari ke arahnya.

"Ada apa, Fir?" soal Faruq. Dia memandang wajah Firdaus yang masih termengah-mengah.

"Alhamdulillah, Faruq! Esok pagi kita akan lanjutkan pelajaran agama di Sumatera, Indonesia" Firdaus tersenyum lebar. Faruq terkejut. Dia salah dengarkah?

"Alhamdulillah..ya Allah.." Faruq memeluk sahabatnya, Firdaus. Akhirnya, impiannya untuk sampai ke Indonesia tercapai. Berkat doanya dan arwah ayahnya. Selama 5 tahun dia belajar agama di kampung halamannya, berkat usahanya berbaloi. Haji Daud akhirnya memilih dia dan Firdaus untuk melanjutkan pelajaran.

Setelah setahun Zainab tiada, dia cuba menumpukan perhatian untuk belajar agama. Walaupun sukar untuk melupakan orang yang dicintainya namun, Faruq cuba sedaya upaya untuk berusaha dalam pelajaran.

Ketiadaan Zainab membuatkan dirinya menjadi kuat walaupun pernah jatuh. Dia cuba bangkit dan fokus ke hadapan. Namun, dia tidak pernah lupa memohon doa agar dipertemukan semula dia dan Zainab. Segala cinta dia serahkan kepada takdir Allah.

"Malam ni kita dah boleh kemas baju.. Kau sanggup tinggalkan rumah tu?" Soal Firdaus. Faruq terdiam. Rumah peninggalan arwah bapanya. Dia tahu sukar untuk meninggalkan rumah dan kampung ini. Banyak jasa orang kampung terhadap dia dan arwah ayahnya.

Malam itu, dia mengambil barang keperluannya. Firdaus kata esok pagi lepas solat Subuh mereka harus berangkat. Jadi, Faruq mengambil masa untuk menyiapkan barang yang patut.

Faruq memandang sekeliling rumah yang agak usang itu. Teringat akan kenangannya terhadap arwah. Di sinilah arwahnya menghembuskan nafas terakhir. Faruq menjadi sebak. Kini, dia seorang anak yatim. Kehidupannya keseorangan. Namun, dia bersyukur kerana banyak sahabat yang membantunya tika dia dalam kesusahan.

Dia membawa gambar arwah ayahnya. Biarlah dia selalu tatap gambar itu. Matanya terpandang akan surat. Surat terakhir dari Zainab. Surat itu masih disimpannya. Kerana surat itu mengandungi kata cinta dari Zainab. Gadis itu mencintainya. Namun, atas halangan ibunya mereka berpindah.

Faruq tahu dia tidak layak untuk Zainab. Dia orang miskin. Anak yatim. Air mata mengalir perlahan. Faruq mencapai surat itu. Dia menyimpan kemas ke dalam begnya untuk dibawa bersama.

Dia akan mulakan hidupnya di Indonesia. Jauh dari Zainab. Namun, hatinya tetap dekat dengan gadis itu. Haji Daud banyak menasihatinya agar bersabar dengan dugaan dunia. Berjalan ke hadapan bukan bermakna menyesal dengan masa lalu, tetapi berjalan ke hadapan adalah dengan mengambil masa lalu itu sebagai pengajaran dan iktibar.

Faruq memandang kereta api yang akan dinaikinya. Dia akan pergi jauh. Meninggalkan rumah usangnya, jujur dia tidak sanggup. Namun, dia cuba bangkit dari kesedihan itu. Firdaus memandangnya lalu tersenyum.

"Ingat, sampai sana jumpa dengan Haji Ehsan. Dia pengurus kelas agama yang terkenal di situ" Haji Daud menyampaikan pesanan. Mereka berpelukan tanda untuk perpisahan.

Cerpen KTK- CompletedWhere stories live. Discover now