Aku meminta hujan
Dia berikan pelangi yang indah
Aku meminta pasir
Dia berikan laut yang luas terbentang
Aku meminta untuk keseorangan
Dia berikan aku seorang teman
Aku meminta untuk berteman
Dia berikan aku cinta
Ya Allah... Zainab terkejut dengan puitis dari Faruq. Dia amat memahami apa yang disampaikan oleh Faruq. Tangannya berasa sejuk. Hatinya berdebar-debar. Dia terus berlari ke biliknya. Pen dicapai, kertas putih diambil. Dia tekad untuk membalas surat dari Faruq. Dia mahu mencoret sesuatu.
"Zainab?" Tangannya terhenti. Dia menoleh ke arah ibunya.
"Temankan ibu ke pasar, ibu nak beli barang" kata ibunya. Hubungannya dengan ibu semakin pulih. Sejak pergaduhannya dengan ibu tentang Faruq, mereka menjadi renggang. Cakap juga sepatah. Namun, ibunya tidak mahu bergaduh. Dia sayang akan anak perempuannya itu.
Zainab terdiam. Pasar? Hmm.. Situ sajalah tempat yang dia boleh keluar dari rumah. Orang-orang pasar pun sudah mengenalinya. Zainab terpaksa bersetuju. Dia menyimpan surat untuk diberikan kepada Faruq.
Mak Ei memegang erat tangan anaknya. Zainab satu-satunya anak yang dia ada. Dia amat menyayangi Zainab sehingga tidak mahu sesiapa lelaki yang ingin mendekatinya.
"Zainab, disana ada sayur sawi.. Tolong ibu belikan, ibu nak beli ikan di kedai Pak Hamid" kata Mak Ei. Zainab hanya menurut. Dia tidak mahu membantah. Hanya sekadar beli sayur apalah sangat. Dia mahu segera pulang supaya mudah untuk dia menulis surat untuk Faruq.
"Assalammualaikum, Mak Seri.. Berikan saya sayur sawi"
"Waalaikummussalam, ehh Zainab. Boleh boleh.. tunggu sekejap ya" Zainab mengangguk.
"Assalammualaikum" Zainab segera menoleh. Air mukanya berubah. Faruq.... bisik hatinya.
"Waalaikummussalam.. Awak buat apa dekat sini?" soal Zainab. Faruq tersenyum memandangnya.
"Saya nak ke kelas agama" kata Faruq. Zainab mengangguk lalu tersenyum. Ya Allah.. Apakah perasaan ini?
"Zainab?" Zainab terus menoleh dengan teguran ibunya. Mukanya pucat. Takut dimarahi ibunya.
"Ibu... Err.. Ni Faruq. " Mak Ei memandang wajah Faruq. Faruq menunduk tanda hormat. Mak Ei merenung Faruq.
"Ini Faruq yang kamu ceritakan, Zainab?" Tegas. Zainab menunduk. Dia takut dengan renungan ibunya. Dia mengangguk perlahan-lahan.
"Jadi, kamu Faruq? Kamu yang berkawan dengan anak mak cik?" Zainab menunduk. Dahinya berpeluh. Dia menjeling Faruq. Wajah itu kelihatan tenang.
"Ya saya, saya minta maaf jika kehadiran saya tidak disenangi mak cik.. Saya minta diri dulu kerana saya dah lambat untuk ke kelas agama dengan Haji Daud, assalammualaikum mak cik, Zainab" Faruq meminta diri untuk beredar dari situ. Dia sudah lambat untuk ke kelas.
Zainab hanya memandang dari jauh. Hatinya terusik dengan sikap ibunya. Pasti Faruq tidak senang dengan ibunya.
"Zainab, mari pulang" Mak Ei segera menarik tangan anak perempuannya. Zainab terpaksa menurut. Namun, hatinya meronta-ronta untuk melepaskan. Tetapi apakan daya, itu ibunya. Dia tidak patut membantah.
"Yaasiin.. Walqurannul hakim.. Innakalaminal mustaqim.." malam yang syahdu itu, Zainab mengalunkan ayat suci surah Yaasiin. Hatinya tenang dan terasa nyaman pada malam itu. Walaupun ditambah dengan gangguan sakit kepalanya tetapi bacaan surah itu tetap diteruskan. Moga-moga, dirinya cepat sembuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerpen KTK- Completed
De TodoJika dunia tidak mengizinkan kita untuk bersama Biarlah Tuhan menemukan kita di 'sana' Dan Biarlah Tuhan menjadi saksi akan hubungan kita
