Babak 5

861 39 1
                                    

Faruq dan Firdaus segera masuk ke kelas. Mereka agak terlewat sedikit pagi itu. Atas kelewatan itu, mereka memohon maaf kepada guru agama mereka, Ustaz Hafiz.

Pengajian agama diteruskan. Faruq memberikan sepenuh perhatian. Dia memang hendak belajar agama. Sudah menjadi rutin hariannya apabila belajar agama.

"Faruq, lepas habis kelas.. Aku ingat nak ajak kau beli buku sikit" Firdaus membisik. Faruq yang sedari tadi khusyuk memberikan tumpuan terus menoleh kepada sahabatnya.

Faruq mengangguk laju. Dia juga mahu membeli buku rujukan agama. Sudah masanya untuk mentelaah lebih lagi. Dia berharap duitnya cukup untuk membeli buku.

Faruq dan Firdaus berjalan mencari kedai buku. Waktu petang di kota ini memang sesak. Kenderaan dan orang ramai turut membanjiri kota ini. Mereka segera mencari kedai buku yang telah dicadangkan oleh sahabat mereka, Amin.

"Faruq, sini sini!" Firdaus menarik tangan sahabatnya dengan pantas lalu terus memasuki kedai buku yang dicari.

Kelihatan pelbagai jenis buku agama yang disediakan di sudut yang cantik terletak. Faruq menjadi rambang mata. Belum pernah dia melihat buku agama yang sebanyak ini.

"Ya, cari buku apa?" Seseorang menegurnya dari arah belakang.

"Ya, saya nak cari buku...." Faruq tergamam apabila badannya pusing ke arah suara yang menegurnya. Lidahnya menjadi kelu tatkala melihat wajah yang sangat-sangat dirinduinya. Wajah yang tidak berubah dengan sifat lemah lembutnya. Mata yang sentiasa redup.

Serta-merta air mata Zainab membasahi pipi. Dia tidak menyangka sama sekali dapat berjumpa dengan orang yang sangat dirinduinya. Wajahnya yang tenang bak laut di waktu pagi. Wajah itu yang dirinduinya. Faruq... rintih hatinya menahan sedu di dada.

Faruq menjadi sebak melihat air mata yang mengalir perlahan. Hendak diusap tetapi haram di sisi agama. Dia hanya mampu melihat.

"Faruq, kau dah jumpa...." Firdaus menyaksikan dua hati yang sedang menatap satu sama lain. Dia memandang Zainab yang mengalirkan air mata. Dia tidak mahu menganggu lantas beredar dari situ.

"Zainab...." Rintih Faruq dengan suara yang agak perlahan. Air mata Zainab laju membasahi pipi. Sedihnya hati tatkala mendengar suara yang meminta untuk disimpati. Setelah beberapa tahun meninggalkan lelaki ini, akhirnya berjumpa dengan tidak disangkanya.

Faruq mengelap air matanya. Rindunya dia terhadap gadis itu hanya Allah saja yang tahu.

"A..awa..awak sihat, Zainab?" Soalnya tergagap-gagap. Bertahun dia tidak berjumpa, bertahun dia tidak bertanyakan khabar, Faruq gembira.

Zainab mengangguk perlahan. Sebak. Dia tidak mampu menahan sebak. Dia berpusing. Dia tidak sanggup menatap wajah itu. Hatinya sedih. Zainab mengelap air matanya. Dia menoleh semula ke arah Faruq.

"Nak cari buku apa?" Soal Zainab. Dia tidak mahu kesedihannya dapat dikesan lelaki itu. Lelaki itu pasti ingat bahawa dia gembira dapat berjumpa. Tetapi, hanya Allah saja yang tahu hatinya bagaimana.

"Saya nak cari buku agama penulisnya Hamka" kata Faruq. Dia cuba berlagak biasa. Sedangkan dalam hatinya berdegup kencang. Gembiranya dia dapat berjumpa dengan Zainab.

"Zainab, boleh kita berjumpa esok?" soal Faruq. Sejak dari tadi gadis itu mendiamkan diri. Entah kenapa wajahnya muram. Zainab berfikir berulang kali. Hendak menolak, hatinya juga kecewa. Dia mengangguk perlahan.

Malam yang hening itu, Faruq duduk di atas sejadah. Memohon keampunan dan bersyukur atas nikmat kurniaanNya. Air mata membasahi pipinya. Gembiranya dia dapat melihat wajah itu. Wajah itu masih lembut seperti dulu.

Cerpen KTK- CompletedWhere stories live. Discover now