AUTHOR POV
Hanna menghentak-hentakkan kakinya ke atas lantai..Sungguh kini emosinya sudah sampai ke puncaknya..Mana taknya hatinya masih sakit dengan perangai si Zhang Yixing ataupun Lay itu..
-FLASHBACK-
Keesokkan harinya Hanna datang kembali ke rumah anak yatim tersebut..Dia sudah nekad walau bagaimanapun, dia mesti yakinkan Zhang Yixing untuk menjual tanah rumah anak yatim itu kepada Daddynya..Dan selepas itu, dia boleh segera pulang ke Seoul untuk berjumpa dengan Seungcheol si buah hatinya..
"Hmm excuse me?" Sapa Hanna kepada seorang gadis yg mungkin tua beberapa tahun dari dirinya..
"Ne?" Soal yeoja itu balik..
"I nak jumpa Zhang Yixing..I dah buat appointment dengan orang yg bernama Lay semalam.." jawab Hanna tanpa disuruh..
Yeoja itu serta merta mengerutkan keningnya..Tapi selepas itu dia terus mengukirkan senyuman di wajah cantiknya..
"Sila ikut saya.." arah yeoja itu lalu berjalan mendahului Hanna..
Hanna dibawa masuk ke dalam suatu ruangan yg tidak terlalu besar tapi juga tidak terlalu kecil..
"Duduklah kejap orang yg awak cari tu kejap lagi baru sampai and by the way my name is Krystal.." ucap yeoja yg tingginya seperti model itu..
Hanna langsung tersenyum mekar dan menyambut huluran tangan Krystal..
"Wahh so your name is Krystal? What a beautiful name just like you..I'm glad that you can speak english, at least you're not like him.." ucap Hanna lalu memasang wajah kesal..
"Saya masih belajar lagi bahasa Inggeris..But who's 'him' ?" Soal Krystal ingin tahu..
"Oh tu hah mamat keparat yg perangai macam bag- "
"Hai Krystal.." sapa seorang namja yg berparas tampan dan berlesung pipi..
Serta-merta Krystal dan Hanna menoleh ke arah suara itu..Krystal yg sudah mengetahui siapa gerangannya sudah tersenyum terlebih dahulu..Manakala Hanna memasang wajah menyampah..
"Oh hai Lay..Ni ada orang nak jumpa awak dia kata dia dah buat appoinment semalam.." terang Krystal masih lagi dengan senyuman..
"Krystal i kan dah cakap yg i nak jumpa Zhang Yixing and not him.." ucap Hanna dengan tegas tanpa melirik sedikitpun ke arah Lay..
"Lay saya rasa awak kena terangkan kat dia everything..Saya pergi dulu Hanna.." ujar Krystal dan terus berlalu keluar dari ruangan itu..
"So kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Lay dengan senyuman..
'Ish apahal mamat ni suka sangat senyum hah? Ingat handsome sangat ke muka dia tu? Tahulah ada dimple..Ishh tapi nampak sangat menunjuk..Menyampahnyaaa!!!' Jerit Hanna di dalam hati lalu mencengkam handbag berjenama Gucci miliknya kerana terlalu geram..
"Aik dah pekak pulak dah sekarang? Ish ish ish.." sindir Lay yg sengaja ingin menaikkan darah Hanna yg sudah berada pada tahap yg maksimum..
"I malas tau nak ulang banyak kali dengan you..Kan i dah cakap semalam yg i nak jumpa Encik Zhang Yixing and not you..Kenapa you ni penyibuk sangat hah!!" Jerkah Hanna yg sudah terlalu geram dengan perangai namja yg satu ini..
"Okay okay relax..Apa kata kita berkenalan dulu? Yelah semalam kan first meet kita agak tak menjadi.." pelawa Lay dengan lembut..
"I takda masa nak berkenalan dengan you..Boleh tolong jangan bertele-tele tak? I nak jumpa orang yg berkenaan and kalau you memang dah kebulur sangat nak berkenalan dengan i yg cantik lagi meletup ni you kena daftar diri dulu sebab ramai lagi namja yg nak berkenalan dengan i..Tak silap i you adalah namja yg ke 1000000468 tau tak..Huhh!!" Ucap Hanna angkuh lalu menaikkan keningnya..
"Macam ni lah biar saya yg introduce diri saya dulu..Choneun Zhang Yixing imnida tapi semua orang kat Cheongju ni panggil saya Lay.." terang Lay dengan senyuman manisya..Macam manalah tak manis kalau dah ada pakej lesung pipi di pipinya itu..
"What?? You jangan main-main ea..Semalam you cakap Si Zhang Yixing keparat tu takda and now you nak mengaku yg you ni dia pulak? Igeo mwoya?!!" Jerit Hanna yg sudah mencecah 10 oktaf itu..
"Okayy saya minta maaf sebab tipu awak semalam..Yelah sebab awak pun garang macam monster so sebab tu lah saya tak jadi nak kenalkan diri saya..Actually nama sebenar saya Zhang Yixing tapi orang-orang kat Cheongju ni panggil saya Lay..Nama manja gitu" terang Lay kemudian tertawa kecil..
Sementara itu Hanna terus terdiam..Dia masih lagi memikirkan kesahihan cerita si Lay itu..
"Okay lah kalau macam tu let's start our discussion.." ucap Hanna datar..
Mereka pun melakukan perbincangan untuk menjual tanah rumah anak yatim itu tetapi setiap kali Hanna menyuruh Lay untuk bersetuju supaya menjual tanah itu dan setiap kali itu jugalah Lay akan menolak mentah-mentah cadangan itu..Baginya rumah anak yatim dan anak-anak yang tinggal di situ adalah segala-galanya..Setelah satu jam berbincang atau lebih tepatnya berdebat akhirnya Hanna terdiam kerana terlalu penat..
"Kenapa you ni annoying sangat hah? You memang sengaja kan nak sakitkan hati i..Kalau i tau macam ni baik dari awal i tak pergi tempat busuk macam ni.." ungkap Hanna sambil menutup hidung seolah-olah ingin mengejek Lay..Tetapi Lay hanya tersenyum sahaja melihat tingkah Hanna yang sangat kebudak-budakkan baginya..
"Saya rasa kita pun dah sampai ke end of discussion right? So kalau takde apa-apa Cik Hanna nampak kan pintu tu saya harap Cik Hanna dapat lah membawa badan munggil Cik Hanna ni untuk melepasi pintu itu ye.." ujar Lay lalu membelek-belek fail yang harus dia semak..
Hanna pula sudah membuat gaya ingin mencekik Lay kerana terlalu geram..Lay yang perasan akan tingkah Hanna itu terus melihat ke arah Hanna..Hanna pula secepat mungkin menurunkan tangannya daripada membuat aksi mencekik tadi..
"Saya tak tahu pula awak suka tengok muka saya lama-lama sampai tak nak keluar dari bilik saya ni.." usik Lay lalu mengedipkan sebelah matanya..
"You tak payah nak miang sangat ea..I tak hadap pun lah dengan you ni..I cuma suka lelaki yang duit dia berkepuk-kepuk and perut dia ada six pack je..Kalau macam you ni bersepah lah kat belakang jamban.." ucap Hanna dengan nafas yang sudah berkepul-kepul..
"Oh maksudnya dari tadi awak bayangkan perut saya lah ni..Ish ish tak senonoh..And by the way saya takde cakap pun yang saya tertarik dengan Cik Hanna..Saya pun kalau nak cari bakal isteri mungkin Cik Hanna dah awal-awal out of list..Lainlah kalau lemah lembut and sweet macam Krystal kan?" Soal Lay dengan mimik wajah yang menyakitkan hati Jung Hanna..
"Cakap dengan you kan sampai Yoona tu berkedut pun belum tentu habis tau.Okaylah bye MR.JERK.." ucap Hanna dengan menekankan perkataan Mr.Jerk itu dan terus berlalu dari situ meninggalkan Lay yang tersenyum dengan perkataan dan tingkahnya itu..
"Jung Hanna..Manja,gedik,suka menjerit,takda sopan santun tapi comel? Hahaha.." tutur Lay perlahan dan terus menyambung kerjanya yang terganggu tadi dek kerana Cik Hanna sayang..
-END OF FLASHBACK-
Hanna terus-menerus menggerutu apabila teringatkan apa yang terjadi semalam..
"Huhh aku tak kira apa nak jadi yang penting hari ni jugak aku balik Seoul..Eurghh je nak duduk kat kampung ni.." ucap Hanna sambil mengemas barang-barangnya untuk pulang ke Seoul semula..
TO BE CONTINUED..
SORRY FOR THE LATE UPDATE AND THANK YOU FOR ALWAYS SUPPORTING THIS STORY...SARANGHAEYO..
FLYING KISS FROM LAY'S WIFE...
![](https://img.wattpad.com/cover/54254065-288-k635550.jpg)
YOU ARE READING
My TroubleMaker Princess [Lay FF]
De TodoCantik,Kaya,Sombong dan Manja itu semua sudah cukup untuk menerangkan tentang keperibadian si Princess Cerewet seorang ini,siapa lagi kalau bukan Jung Hanna. Handsome,Hidup sederhana,Baik hati dan Matang pula cukup untuk menerangkan tentang jejaka t...