''kira bangun dah pukul 8 pagi dah , kamu tak nak pergi kelas ke?'' Teriak puan Sharifah kepada anak daranya itu . Kira dengan mata yang separuh terbuka itu menggelejat apabila melihat jam di dinding biliknya. Dengan sepantas kilat dia mengambil tuala dan menguruskan diri . Kira seperti biasa mengenakan kemeja labuh berwarna putih dan berselendang pink berserta berkain labuh ala-ala jeans gitu . Setelah selesai bersiap , Kira tergesa-gesa menuruni tangga lalu menyapa ibunya didapur. "Ibu , Kira pergi dululah tak sempat nak makan ni. hehe . Maaf ibu". Puan Sharifah hanya tersenyum dan menganguk."pergi kelas belajar jangan nak mencari boyfriend pulak" sindir ibunya .
''Nur Akira bt Azman'' , ''ni la nama budak tu , anak tunggal Dato' Azman tu. Kau kalau nak balas dendam , kau guna je anak dia ni , jadikan umpan HAHAHAHA.'' cadangan Faruq kepada kawannya Dato' Munaweh. Dato' Munaweh berdendam pada Dato' Azman kerana projek yang sepatutnya diuruskan oleh beliau diambil alih kepada syarikat Dato' Azman . Hal ini berlaku kerana salahnya sendiri yang menyeleweng kan duit projek tersebut . Disebabkan hal ini Dato' Munaweh berdendam pada Dato' Azman. "Ye Faruq aku dah dapat idea macam mana nak kenakan orang tua tu. Dan aku dah tak sabar nak tengok dia menderita " balas Dato' Muwaweh sambil tersenyum lebar.
"Woi Kira pehal lambat sangat kau datang hari ni ? " soal Aida apabila ternampak Kira berlari anak hendak ke kelas. "Lambat bangun" jawab Kira malas-malas dia sedang bertarung dengan nafasnya yang nyawa-nyawa ikan itu. Setelah 5 minit berlari anak , akhirnya Akira sampai ke kelas. "Fuh, nasib Sir tak masuk lagi kalau tak , mahunya aku kena denda kutip sampah macam minggu lepas.hehe buat malu muka aku je." monolongnya pada diri sendiri. Setelah habis kelas pada pukul 5 petang, Akira memandu keretanya dan melencong ke arah shopping mall yang terdekat. Dia mencuci matanya dengan melihat koleksi jam tangan baru yang berjenama. Tiba-tiba ada satu makhluk yang berbadan tegap dan berwajah kelat menghampirinya dan menghulungkan pisau dipinggangnya sambil membuat isyarat mata supaya Akira tidak melawan dan mengikutnya.
YOU ARE READING
Rahsia
RomancePertemuan kita hanya dari satu perancangan kotor manusia , namun akhirnya disitu bermulanya cinta antara engkau dan aku ♥