Agenda

29 1 0
                                    

"Kau jalan cepat sikit perempuan sebelum aku buat apa-apa dekat kau lebih baik kau dengar cakap aku" kata lelaki berbadan tegap itu. Akira dengan rasa yang bercambur baur itu berjalan dengan lebih laju apabila digertak sebegitu. Akira dipaksa menaiki sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam. Setelah 3 jam berlalu , akhirnya kereta tersebut diberhenti kan dan lelaki tersebut menarik Kira keluar dari kereta. Apa yang dilihat oleh Kira adalah sebuah villa yang tersergam indah berwarna putih susu berkonsepkan modern garden yang dipenuhi bunga-bunga dan landskap yang indah. "Saya kat mana ni ? Kenapa saya dibawa kesini" Kira berkata dalam keadaan takut. "Kau ada dekat sini untuk tebus dosa bapak kau, si Azman tak guna tu"Kasar Faruq si jahat yang berkomplot dengan Dato' Munaweh itu membalasnya.

"Abang, mana Kira ni , dah pukul 9 malam dah , kenapa dia tak balik-balik lagi. Saya risau ni, telefon dia pun tak dionkan. Abang tak risau ke? Abang dengar tak saya cakap ni". Dato' Azman yang terdengar isterinya membebel bingkas bangun dan mendapatkan isterinanya. "Ifah cuba awak bawak bertenang, fikir aje lah yang baik-baik mungkin budak tu pergi jumpa kawan ke apa ke. Jangan la fikir negatif , kejap lagi baliklah dia tu." Kata Dato' Azman sambil menenangkan isterinya. Puan Syarifah terus mundar mandir di dalam rumah. Tidak lama kemudia 1 panggilan diterima daripada uknown. "Hello assalammualaikum, ni Dato' Azman ke? " satu suara mencecah keluar dari telefon. "Ye saya" jawab Dato' Azman. "Anak dato' Nur Akira , didapati melakukan perkara yang tidak baik". "Apa maksud encik?". "Akira didapati melakukan hubungan perkara terkutuk dengan seorang lelaki ajnabi ni Hotel Rise and Shine di Johor Bharu. Dato' diminta datang untuk berbincang mengenai hal ini . Itu sahaja yang ingin saya sampaikan , assalammualaikum." Bagaikan gugur jantung Dato' Azman menerima berita tersebut. Kaki nya bagaikan di awangan saat nama Akira , puterinya itu disebut. "Ifah pergi siap , anak kita ditimpa masalah, abang yakin dia tidak akan buat perkara terkutuk tu. Cepat siap Ifah, kita pergi tengok anak kita". Bergetar suara Dato' Azman. Puan Sharifah tanpa berlengah masa terus sahaja mencapai tudung di dalam almari biliknya dan mendapatkan suaminya.

"Faruq, bagi perempuan tu pil tidur. Lepas tu kau letakkan anak Dato' Jamil tu sebelah perempuan tu" Arah Dato' Munaweh kepada Faruq. "relak lah kawan ku, aku nak buat la ni."

Dato' Jamil juga merupakan salah satu musuh Dato' Munaweh. Dato' Jamil lah yang mendedahkan rahsia penyelewenggan duit tersebut dan menyerahkan projek kepada Dato' Azman.

"Sekarang kau orang berdua rasa lah apa yang aku rasa. Ni lah balasannya daripada bermain dengan api HAHAHAHAHAHA" Dato' Munaweh ketawa jahat sambil tersenyum.

RahsiaWhere stories live. Discover now