Mukaddimah uols

315 7 3
                                    

Dalam family aku tak semua ada 'kelebihan' ni, kami 12 beradik, hanya kakak dan adik aku ada kebolehan yang aku panggil 'magnet hantu' sebab dua orang ni mana2 pergi mesti akan 'ditegur' makhluk halus yang mendiami tempat tersebut. Anak abang sulung aku yang nombor dua pun magnet hantu tapi dia kena tak seteruk adik dan kakak aku.

Dalam keturunan kami tak ada bomoh atau dukun atau pawang so aku pelik kenapa adik dan kakak aku selalu ditegur benda halus. Bukan setakat tegur tao, siap main pegang2 lagi. Aku beruntung sebab benda ni tak pernah datang depan muka aku or tegur aku, just dengar2 and nampak dari jauh je.

So, dalam koleksi ni aku akan share dengan korang pengalaman aku and orang di sekitar aku.

TakutWhere stories live. Discover now