Korang ingat tak kemalangan maut yang melibatkan bas SP Bumi dan sebuah lori kat highway jeli-grik time Krismas tahun lepas? Dalam kemalangan tu 5 penumpang bas maut and yang lain cedera. Semua mangsa dihantar ke hospital jeli, tempat akak aku bertugas.
Yang korang tak tahu, apa yang jadi malam sehari sebelum kemalangan maut tu.
Tengah malam tu hospital jeli terima panggilan dari anonymous, orang tu cakap ada mayat terbaring kat atas jalan di lebuh raya jeli-gerik tu. Orang tu siap bagi alamat penuh lagi.
Sebab panggilan tu dtg terus dr pemanggil awam (bukan alert dr 999) so hanya tiga orang yang pergi ke 'tempat kejadian' iaitu seorang driver ambulance, doktor dan pengawal keselamatan hospital.
Sesampai di tempat kejadian, dorang tak temui apa-apa. Hnya jalan gelap dan kosong. Sunyi je.
Tak tunggu lama, dorang terus tinggalkan tempat tu. Esoknya, di lokasi yang sama sebuah bas SP Bumi accident dengan sebuah lori, 5 orang meninggal dunia.
Sampai hari ni, sorang tak tahu siapa yang buat call malam 24 disember tu.