Aku rasa ramai yg seram bila sebut nama menatang ni. Aku pun takut jugak bila dengar nama dia tapi aku gagah jari gemuk aku ni utk taip nama dia sebab aku nak cerita benda ni kat korang.
Kisah ni jadi kat member aku masa aku blaja asasi dulu. Tak nak la sebut universiti mana kan. Tapi uni ni mmg dah lama dah, and bila dah berusia tu macam2 la makhluk yg ada kat situ kan.
Budak ni jenis dia suka basuh baju tengah2 malam. Tak ada orang katanya, best basuh baju time tu. Lepas siap basuh semua baju tu, dia pergi la sidai baju kat ampaian. Member aku orangnya ketot and ampaian yang kat hostel dia mcm 2 tingkat so dia berdiri la atas kerusi sbb nak sidai kat bahagian atas.
Mula2 okay, dia tak rasa apa tapi dok lama2 menyidai tu dia rasa seriau plak. Tapi dia tahan je sbb sikit lagi baju nak hbes sidai. Masa dia nak sidai helaian-helaian terakhir tu, dia nampak elok je dok berdiri sebelah dia sekor pocong.
Muka tak nampak sbb pocong ni mcm tinggi skt dr dia yg berdiri atas kerusi tu. Member ni boleh buat cool, turun kerusi slow2, pastu lari lintang pukang. Nasib dia baik sbb pocong tu tak kejar.
Sejak dari hari tu, member aku ni tak berani dah basuh baju and sidai malam2.