Kisah ni berlaku pada kawan kakak aku semasa belajar di universiti. Hostel yang dia stay tu boleh antara hostel yang paling tua di situ. Dia ni orangnya bukan penakut and tak ada la berani sangat.
Satu malam, dia and 2 orang classmate ni dok buat discussion kat bawah pokok tanjung yang orang tanam area kolej tu.
Sedang dok bincang tu, muka member yang sorang ni tiba2 pucat. Lepas tu dia terus berdiri and lari laju2.
Yg lagi 2 ni rasa pelik la. Apa hal mamat ni? Kena sampuk ke?
Tanpa fikir panjang, yg lg 2 orang ni pandang la tempat member dorang pandang tadi. Mahu luruh jantung dorang bila nampak......
Seorang perempuan, rambut panjang mengurai tutup muka, baju putih penuh lumpur tengah duduk kat kerusi yg tak jauh dr tempat dorang berbincang. Perempuan tu tak menampakkan muka dia tp dorang boleh dengar suara dia.
Ermmmm
Ermmmm
ErmmmmAnd badan dia kedepan kebelakang mcm tengah dodoikan baby tapi laju gila dia bergerak. Korang boleh bayang tak?
Tanpa tunggu lama, member berdua ni terus lari selamatkan diri. Dorang klau boleh tak nak tunggu sampai perempuan tu angkat kepala menampakkan wajah dia.