Nenek

259 6 1
                                    

Kisah ni jadi kat kakak aku masa dia darjah 6. Dia ni jarang demam tapi sekali demam memang teruk. Teruk tu bukan setakat sakit tu je tapi bila demam dia akan cakap merapu, kadang2 kau takkan faham apa yang dia cakap and benda tu sebenarnya berlarutan sampai sekarang.

So go back to cerita dia demam masa darjah 6 tadi. Time tu akak aku ni tengah baring, dia cakap masa tu dia macam sedar tak sedar tapi dia still aware pasal sorrounding dia. Masa tu kakak aku pandang kat tepi dinding, time tu jugak lah dia nampak sorang perempuan tua tengah tenung dia. Perempuan tu rambut dia beruban, kusut masai, badan kurus kering and bongkok sabut, muka kerepot and hodoh sangat. Mata dia pula tak lepas dari pandang akak aku. Akak aku ckp dia macam terpaku, tak boleh nak buat apa, dia dok pandang nenek tu jugak.

Dalam sedar tak sedar akak aku nangis, time tu mak aku datang and nenek tu terus hilang. Akak aku tak pernah ceritakan benda tu pada sesiapa sampailah dia form 6.

Time tu akak aku terdengar perbualan mak aku and arwah mak cik (mak cik ni sepupu mak yang tinggal depan rumah kitorang, sekarang mak cik dah meninggal, sedekahkan al-Fatihah utk arwah) pasal arwah ibu kepada mak nab (jiran aku juga) yang meninggal sebelum akak aku lahir lagi. Bila mak aku describe arwah mak mak nab tu, akak aku terus teringat nenek tua yang dia nampak masa dia darjah 6 dulu.

Then akak aku mintak mak aku describe arwah in detail. Apa yang mak aku describe memang sebijik macam apa yang akak aku nampak. Kus semangat mak aku bila akak aku cerita apa yang dia dah nampak. Kata mak arwah memang bela saka and time dia meninggal tak ada sorang pun anak dia nak ambik saka tu so saka tu tak bertuan. Mungkin saka tu tak pergi jauh, still dok berkeliaran kat area rumah arwah yang terletak tak jauh dari rumah kami.

Kata mak lagi, iblis syaitan ni memang gemar pada orang yang badannya tengah lemah, senang nak masuk kot and time tu badan kakak aku memang lemah.

So guys, kalau korang tengah sakit tu please beware sebab iblis syaitan ni akan datang kat kita time tu.

Ps: aku sendiri pun time demam, macam2 datang kat aku. Huhu

TakutWhere stories live. Discover now