"Alex baby, I on the way balik rumah."
"Balik Melawati ke?"
"no baby, balik to you, Cameron. See you soon, love you."
"Drive carefully, love you too."
Setelah panggilan telefon selesai Indah terus mengemas meja pejabatnya. Meja yang berselerak dikemas terkoch-kocoh sehingga bertaburan pensil dan kertas di lantai. "Shit, time ni la semua nak jatuh ada bibik kutip takpe la jugak ni aku sendiri yang kena kutip.", marah Indah pada diri sendiri.
Selesai fail-fail disusun cantik di rak dan gulungan-gulungan kertas disusun rapi atas meja, Indah berpuas hati dan mencapai kunci keretanya dan keluar dari pejabat.
" Indah sat awat laju sangat hang jalan? Penat cek nak kejaq", Zahira kelihatan mengah mengejar Indah dari pintu pejabat dengan pump heels 5 inci.
"jatuh jugak budak Ira ni nanti", ngomel Indah sambil perhatikan Zahira.
"hang cepat-cepat ni hang nak pi mana? Hang nak pi jumpa marka? Ambooiii ada marka tak habaq. Sapa dia? Aku kenai ka?", bertalu-talu soalan ditanya pada Indah.
Indah hanya mampu terseyum simpul sambil menggeleng kepala." First of all, no aku takde marka. Kau pun tahu aku tak minat nak ada marka. Lelaki-lelaki ni, sorry not my taste." Balas Indah dengan nada tegas. "aku nak balik rumah aku dekat Cameron. Kau nak ikut?" Indah bertanya kembali dengan riak muka yang sangat tidak ikhlas.
"Aku tanya ja pun no need la nak moody . Its okay aku tak nak ikut." Zahira sedikit terasa hati dengan layanan Indah. "Tolong tekan butang lift tu,tangan aku penuh." Zahira menunjuk kedua-dua tangannya yang penuh fail disebalah kiri dan brief case yang berat di sebelah kanan.Indah turutkan saja pemintaan satu-satunya sahabat baiknya.
Tiba-tiba Zahira bertanya,"Indah, hang ingat dak cam na dulu kita mula-mula boleh jadi kawan?
Perkenalan mereka bermula dari hari pertama Indah menjejakkan kaki ke asrama Universiti Sains Malaysia. Perkenalan yang bermula dengan pergaduhan, bermula dengan berebut katil bilik tidur, suara mereka bertengkar boleh didengari satu bangunan sehingga terpaksa warden meleraikan mereka bila Zahira menumbuk Indah.
Kebetulan mereka bedua menghadiri kelas yang sama, 'perang' antara mereka bermula bila antara mereka bersaing secara tidak sihat. Mereka merupakan dua pelajar terbaik. Sabotaj antara satu sama lain menjadi rutin harian mereka. Zahira pernah meletak bedak gatal di tuala Indah, menyebabkan dua hari Indah tidak keluar bilik. Indah membalas dengan meletakkan 10 ekor bangkai tikus yang kepala dipenggal diatas katil Zahira.
Persaingan mereka terhenti apabila mereka mula berkerjasama mengsabotaj seorang pelajar lelaki yang makin meningkat prestasi didalam kelas. Mereka mengupah seorang perempuan cantik untuk menggoda pelajar lelaki itu sehingga dia benar-benar jatuh cinta. Selepas tiga bulan perhubungan perempuan cantik itu perlu putus dengan cara yng paling kejam. Pelajar lelaki itu menjumpai 'kekasih'nya didalam bilik hotel tanpa seurat benang dibadan diatas lelaki lain. Akibat terlalu kecewa pelajarannya merosot dan berhenti belajar.
"Ye Ira aku sentiasa ingat. Kenape la kita jahat sangat dekat mamat skema tu dulu. Tah apa la jadi dekat dia." Terdapat nada penyesalan dalam suara Indah. Mereka berdua melangkah masuk kedalam lif.
" Hang rasa menyesal ka? " Zahira dapat mengesan kekesalan indah. "Aku pasti kalau aku habaq kat hang satu benda ni hang mesti rasa okay. "sambung Zahira.
"Oh really? Whatcha gonna say?" Indah menjeling tajam kearah Zahira.
Zahira sentiasa merasa gerun dengan jelingan tajam Indah. "Jeling-jeling aku korek biji mata hang nanti baru hang tau. Kawan baik mamat skema tu habaq. Lepaih ja dia berhenti dekat USM dulu dia broken habih.Dari bulat macam panda jadi kurus melidi. Parent dia hantaq pi jumpa therapist. Lepaih tu..."
"Therapist?? Okay how that suppose to make me feel better? Kesian dia sampai kena jumpa therapist. Dia bukan jahat dekat kita. He just want to take our spot being top students" Cepat Indah memotong kata Zahira. Indah rasa terlalu kesal dengan perbuatan lamanya.
"perangai tak berubahkan? Laju ja bibir seksi tu nak potong cakap aku." Marah Zahira. " Aku sambung cherita aku na. Lepaih tu dia bounce back, dia study IT. Tahun lepas mamat skema tu buka company IT sendiri. Dah menikah dah pun.Dia pun handsome boleh tahan bila dah kurus. Lawa comel wife dia. Cenggini haa" Zahira cuba menaikkan kedua-dua ibu jari nya tetapi akibat bebanan ditangan hanya nampak sedikit dua thumb ups Zahira.
Riak muka Indah berubah serta merta. Senyuman menawan terhias di muka Indah. "Good for him. Maybe one day kita visit dia dekat ofis dia nak? Say our sorry because hati aku memang tak tenang." Indah berasa sangat lega 'mamat skema' berjaya dalam hidup. Indah merasakan orang-orang teraniaya harus mendapat peluang kedua untuk perbaiki diri dan nasib mereka terbela. " Hati- hati fail tu nak jatuh.'' Cepat-cepat indah perbetulkan kedudukan fail di tangan Zahira supaya tidak jatuh.
Pintu lif terbuka dan mereka keluar dari lif. Sebelum mereka berpisah menuju kearah kereta masing-masing, Zahira Berkata, " Ok babe. See you on Monday. Gosh I fucking hate Monday. Drive elok-elok. Bye boo."kata-kata terakhir sebelum mereka berbisah. Indah hanya mengangguk kecil dan melambai ke arah Zahira Sambil berjalan kearah keretanya.
"Hi angel, Drive mommy carefully tonight kay?" Angel, nama diberi oleh Alex kepada kereta Toyota vios Indah. Hadiah Alex kepada Indah setelah tamat graduasi di USM. Kasih sayang Alex terlalu tinggi terhadap indah. Semua keperluan Indah dipenuhi walaupun Indah selalu menolak.
Setelah beg diletak elok ditempat duduk belakang dan blazer kemas digantung, Indah duduk di tempat memandu. Indah masukkan kunci mulakan enjin, buka saluran radio kegemarannya Fly.fm, dan memandu keluar dari bangunan pejabatnya.
Indah termenung jauh semasa memandu. Teringat akan 'mamat skema' yang menjadi mangsa Indah dan Zahira. "Nasib kau dah terbela. Nasib org lain yang teraniaya bila nak dibela?" Indah berkata sendiri. Indah menggenggam kuat stering kereta dan menghentak kuat stering dengan kedua-dua belah tangan. Kereta Indah hampir terbabas, Indah cepat-cepat membetulkan pemanduannya sebelum melanggar bahu jalan.
Lampu merah di lampu isyarat. Indah perhatikan keluar tingkap dan ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang bermain dengan riang disebuah lorong. Tiba-tiba datang seorang lelaki kearah sekumpulan kanak-kanak itu dan memarahi mereka. Wajah gembira mereka terus berubah ketakutan.Salah seorang budak lelaki di dalam kumpulan itu tangannya direntap kasar dan dengan pandangan kotor lelaki itu membelai muka budak itu dan menarik budak lelaki itu pergi dari situ dengan kasar.Dia menjerit-jerit meminta tolong dari kanak-kanak lain. Seorang kanak-kanak perempuan ingin membantu tetapi disepak tepat di perut oleh lelaki yang menarik kanak-kanak lelaki itu.
Indah berasa terlalu marah membuak-buak dan ingin keluar dari kereta untuk membantu budak lelaki yang tidak pasti akan nasibnya. Indah hampir membuka pintu kereta dan lampu Isyarat bertukar hijau. Bunyi hon bertalu-tali belakang membantutkan niat Indah. Indah membatalkan niatnya dan memandu berlalu dari situ.
Air mata jatuh ke pipi mulus Indah. Indah berhenti di pinggir jalan dan menangis semahu-mahunya. Dalam sedu Indah berkata, " Perosak pasti akan mendapat balasan, aku akan pastikan seekor- seekor tumbang".
Indah meyakinkan hatinya untuk tenang dan jangan gopoh. Air mata diseka hingga bersih dan pemanduan diteruskan ke Brichang, Cameron highland dimana Alex sedang menunggu.
YOU ARE READING
Rentak Karma
Mystery / ThrillerLahir di Sungai Golok, Rantau Panjang.Indah Sumaiyah membesar menjadi antara arkitek muda yang berjaya. Mempunyai rumah yang besar hasil rekaan sendiri, kerjaya yang memberangsangkan, sentiasa dikejar romeo-romeo Malaya. Matlamat Indah hanya satu...